Tokio Cafe di Cyberjaya

Ya, Tokio Cafe di Cyberjaya, bukan di Jepun. Jadi, tak perlu pakai baju sejuk untuk ke sana di bulan Januari ni. ‘Lame’ kan lawak ni? Tulis schedule post pukul 1.30 pagi, lawak tak kelakar macam ni yang mampu aku tulis. Kalau tak, aku kelakar sebenarnya. Serius, tak caye, meh ajak aku keluar, korang belanja (^_^)

Ok, lari tajuk lagi.

So, bulan lepas, bosan tak tau nak makan kat mana, aku dan Dude decide untuk ke Cyberjaya, untuk mencuba Tokio Cafe yang terletak di Prima Avenue di Cyberjaya.

Tokio Cafe ni adalah adik beradik dengan Padi House yang terletak di bangunan Galleria, Putrajaya.

Aku suka ambiance Tokio Cafe ni yang ala-ala open air juga. Nampak lapang dan tak semak.

Bersesuaian dengan nama cafe ni, Tokio Cafe ni ada juga menyediakan makanan Jepun. Tapi lepas tengok menu sushinya yang aku teringin, walaupun agak menarik, tapi, serius agak mahal kalau nak dicompare dengan Sushi King mahupun Sakae Sushi. So,tak jadilah aku makan sushi. Pergi Sushi King je la bila-bila 😉

Sebagai starter, Dude order:

Turkey Ham & Cheese Sandwich – RM5.90

Rasa, seperti biasa. Macam ada cheese dan ham di dalam. Hehe. Ok je. Tiada yang special. Jadi bagi aku RM5.90 agak mahal sikit untuk sandwich ni.

——

Mushroom Soup with Garlic Toast – RM5.90

Haaa… yang ni bagi aku agak sedap. Dan dari deria rasa aku yang kadang ok kadang tak ni, soup ni adalah buat sendiri juga instead of guna tin. kalau guna tin pun, bukan Campbell la yang pasti. Hahaha. Tapi aku suka gak la..

——

Untuk main course (acececece), aku order :

Seafood Pasta with Marinara Sauce – RM18.90

Yang ini sedap juga. Aku suka. Ada mussles & udang. Sotong aku lupa da ke takda.. Hahaha. Lama dah la, jangan la marah. Tapi aku agak suka la jugak. Boleh je repeat order pasta ni kalau datang sini lagi 🙂

——

Dude pulak order

Japanese Curry Rice with Chicken – RM12.90

Yang ni pun boleh tahan jugak la rasanya. Japanese curry yang sedap. Lepas tu letak cheese atas dia – tu memang aku suka la (saya hantu cheese – selain dari hantu durian, hantu mushroom, hantu caramel, dll – banyak la plak ;p)

So kesimpulan, ok je sekali sekala nak datang sini makan. Tak jauh sangat pun dari Putrajaya. Nanti nak try makan lagi area Shaftsbury Square yang baru dan banyak restoran jugak tu. Lapar pulak bayangkan. Haiishh.

Haaa.. Jangan lari dulu.. Cepat betul korang nak click ‘X’ ye. Ni, nak promo lagi.. Hohoho
Aku tetap nak minta jasa baik korang untuk tolong undi blog ni bagi kategori ‘Favourite Foodie Blog’ untuk MSMW 2013. Perlu registerkan semua email yang korang ada (haha) dan aktifkan, lepas tu boleh login dan VOTE! Saaaaayaang korang! (^_^) TQ eh ;)

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 Comments

  1. izza January 17, 2013
  2. hazman aka species1980 January 17, 2013
    • nadot January 17, 2013
  3. ishy77 January 17, 2013
    • nadot January 17, 2013
  4. titan January 17, 2013
    • nadot January 17, 2013
  5. aqu mad January 17, 2013
  6. sha January 17, 2013
    • nadot January 17, 2013
  7. NoReason January 17, 2013
  8. Qashmere January 17, 2013
    • nadot January 17, 2013
  9. boni kacak January 17, 2013
    • nadot January 17, 2013
  10. Juan January 17, 2013
    • nadot January 17, 2013
  11. Cik Lily Putih January 17, 2013
    • nadot January 18, 2013
  12. sweetkurma January 18, 2013
  13. papa mifz January 18, 2013
  14. hafizrahim January 20, 2013
  15. aimannajmy January 21, 2013

Leave a Reply to nadot Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·