Dari awal aku sampai UK pada Disember 2013, aku dah bercita-cita nak buat servis ‘Personal Online-Shopper’ untuk mereka-mereka yang nak membeli barang dari UK dengan harga yang lebih murah dari yang dijual di Malaysia. Memang dah ada kawan-kawan yang macam suruh tolong usha-ushakan barang. Memang masa tu dah contact orang kotak etc, survey-survey apa yang patut, tapi oleh sebab kitorang masih dalam fasa ‘adjustment’ – nak membiasakan dengan kehidupan dekat sini, dengan dude sibuk jaga anak-anak, dan lepas daftar je terus aku sibuk masuk farm, memang terpaksa simpan kejap la hasrat tu.
Selepas sekian lama, akhirnya hasrat menjadi kenyataan dengan terhasilnya page Borong Barang UK, khas untuk semua yang hendak membeli/mengorder barangan dari UK.
So, basically, kitorang tak menjual barang. Maksudnya tak ada ready stock di tangan (melainkan aku geram tengok benda murah sangat dan beli je – sangat biasa berlaku :p). Tapi kitorang ‘tolong’ belikan barang. Jadi kalau ada barang made in UK atau Europe yang korang ada minat, bagi la nama brand, model detail etc & kitorang cuba quotekan harga serendah boleh. Kalau item tu sama atau lagi mahal harganya dari Malaysia, baik beli di Malaysia je lah.
Kebanyakan barang kitorang akan shipping ke Malaysia yang biasanya mengambil masa 7-9 minggu. So, kalau korang nak barang urgent, memang tak dapat lah melainkan sanggup bayar harga pos udara ke Malaysia. Kalau benda tu ringan tak apa. Itu pun kalau convert duit, still sampai RM100 gak kot. Kalau berat-berat, memang lagi sangat mahal la. Tapi kalau korang sanggup aku tak kisah je 😉
Antara brand yang biasanya lebih murah dijual di UK berbanding Malaysia adalah seperti:
TEFAL
Ada macam-macam produk Tefal ni. Kaki-kaki masak, boleh la tengok-tengok online yang mana berkenan 😉
——
KARRIMOR
Karrimor ni untuk peminat-peminat outdoor, ada jual beg, kasut, dan lain-lain. Sementara tengah sale yang aku tak pasti sampai bila, harga beg di atas termasuk shipping ke Malaysia adalah RM435 dan tambah RM10 lagi untuk pos ke rumah.
—–
PHILIPS AVENT & TOMMEE TIPPEE
Untuk barangan baby, jenama Avent & Tommee Tippee ni lah yang murah di UK. Asal sini kan. Hihi.
——
PHILIPS AIRFRYER
Philips Airfryer ni ada warranty international.
Kalau nak beli barang elektrik yang mahal dan tak ada international warranty, aku tak galakkan sangat melainkan korang sanggup tanggung risiko seperti aku. Hehe.
Aku pernah beli pumb Medela Freestyle masa di Malaysia dari UK. Harga di Malaysia masa tu paling murah aku tengok boleh dapat RM1700++. Tapi aku beli dari UK dengan harga tak sampai RM1200. Warranty boleh pakai di UK je, tapi sebab jauh beza, aku gamblekan, doa dan tawakal je semoga tak rosak. Alhamdulillah elok lagi sampai sekarang. (^_^)
Apapun, ikut korang lah selesa macam mana kalau nak barang elektrik yang hanya ada UK warranty.
——
Brand-brand lain yang orang cari di UK, kalau bag-bag tak berapa mahal, tapi ada outlet di Malaysia macam di One Utama, Mid Valley dll adalah dari jenama Cath Kidston, Kipling etc.
Kalau jersey BPL, harga sama lebih kurang je dengan harga Malaysia, so tak berbaloi sangat.
Perfume kadang-kadang ada jualan murah juga. Sekarang ni aku tengok FCUK for him EDT ni aku boleh bagi RM95 termasuk pos ke rumah kalau beli HARI NI. Sebab harga naik turun tiap-tiap hari macam saham pulak. Stress aku tengok. Haha. Perfume David Beckham pun boleh tahan murah.
