Akhirnya, entry yang aku hutang untuk diri sendiri selama hampir 6 bulan, dah terpublish akhirnya hari ni. Yess! ;p
29hb Januari, malam selepas entry jiwang aku pada Dude, kitorang pergi la dinner sempena Anniversary yang ke-3 di Zest Restaurant, Hotel JW Marriott, Putrajaya.
Lepas malam ni la aku terus tak ada mood nak update blog. Mungkin sebab lepas beberapa hari dari malam ni, aku dapat tahu aku pregnant? Hehehe..
Untuk sambutan birthday or anniversary, aku memang suka dibawak keluar makan tempat best best. Walaupun ada yang kata baik masak sendiri, lagi romantik la ape kebenda, tapi sebab aku tak reti masak, so bila masak aku tensen sket, dan tak nak la tensen di hari jadi or anniversary. So, makan di luar adalah pilihan terbaik… Ye.. Memang alasan ;p
Disebabkan Birthday Dude jatuh pada tengah Januari dan aku yang arrange semua untuk dinner romantik konon kitorang di Little White Cafe masa tu, so untuk dinner anniversary pada bulan yang sama, memang dah termaktub dalam perlembagaan rumahtangga kitorang, Dude yang kena arrange. Adil & saksama kan? Hohoho.
So lepas Maghrib, bersiap-siap pakai sempoi-sempoi je, kitorang pun pergi la ke JW Marriot. First time aku melangkah ke dalam Restoran Zest ni, dan kami di usher ke meja makan yang simple tapi sweeeet setting dia.. Acececececece..
Kitorang je yang duduk makan area ni time ni… So, romantik la konon kann… Hohoho…
Buffet kat Restoran Zest ni, bagi aku agak pelbagai jugak. Starters je bukan main panjang beratur. Ada Western Food, Asian Food, Dessert dan banyak lagi la yang ada. Dan semuanya banyak jugak pilihan. Tapi tak terlarat nak ambik gambar semua sebab sibuk makan kan. Tapi aku tak kesal sangat bab gambar. Yang aku kesalkan, sebab tak dapat try semua makanan sebab kenyang sangat. Siyes kesal gile.. Hohohoho
Starter aku paling suka, harusla smoke salmon. Sedap woo… Ayam daging semua pun sedap… Tapi smoke salmon ku ulang 13 kali jugak kot… Okay, aku tipu ;p
Tapi cam biasa la, ada yang sedap, ada yang tak kena dengan selera kita. Tapi sebab pilihan banyak, tak ada masalah bagi aku. kalau pilihan sikit, ye kutuk juga. Hehe
Antara gambar makanan yang sempat di snap:
——
——
——
——
Sambil-sambil kitorang makan tu la, datang la ‘band’ main muzik & nyanyi untuk kitorang 2-3. Termasuk dalam pakej dah tu. Lepas tu penyanyi dia hulur bunga kat Dude untuk Dude bagi pada aku. Acecececece.. Sweet lagi tak? Tu pun tak silap masuk pakej jugak dah tu…hohoho..
Lepas band muzik tu melangkah pergi, kitorang sambung makan-makan lagi kejap, lepas tu sesi menukar dan membuka-buka hadiah. Dah 3 tahun kahwin, takda la nak surprise kan sangat dah hadiah ni. Masing-masing mintak and bagi pilihan apa antara barang yang kita nak. Pastu tengok budget masing-masing, beli la apa yang mampu. Lepas tu, sebulan dua gak la ikat perut sebab duit habis… Hohoho.. Okay, tipu lagii ;p
Untuk Dude, aku belikan external HD dengan Sony Walkman Sports MP3 Player. Setia Dude pakai sampai sekarang, setiap kali naik motor pergi & balik kerja walaupun 5 minit je ke ofis, masa jogging dan masa balik kampung Batu Pahat pun dia pakai. Tapi lepas aku dah tido la. Kalau tidak aku mengamuk la kan tanak borak dengan aku.. Hehehe
Aku pulak mintak tablet. Tak berapa kisah samsung or Apple. Maybe lepas Dude menimbang-nimbang & berfikir2, dapat la aku Ipad Mini! Siap ada personal message ala-ala sedikit jiwang di engraved belakang Ipad nya. Hohoho..
