Temuduga Yang Menakutkan

Akhir November 2012 yang lepas, aku ada tulis satu entry minta tolong korang, rakan-rakan blogger & pembaca blog untuk doakan aku yang ketika itu dilanda kegelabahan & kerisauan tahap maksimum. Aku berterima kasih sangat walaupun tak diberitahu secara detail apa yang akan berlaku, kawan-kawan tetap doakan juga dan bagi wish yang menenangkan jiwa yang kacau masa tu.

Segan nak bagi tahu, tapi sebab nak minta korang doakan lagi, bagi tahu la jugak. Hahaha. Awal Disember hari tu, setelah sekian lama tak melalui temuduga, aku terpaksa ditemuduga untuk nak apply biasiswa staf bagi melanjutkan pengajian PhD.

Last aku di interview ialah pada tahun 2007 tak silap untuk mendapatkan biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) di bawah UiTM. 5 tahun tu dah berlalu. Tu yang memang terketaq habis tu nak masuk interview lagi. Dah la kene bentang sekali secara ringkas proposal PhD kita, tu yang lagi aku gelabah sebab tak berapa nak ready masa tu. Padan muka last minute lagi.

Masa hari interview, aku memang teramat entah apa-apa. Penemuduga adalah pensyarah-pensyarah senior dari Pusat Pengajian Biologi, kira dari program aku dan juga program BioMol. Pendek kata colleagues aku sendiri la sebenarnya.

Colleagues dari cawangan yang turut hadir untuk interview pelik kenapa aku takut lebih sebab yang akan interview adalah colleagues sendiri. Aku cakap, sebab aku kenal diorang dan tahu macam mana student projek kena la aku takut sangat. Kalau tak kenal, tak boleh nak expect apa, so kurang la risau. Dah la calon yang awal-awal tu kata ada yang teruk kena soal. Huhuhu

Giliran aku yang ke 8 atau 9 kot masa ni. Biasanya, setiap kali lepas candidate keluar bilik interview, dalam 1 minit lepas tu, calon lain akan dipanggil. So, lepas calon sebelum aku keluar dari bilik interview, nafas aku dah mula macam tak betul ritma nya. Kadang-kadang terberhenti lama dari biasa pun ada. Hohoho. Aku tunggu juga saat ketika untuk dipanggil. Tapi tak jugak. Maka, lagi lama la nafas aku macam tak betul. Macam tersekat kat tekak je. Nak dekat 10 minit kot, baru la aku dipanggil. Rupanya diorang rehat minum dulu dengan gembiranya. Aku dah pucat mcam mayat dah kot.

Alhamdulillah juga, walaupun aku gelabah, interviewer bertanya dengan baiknya dan dengar pembentangan proposal aku dengan okay walaupun aku sendiri macam kurang faham apa aku cakap masa ni. Koordinator Program (bos) aku yang turut menjadi panel penemuduga kata, ikutkan hati dia nak ambik gambar aku masa tu. Ye la, dok goyang-goyang badan, pegang-pegang baju, sengih-sengih. Hahahaha. Ye, macam tu la aku, payah betul nak jadi skema, tu pasal aku takut. Kan dah terkeluar jugak perangai buruk aku depan Dr-Dr yang 6 orang tu.

So sekarang ni kitorang masih menunggu keputusan. Kalau ada rezeki aku, tahun ni aku akan pergi melanjutkan pengajian, mungkin pada akhir tahun. Kalau ada rezeki la..

Maka, kalau tak keberatan, doakan aku ye ada rezeki dapat pergi tahun ni juga dan dapat pergi tempat yang aku nak walaupun tahu agak susah nak ke sana. Boleh la korang datang visit kalau dapat aku pergi. Hehehe. Berangan duluuu.. ;p

Tengah agak risau ni tunggu result yang tak tau bila akan keluar. Huhuhu.

Thank you kawan-kawan (^_^)

Later! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

33 thoughts on “Temuduga Yang Menakutkan

  1. Tahniah nadot…inshaaAllah moga2 dimurahkan rezki utk fly…

    Biasa jugak dgr kawan2 interview camni, ginilah jugak…ketar2 dan kata merekapun tak berapa yakin…akhirnya, ramai yg dah fly further study…

    Moga berjaya… =)