FCUK ni memang jenama UK, so kalau sale, biasa akan lebih murah dari perfume jenama-jenama US yang ada dekat sini. Tapi ikut juga, kadang-kadang, boleh juga dapat murah yang lain-lain tu.
Dekat sini kononnya, 2 sale event terbesar adalah Black Friday & Boxing Day. Black Friday tahun ni adalah pada 28 November 2014, iaitu jumaat depan. Tapi banyak online shop akan mula buat sale bermula isnin depan. Yang Boxing Day sehari selepas Christmas. Masa ni, sebab masih cuti, biasanya semua orang akan keluar lah pergi shopping di kedai. Walaupun tak berapa mampu, aku tetap akan keluar shopping time ni. Window shopping pun jadilah. InsyaAllah.
Tapi, sebenarnya, dari pemerhatian dan ‘hearsay’ kawan kawan, kebanyakannya, nilai sale tu sama je dengan sale-sale biasa sebelum Christmas or hari-hari biasa ni. Kiranya kalau item tu tengah sale sekarang, tak maknanya lah harga tu akan diturunkan banyak lagi masa Boxing Day atau Black Friday. So, beli je lah kalau harga tu lagi murah dari yang dijual di Malaysia.
So kesimpulannya di sini, kalau ada item yang korang berkenan, PM la di Facebook Borong Barang UK untuk aku quotekan harga berapa yang aku boleh bagi. Shipping pertama akan jalan awal Januari. jadi dianggarkan akan sampai (ETA) pada bulan Mac.
Apapun ketahuilah, niat aku bukan nak habiskan duit korang. Tapi nak menolong je. Hehehe.
Happy Shopping! 🙂
p/s: Markah Contest Blogger yang Dikagumi baru sangat aku perolehi dari kedua-dua juri sebentar tadi. Tak sempat nak intai pun lagi. InsyaAllah tak ada aral, hujung minggu depan akan aku umumkan pemenang-pemenang. 😉
jauhnya shopping haha…
imran recently posted..Hidupkan kerja yang cemerlang
kalau berbaloi denga harga barang dan kos penghantaran..okey je ni
blogger lelaki recently posted..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
ada benda ok, ada benda mahal..memang kena pilih n riki2 brand yang boleh bagi harga murah dari Msia
nadot recently posted..Borong Barang UK
setahu saya kalau baju dekat sana memang murah kan…
blogger lelaki recently posted..Jom Aktifkan Mykad
dah terbayang baju Man Utd tadi
hehe
TehR recently posted..Bercakap Dengan Pantun
Berita baik ni.. boleh oder barang2 murah dekat sana…
anuar recently posted..Keuntungan Memajak Emas di ArRahnu Pos Malaysia Berbanding Bank Rakyat
Wahhhh..
Terbeliak biji mata tengok tefal nie klau murah di UK..
Huhuhu..
Takpe survey yang mana patut dulu.. Pastu perabis duit la order..
Azeni Ahmad recently posted..Bedung Bayi : Kaki Bayi Akan Pengkar Jika Tidak Dibedung?
Huhu..bagus sgt apa yang dibuat oleh kak nad ni..semoga mendapat support yang menggalakkan..
Tengok barang nampak eksklusif. Kalau perempuan memang geram pastu beli terus.
Bahrain recently posted..Sedap Pula Makan Sushi Kali Ini
bergantung pada barangan jugaklah kan.. 🙂
LuqmanZakaria recently posted..Lagu Lagu ini mungkin dapat menceriakan Hari anda.
mak aii..rajin gila hang gi memborong eh..
titan recently posted..Saya nak jumpa awak, boleh?
Terbuntang biji mata tengok Airfryer tu sis …kena himpun duit banyak2 nih
Noriza Rahman recently posted..Selsema Kahak Semakin Berkurang
barang dari UK..mahal tapi berbaloi kerana ada sentimental value
Kakiblog recently posted..Menulis Tanpa SEO
Harga kalu kena dengan budget layan juga membeli belah ni sempena bonus nk dtg ni.
