Keputusan Contest Dari Edinburgh – Blogger yang Dikagumi

Ya Allah.. Susahnya aku nak mencari kekuatan untuk menulis dalam blog sekarang. Entah apa masalah aku entah. Stress PhD memang ye jugak sebab memang bulan Januari 2015 aku dah mula masuk farm balik untuk projek baru, so meeting sangat banyak lah untuk plan projek baru ni. Dengan winternya, memang aku depress terlebih sikit la. Hehehe..

Tapi alasan apa pun, memang sepatutnya tak boleh diterima sebab aku dah janji lain sebelum ni. Memang aku rasa sangat kesal dan rasa bersalah gila kepada para peserta Contest …. Lama gila aku tangguhkan umumkan pemenang. Padahal dah lama dapat result. Hadiah pun dah siap balut dan dah masuk sampul yang berbubble wrap tu, adik aku tunggu alamat je untuk poskan…

10949825_10152693764366325_1290979260_n

Serius aku mohon maaf. Sila la kutuk belakang-belakang kalau terpaksa okay, aku maafkan. Kutuk depan-depan aku sedih sikit la walaupun tahu memang entirely salah aku. Ampun eh korang. 🙂

So, pemarkahan untuk contest kali ini adalah diberikan oleh 3 juri. Chewah! 40% each oleh juri pertama dan kedua. Dan 20% sahaja oleh juri cantik iaitu aku. Haha.

Juri pertama adalah Cik Rashidah Ramli, kawan #sehengus aku dari sekolah.

553772_4505875127630_1523986779_n

 

——

Juri kedua adalah Cik Najua Tulos, rakan sekerja aku di UiTM.

53093_10151237290871520_294237830_o

——

Kedua-dua juri ni tak mengenali antara satu sama lain. Tapi both memang silent reader kepada banyak blog kecuali blog-blog peserta contest ni kot. Macam tak berapa nak kena mengena dengan kehidupan seharian diorang. Hehehe.

Najua tak bagi aku letak gambar dia, takut korang tak puas hati nanti cari dia. Shidah pulak mengalu-alukan je kalau korang tak puas hati & cari dia. Sangat opposite perangai dua-dua orang ni. Aku juga wasatiah kat tengah-tengah. Hihihi.

So, untuk keputusan ni, markah antara Shidah & Najua memang tak jauh beza. Dah boleh agak siapa yang menang dari markah kedua-dua juri ni. 20% dari aku pulak macam tak berapa nak menyumbang apa sebab aku tak sampai hati bagi markah sikit. So lebih kurang sangat je markahnya. Hihi.

Maka untuk tidak membuang masa, aku umumkan pemenang contest… adalah:

Tempat pertama: http://ahmadfaizal.com/2014/10/27/7-small-giant-blogger-yang-gua-kagumi/

Tempat kedua: http://pondokkecil.com/blog/kagum-betul-aku-dengan-blogger-ni/

Tempat ketiga: http://www.tehramuan.com/cikgu-murid-dan-blogger-yang-dikagumi.html

Tempat keempat: http://jmr23.com/2014/10/26/blogger-yang-dikagumi/

Saguhati tempat kelima & keenam:

http://ctsueraya.blogspot.com/2014/10/blogger-yang-dikagumi-sebab-tak-mampu.html

http://akubiomed.com/blogger-yang-dikagumi-dari-kacamata-akubiomed/

Tahniah korang! Nanti aku contact korang ok minta alamat, nombor akaun & size untuk pelikat pants. Kalau rasa aku lambat, korang PM la aku dulu.. hehehe

Kalau lah aku ada banyak lagi fridge magnet semua tu, memang nak bagi lebih banyak yang menang. Tapi tak ada la pulak. Tengok la kalau aku rajin membeli dan nak buat lagi contest ni kalau korang tak kisah la makan setahun nak tahu keputusan. hahaha..  Tapi takut orang serik nak masuk je lambat sangat umum pemenang. Hehehe.Tak habis lagi rasa bersalah ni.. hihi..

Apapun terima kasih banyak-banyak yang join contest simple aku ni. Minta maaf juga banyak2 untuk semua kekurangan dari segi hadiah dan kelewatan masa etc.

Korang doakan ye perjalanan PhD aku ni dipermudahkan.. Ni pun nak pergi ke farm ni sesejuk ni. Aku dah stress dah ni. Rasa nak balik Malaysia je ni dan quit belajar. Rasa je la. InsyaAllah takde la betul-betul quitnya. Hihi.

Semoga aku sentuh lagi blog ni at least sekali setiap bulan.

Korang jaga diri k.

Later! 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 Comments

  1. reezluv February 6, 2015
  2. JMR February 6, 2015
  3. anuar February 6, 2015
  4. akubiomed February 6, 2015
  5. Therina Jopri February 8, 2015
  6. TehR February 10, 2015
  7. hannan rifqi February 12, 2015
  8. Noriza Rahman May 21, 2015
  9. Hanafi Abdullah May 30, 2015
  10. zara June 3, 2015
  11. Hairul Azni June 8, 2015
  12. Bahrian Adhi Prasetyo June 24, 2015
  13. Online Betting July 3, 2015
  14. Judi Poker Online July 9, 2015
  15. aimi August 8, 2015
  16. aimi August 21, 2015
  17. ExpanDroiders August 27, 2015
  18. NAULA FURNITURE September 24, 2015
  19. Ani Haryani January 15, 2016
    • nadot December 28, 2016
  20. imnajmi December 27, 2016
  21. Mazniazmi ibubijak April 12, 2017
  22. Mama Hakim April 14, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·