Berbuka Puasa di Restoran Songket

Alhamdulillah, disebabkan entry Abg Hazman Fadzil yang mengajak untuk berdaftar di Open Rice, aku mendapat jemputan untuk berbuka puasa di Restoran Songket yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng Sabtu baru-baru ni. Location dia agak tersorok, sebab terletak di belakang bangunan lain yang ada Klinik, White Town Coffee dll, tapi tak sangka Songket tetap glemer dan ramai orang datang. Bak kata Chef Zamri, mostly sebab bantuan bloggers juga yang menyampaikan cerita-cerita best tentang Restoran Songket ni disamping makanan diorang yang memang marvellous wa cakap luuu! 😉

Masuk-masuk je restoran, terus nampak Abg Man tercongok kat depan. Walaupun first time jumpa, harusla kenal, food blogger femes tuuu… hehehe

So, sementara tengah terang lagi nak menunggu waktu berbuka, aku pun ikut la jejak langkah Abg Man untuk mengambil gambar makanan-makanan yang disediakan. Tapi disebabkan aku hanya menggunakan smart phone yang hampeh dan aku sendiri yang agak hampeh, maka haruslah gambar tak berapa nak berkualiti macam gambar-gambar Abg Man. Malas nak bawak DSLR & dalam proses untuk menjual pun untuk beli compact yang ok. huhu

Gerai minuman, kuih-muih, buah-buahan, dan roti jala

 

Antara lauk-pauk yang disediakan dan yang aku makan:

Sambal Udang

 

Ikan Masak Gulai Cili Api Bercampur Mangga

Ini aku suke, siyes sedap. Sebab letak mangga tu kot. Masam memang aku suke. Tapi tak sure ikan apa. Macam Dory je… tp tatau..hehe

Chili Crab

Sedap jugakk!!.. Aku rase memang taste chili crab aku yang masakan kampung punye la. Yang masakan cina letak dauh kari bagai tu, biase-biase je.. ;p

Sup Tulang Rusuk

Sup tulang rusuk yang marvelous gilee!.. Siyes sedap woo… tp aku rase dari Dude punye mangkuk je sebab dah kenyang. Mase aku ambik dari mangkuk Dude, Dude tengah ambikkan air, dia sampai-sampai meja, tengok daging ade yang dah hilang.. hehehe.. Ampuuun Dude.. (^_^)

Kambing Panggang

My favourite food! Akhirnye dapat jugak, Alhamdulillah ;p

Sate, chicken wing, udang bakar, pari bakar (Dalam daun pisang tu)

 

bubur lambuk, rojak, popiah dan otak-otak

 

Aiskrim dengan rasa yang agak ‘unusual’ tapi sedap gile. Mangkuk depan tu perasa kelapa dan coklat. Yang belakang tu perisa serai dan teh tarik. Siyesly marvelous!

Seronok dapat berjumpa dengan blogger-blogger lain seperti Abg Hazman, Shila, Shaharil dan Kak Ayu.

Maafkan keterujaan aku dalam gambar kiri tu. Aku kan alergik tengok orang-orang cute ni. Nama dia Wan, Salah seorang penari kebudayaan kat situ. Gile comel tengok dia menari sebab dok perati step orang lain. Tanye-tanye, memang dia agak baru kat situ, buat part time je. Tengah belajar di UKM dan salah seorang pemain bola. Dah la main bola, suke pulak tarian asli ni, haruslah aku tergode gile…ishkk… (^_^)

Sebelah kanan, bergambar dengan Chef Zamri yang kiut juge, salah seorang owner Restoran Songket ni. Memang awesome lah chef! ;p

Dapat pulak gift dari pihak Open Rice dan voucher dari Restoran Songket lagi. Made my day betul la. 😉

Sesi bergambar bersama the rest of Open Ricer menamatkan makan malam aku di situ. Semoge akan ada kesempatan lagi untuk join event makan-makan macam ni. Sedaapp wooo… hehehe

Later!;p

p/s: Doakan perjalanan kami ke kampung hasben Batu Pahat tengah hari nanti selamat ye. Thanks korang! 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Comments

  1. Nurul August 16, 2012
  2. hazman aka species1980 August 16, 2012
  3. ReM August 16, 2012
  4. titan August 16, 2012
  5. boni kacak August 17, 2012
  6. Jebeng Otai™ August 17, 2012
  7. akuzle ayu August 21, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·