Sebab sekarang ni musim exam, so, kitorang memang akan dapat 1 hari pada hujung minggu untuk invigilate. Nasib baik aku dapat jaga pada pagi 5hb Jan, Sabtu lepas, hari yang sama Mini Seminar Abang Ensem berlangsung.
Habis jaga exam, aku pun bertolak la dari ofis ke PKNS BizPoint Seksyen 7, tempat di mana Mini Seminar AE yang ke 14 diadakan. Aku saja menyibuk kali ni sebab ada Fazli & Chub -kawan2 yang best masa UM dulu – datang dengar seminar sekali. kalau ikutkan Fazli datang dengan Ziera, tapi takda siapa boleh jaga anak, Fazli ajak Chub pergi. Seronok dapat jumpa diorang balik & borak macam zaman belajar 6-7 tahun dulu. Hehe
Mini seminar baru-baru ni adalah kali kedua yang diadakan di PKNS BizPoint Seksyen 7 ni. Tapi baru first time aku nak menyebuk tengok-tengok. Hehe. Memang best la ambiance dia. Makanan pun sedap woo.. Ada Koay Teow takde taugeh tu.. Yang sedap lagi tauhu sumbat ayam hancur kot.. Marvellous! Lupa ambik gambar.. Hohoho
Seronok juga dapat jumpa blogger-blogger lain & silent reader (acecececece) konon. Dapat jumpa Kak Ayu, Abang Khai yang sempat la beramah mesra kejap (^_^), Amir yang kebetulannya husband kepada colleague di UiTM, Fazreen yang hebat – orang kuat Roti Kaya, Halif dan silent reader yang cute – Safa si optometrist. Hahahah.
Dekat tempat seminar ni pun ada disediakan Surau yang berasingan untuk lelaki & perempuan. So, lepas habis sesi bergambar dan menunggu Fazli & Chub solat, kitorang bertiga pun dengan agak segan silu nya, join AE untuk lunch sekali dengan Kak Ayu, Fazreen, Kak Rin, Amir & Qila.
AE decide nak ke Hj Sharin Low, salah satu tempat favourite aku (semua tempat makan macam feveret aku je..haiishh ;p). Sampai restoran tu, ade ke patut AE suruh aku yang orderkan makanan. Seriusla tak reti & segan & rasa cam nak tumbuk je 1 pack AE masa tu. Hahaha. Tapi aku cuba kurangkan sikit rasa segan tu dan mengorder semua yang menjadi favourite aku kat sini:
Sotong Telur Masin (Medium size – RM30)
Ni memang tak payah cakap la. Memang buat masa ni, selagi belum bosan, memang favourite aku. Kalau sebelum ni dekat Hj Sharin Low cawangan Bangi, aku & Dude selalu order Udang Telur Masin, tapi lately, suka try sotong telur masin pulak. Marvellous wa cakap sama lu…
Lepas tu Abang Ensem ada cadangkan ambik lauk ayam masak lemon. Boleh tak dengan suka hati nya aku bangkang sebab aku tak suka. Rasa kejam pulak bila ingat balik. Tapi siapa suruh cakap awal2 suruh aku yang order..hohoho…Ampun AE..hehehe..
So untuk lauk ayam, aku order:
Ayam Ala Thai (Medium – RM32.00)
Pernah aku sebut dalam entri INI ketika makan di cawangan Bangi, betapa aku suka gila menu ni. Branch Shah Alam punya ni, bagi aku agak kering sikit, tapi rasanya, masih awesome! 😉
Lepas tu, dengan sukahati lagi, aku order pulak:
Udang Butter (Medium Size – RM45)
Udang butter, macam yang diketahui umum, op coz la sedaaap sangaaaatt. Hehehe.
Lepas tu, sebab AE dah sebut tomyam wajib ada, dan dalam menu nampak satu jenis tomyam ni je:
Seafood Tom Yam Soup (Medium – RM20)
Sedap jugak. Tapi aku lagi prefer tomyam di Jemari yang lebih pekat dan pedas. Tapi still, sedap je tomyam ni. 🙂
Untuk sayur, AE order:
Kailan Hong Kong dengan Ikan Masin (Medium – RM12)
Selain lauk-lauk ni, Kak Rin tak nak makan nasi, so dia order Cantonese Yin yong dan Kak Ayu pula order Mee Hokkien dan Chinese Pan Cake untuk dessert.
Memang banyak gila ah makanan atas meja. Best woo.. Semua sedap-sedap. Aku tak tau la orang lain puas hati tak dengan pilihan aku. Tapi yang pasti, aku memang puas hati dengan pilihan aku. Hahahaha. Kalau tak kena dengan tekak diorang, diorang memang tak boleh bising sebab sapa suruh aku yang pilih, haruslah ikut nafsu tekak dan perut aku. Hehe.. Ampun kawan-kawan.. (^_^)
Apa pun best la dapat lepak dan mendengar cerita best-best dari mereka-mereka yang join lunch ni. Semoge ade rezeki Abang Ensem lagi dan masa, boleh lunch ramai-ramai lagi. Hehehe
Ape pun, terima kasih banyak2 ye Abang Ensem dan Fazreen (^_^)
Later! 😉
wah…AE dah tak sikat rambut belah tepi lagi lah
boni kacak recently posted..Bila Aku Menggila Atas Pentas
hahaha..x cukup rambut nak disikatkan ke tepi… hehe
nadot recently posted..Mini Seminar AE & Haji Sharin Low, Shah Alam
makan lagiii…grr..