Lepas habis sesi buka-bukak hadiah, harusla aku sambung makan lagi. Dude makan juga. Tapi lamanya menunggu aku la sebab semua benda kalau boleh nak try. 😉
Dah. Cukup untuk hari ni. Akhirnya, dapat juga tulis entry ni untuk kenangan. Lepas ni tak tulis 2 bulan pun aku tak kisah dah. Hahahaha. Tapi harapnya adalah entry lain untuk bulan ni.
Apapun, walaupun dah terlambat 2 hari, aku nak ucap juga Salam Ramadhan untuk semua. Semoga segala ibadah kita diterima Allah swt. InsyaAllah…
Later! 😉
salam ramadhan
Alolo sweetnya… syok korang celebrate meriah romantik bagai..
MJ restoran biasa2 je..heheee
Myra Jay recently posted..Resepi Ayam Goreng ala-ala KFC
selamat berpuasa nadot.. mmg lama meninggu entry nadot.. hehe.. apa pun, jaga kesihatan ye..
fiezaradzi recently posted..Ibadah Wanita Uzur di Bulan Ramadan
tahniah.. di atas sambutan Anniversary ke 3… Romantik betul Nadot dan Hubby…
P/s: lama betul blog ni tak berupdate.. 😉
Anuar recently posted..Pengalaman Menghadiri JomNiaga Summit 2013
wah wah wah dan wah lagi…
lame jugak ambe tunggu entri ni…hehhee
tp berbaloilah tunggu sbb dapat tgk gambar2 makanan ni dalam bulan pose plak tuh….mencabar mencengkam jiwa betullah!
moga kekal bahagia nadot n dude =)
hafizmd recently posted..Berjaya Juga Buat Putu Homemade Gebu!
hang memang suka bab makan-makan ni kan? kagum betul aku.
titan recently posted..Langgan Tips Buat Duit dengan Blog.
Owwh, Mamat dude ni la yang saya nampak dengan fazura haritu…hihihiihi…
eyriqazz recently posted..Prada Handbag dan Pakej Percutian untuk Dimenangi
Sweet je tgk korang ni. Tp bertuah dpt husband mcm dude tu. Penyabar tahap dewa gamaknya. tp serius, memang kena try sekali celebrate anni kat sini.
halif recently posted..Tergugat Iman Kalau Macam Ini
meriahnya dengan makanan….siap ada orang mainkan muzik , wah romantik gitu…:)
* jemput join contest PM yer…:)
http://www.papamifz.com/2013/07/contest-review-blog-papamifz-com.html
papa mifz recently posted..Cermin Mata Hitam
Awww siap ada engrave belakang Ipad? Tu yg mahal tu.. Chooo chweet..
Takpe, cerita 6 bulan lepas baru nak blog, takde masalah.. Asalkan diblog.. 😛
Bella Enveeus recently posted..DEMC Specialist Hospital, Shah Alam – TSDayOut
Happy Anniversary
Semoga makin bahagia 🙂
Rina recently posted..Basic CSS : UL OL & LI List Style Type, Position, Image, & Horizontal Property
kak dot..baru terbaca entry ni….hurm…skang iols pun dah terjangkit virus kenadotan…camno nieh….skang mmg malas gila nak update entry…happy anniversary dan salam ramadhan for both of u 🙂
suraya recently posted..Antara Kota Singa dan Harimau Malaya Part 2
best gile dapat join event camni
cerita lucu recently posted..Punca KL Gangster 2 tersebar
Selamat ya dapat mengikuti dinner ini, benar2 bikin kita semua pada iri
Selalu sukses buat anda 🙂
Rina recently posted..PHP Script To Detect And Display Visitor’s Country Using His IP Address Location Lookup