Cupcake Chic – Sedap!

Masa pergi sale Big Bad Wolf hari tu, lepas kaunter bayaran je, ada nampak stall jual cupcakes dari Cupcake Chic. Menarik dan nampak sedap sangat. Harusla aku nak singgah kan lepas tension dan stress beli buku. Hehe. Cupcake Chic ni ade branch di The Curve, Sunway Pyramid & Ampang Point. Tak pernah rasa lagi cuppies diorang. So, sebab cantik dan macam terliur, aku beli la jugak:

RM5 for each cuppies

Sebab aku suke Red Velvet, aku beli tu lebih. Yang icing pink tu rase vanilla, satu coklat biase, dan depan sekali tu Belgian choc. Kak Lang & Kak Cik singgah rumah tadi, bagi la diorang makan ni. Sedap gak.  Red Velvet dia, bagi aku not bad. Though I still prefer cafe UiTM punye, tapi still sedap jugak! serious. Memang boleh la nak order lagi. Lagi sedap dari Bisou, Whisk & Starbucks – bagi aku la – lain orang lain taste nye ;p. Coffee Bean punya yang Mas kate sedap, aku tak try lagi. Haiishh..

Yang perisa chocolate pun sedap sangat. kalau ikutkan aku tak minat sangat kalau kek chocolate sebab muak terlebih. Memang prefer vanilla. Tapi untuk cuppies dari Cupcake Chic ni, aku tak kisah beli yang chocolate pun. Sedap! Memang boleh beli lagi. Harga RM5 pun, bagi aku ok je compare to tempat lain yang size sama tapi mahal sikit kadang-kadang nye.

Tapi cream dia untuk certain orang mungkin terlebih manis sikit. Untuk aku pun dah manis tu. Boleh la untuk makan sekali sekala. Kalau selalu, aku stick pada red velvet cupcakes dari cafe dalam UiTM ni je la.. Hehehe

So, kalau korang beli, beli la lebih pas kat aku sikit ye. (^_^)

Later!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Comments

  1. eyriqazz December 21, 2012
  2. boni kacak December 21, 2012
  3. Denaihati December 21, 2012
  4. titan December 22, 2012
  5. ohcikgu December 23, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·