titan recently posted..Komisen ke 9 dari Jobdirumah.com
orang mengajak lunch, kita ikut je la..hhehe
nadot recently posted..Mini Seminar AE & Haji Sharin Low, Shah Alam
Nadot : abang la kan… kalau dapat offer gini confirm pesan CHLI CRAB jee sebab yang paling best selain LEMON CHICKEN ( ikut selera abang laa )
hazman aka species1980 recently posted..Contest TEKA LAGU Finalis Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27 )
tak terfikir nak order chili crab sebab cam susah pulak nak makan kopek2 + segan kot cam mahal lebey… hehe
nadot recently posted..Mini Seminar AE & Haji Sharin Low, Shah Alam
Next time i will try your recomendation lah, Hazman..i love crab
akuzle ayu recently posted..UNDI UNTUK YANG COMEL DAN SANGAT MEMBANTU
Seronoknya tengok Nadot dapat berjumpa kawan-kawan lama… Dapat layan gelak sakan sambil makan Koay Teow takde taugeh dekat mini Seminar Abang Ensem.. Menu yang sama masa saya pergi hari tu Hehehe… Oklah, tentu banyak cerita dapat dikongsikan bersama kawan-kawan lama…
Anuar recently posted..Tak sangka boleh dapat No. 41 pada Tahun 2012 menerusi Perniagaan Tanpa Modal
Hi Anuar… tu la..seronok jumpa kawan2 lama… berapa tahun tak jumpa, tapi once mula bercerita rasa macam dulu2 jugak… hehe
nadot recently posted..Mini Seminar AE & Haji Sharin Low, Shah Alam
pegi seminar AE semuanya mesti best…Ilmu,kawan2 n makan pun best
Orang Kampung recently posted..Projek Mega Tahun 2013
tu la. seronok!.. ade rezeki OK pergi la pulak 🙂
nadot recently posted..Mini Seminar AE & Haji Sharin Low, Shah Alam
Jap. restoran ni yg area bangi kat belah mana?nak tryla…chinese food ni mmg sedap. ketam telur masin ada dak?
halif recently posted..Kejutan Dari Denaihati.com Untuk Semua
Kalau kat bangi, kat area sungai merab luar… Kat shah alam x pasan, tp kat bangi ada soft shell crab masak telur masin. Taip ni pun dah rase lapar teringin.. Haiishhh
sedap nampaknya makanan tu. lagi2 orang belanja 😀
Amirez recently posted..Majlis Tahlil Arwah – Pro dan Kontra
Tu la pasal… Sbb dibelanje tu la berganda sedapnya.. Hehe
Serius sedap…. x sia2 AE suruh Nadot order…
AmiRini kasi 2 thumbs up utk menu ni…
Hehehehe.. AmiRini siap plan nk bawak wife gi tu…
Apa2 pun tq tu AE and Fazreen yang sponsor makanan ini…
AmiRini recently posted..Kering…. kering… kering….
Hehehe.. Mekaseh…mekaseh… Kalau pegi dgn wife, tapaukan ok.. Hahaha
makan pun mantop2 semua ni ..hihi..terbaik laa..
sungguh beruntung dapat gi seminar camni..akak belum dapat join lagi. restoran shahrin low memang terbaik…apasal tak belanja ae itik panggang nadot?
kak ina kl recently posted..Asam Rebus Ikan Kembung
wah..bukan senang dapat makan ngn ABANG ENSEM nie 😛
Cishhh..sampai hati nadot tak ajak saya…
eyriqazz recently posted..Blog Eyriqazz Kena Pantau
rasa cam ada api je telinga dengar Nadot’s, AE, Ayu n Friends pegi makan tak ajak saya.. huhuhu
abangkhai recently posted..Dedikasi buat bonda..
makanan tuh semua buat den terliur jer…huhu
papa mifz recently posted..Pulau Menarik di Terengganu
AE tau dah taste Nadot mesti sama dengan dia sebab tu suruh order kan..
Tp seyes memang nampak sangat menyelerakan 😀
Myra Jay recently posted..Program Realiti ‘Bintang Mencari Bintang’ di TV3
huarghhh..jelesin…mmg nak join hrtue kak nadot…tapi balik kg..kalau tak bleh join melantak sekalik :tak malu: ihiks
Fazreen tu pemilik rotikaya.com juga ke?
nyum3..hihi
syaifuddin alias recently posted..Sharnaaz Kongkong Shila
bestnya dapat kumpul ngan blogger2 yg femes ni. lg2 ada yg belanja
Ladfe Amir recently posted..Tip Nuffnang Untuk Dapatkan Iklan Kempen CPUV Buffered Earning
Sedapnya sotong masak kuning telur masin!!
Sebelum ni pernah order ketam lembut telur maisn je kat Hj Shahrin low cwgn Kota Bharu. Lepas ni nk try sotong dia pula.. baru sekali mkn je sotong telur masin tp kt kedai lain. Nnt bole compare mana yg sedap.hehe..