Kereta Sewa Shah Alam recently posted..Kereta Sewa Kota Damansara Lokasi Terbaru Perkhidmatan Kereta Sewa
tak pernah ada barang dari UK ni…hehehe..tapi baguslah ada servis macam nadot buat ni.
ema recently posted..Nasi Daun Pisang, Bukan Nasi Lemak
dulu-dulu ada kempen..buy British last..
Kakiblog recently posted..Halangan Untuk Blogwalking
Menarik, tak dapat pegi UK. Beli barang dari UK pun jadilah.
Wira Merah recently posted..Pengguna Bijak Jom Aktifkan Mykad
Wah, itu namanya kreatif. Sekalian jalan” sekalian bisnis. Layak ditiru itu. Sayang, saya gak pernah pergi ke UK hehe jadi belum bisa meniru
Outbound recently posted..Sejarah Paintball
wkwkwkwkkwkw
ga punya paypal bro
belaja di pasar aja hehehehe
Kunjungan yang sangat berkesan, semoga kunjungan saya kali selanjutnya bisa membawa berkah gan amiiin…
Saya pun banyak ‘tolong’ belikan barang utk org sejak duduk Melbourne ni. Kdg2 tu penat jgk tapi seronok sebab dpd tak pandai terus pandai mencari ‘lubuk’ jualan murah. He he
ahmadijat recently posted..Ketegangan di Australia mengenai ISIS
Wowww, mantaff banget artikelnya sayang banget jika dilewatkan…
Gak dapat ke UK barang nya pun jadi :e
harga barang di malaysia dah masuk cukai + duit kopi hehehe
Ikhwan Fahmi recently posted..Pengenalan Latihan Separa Perubatan Gred U29
Nak kirim kad dog n bone boleh? hehehe
eyriqazz recently posted..Top 10 Affiliate eQurban 2014
Teringin nak beli baju Manchester United dari UK.
BloggInspired recently posted..Malaysia Best SEO Blog 2014
di indonesia harga barang nya mahal2. rupiah anjlok, huhuhhu
syukur ada sahabat yang boleh bantu belikan barang di UK.
Dr Fattah recently posted..Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa Perubatan
Wah, barang import semua nih..
Muhammad Nizar recently posted..Download Film Doraemon ‘Stand By Me’ Subtitle Indonesia
weh.
update blog wehhh.
titan recently posted..Tell me your bank account number and name your PRICE.
tahun lalu sy pernah tengok sodara sy pake tas karrimor, keren nd sporty. tahun ni nak cuba kumpul duit dlu buat beli tas itu, moga tercapai. sy akui harga di malaysia mmg sangat murah tapi high quality, tak payah2 byk pikir takut duit cekak.
Avanoustic recently posted..Staf 10 Downing Street Klaim Bertemu Hantu
Tengok Tefal tu terus mata jadi bersinar-sinar. *_*
Syazana Jamaludin recently posted..Tips Kulit Bersih Yang Paling Mudah
Harganya lumayan tapi barangnya juga kualitasnya nak keren pula, saya tertarikkk ..
meskipun belum pernah kesana,, tapi bisa dapet barang2 uk … ^__^
Pengobatan herbal Epilepsi recently posted..Pengobatan Alami untuk Penyakit Epilepsi
dah like page borong uk dan harga memang murah!!!
aimi recently posted..Pengedar Shaklee Shah Alam dan Klang Untuk COD dan Daftar Ahli
Senang nya bisa borong barang barang keren & inovatif. Harga cukup terjangkau lah 😀
kapan saya bisa borong barang-barang UK ..
ingin borong tapi tak ada money
kkkkk
BATIK recently posted..Daftar Perlengkapan Bayi Baru Lahir Yang Harus Di Persiapkan Oleh Orang Tua
wow dari uk tu..agaknya kalau ringgit kukuh macam dulu mesti lagi murah kan.
semak saman recently posted..Semak Saman Trafik PDRM dan JPJ Online
Terbaik sis. Kalau brg dari Us pula sy suggest pakai Viabox. Service puas hati.