Pengalaman Pam Susu Badan Secara Eksklusif

 Tengah-tengah pregnant ni, sambil tengok Alang yang baru dapat baby mengepam susu, teringat pengalaman sendiri pam susu untuk Nawfal yang boleh dikatakan secara eksklusif jugak la sehinggalah Nawfal berusia 10 bulan ++ tanpa campur dengan susu lain.

Aku tak pernah bercita-cita nak bagi anak susu badan lama-lama. Bukan tak nak, tapi kurang pendedahan. Emak dulu-dulu pun bagi kitorang sampai 6 bulan je kot, itupun, mula campur dengan FM (Formula Milk) lepas 44 hari kena masuk kerja balik. Walaupun masa tu Amal & Mau fully bf juga, tapi sebab belum mengalami dan bukannya jumpa selalu, takde la terpengaruh sangat.

Sebelum bersalin, siap beli dah susu Lactogen (susu yang mak guna untuk kami adik beradik – kecuali aku yang kejap je guna Lactogen sebab umur 3 bulan gitu dah terbang ke Jepun ayah sambung belajar. So guna susu jenama jepun la kot, kata mak ;p). Tapi masa pergi spital nak bersalin, takdela aku bawak Lactogen tu, tinggalkan kat rumah je. Aku bersalin pukul 8.45 am, muntah-muntah mamai sampai 12.30 malam. Lebih 15 kali aku muntah dan tak sedar apa-apa yang berlaku kat keliling. Ingat sikit-sikit je. Side effect over gile dari bius tu. Tensen lak. So, mak & Dude yang tolong letakkan Nawfal kat breast untuk menyusu walaupun tak sure ada susu ke tak. So, dah sedar sepenuhnya pukul 12.30 malam tu, lepas makan etc, try pump susu, tak keluar langsung. Telefon Dr Juju mintak susu FM nak bagi baby. Tapi tak dihantar-hantar. Nawfal dah nangis, cuba je la bagi dia menyusu badan, dan Nawfal diam je. So, tak jadi la guna susu FM. Start tu, dah datang azam, tak nak la bagi susu FM.

Hari ke-6, Nawfal masuk hospital balik sebab kuning. Dah masuk hari ketiga di hospital, tak turun-turun kuningnya, padahal tiap-tiap malam lama mengempeng. Asyik menangis je macam lapar sangat. Time tu pelik jugak la kenapa. Doktor dah cadangkan untuk bagi FM. Cadangan yang menakutkan bagi aku. So siang hari ketiga tu, Ros datang melawat, dan cadangkan untuk pam susu, mungkin anak tak pandai hisap lagi etc. So, pada hari itu, breast ku ternoda dengan tiga tangan – tangan aku, tangan Ros & tangan emak yang tolong urut-urut dan keluarkan susu. Sampai sekarang Ros masih suka mengungkit keseronokan dia dapat mengurut breast aku. Hahahaha. Anyway, malam ketiga tu, bagi Nawfal susu yang dapat sikit tapi 2 botol, dan NAwfal tido dengan lena tanpa menangis. Baru aku sedar selama ni, Nawfal kurang dapat susu dengan susu aku yang sikit dan lambat keluar mungkin. Esoknya, Ros datang lagi bawakkan pam Sue (MEdela Harmony) yang Ejai tolong ambik dari Sue, dan dpat berita boleh keluar dah sebab kuning dah turun banyak dalam 1 malam je. Terhutang budi dengan Ros & Sue sampai sekarang. (^_^)

So semenjak itu, aku pam je susu. Rajin gila. Sehari memang dapat la pam 8 kali. Emak pun terkejut. Sebab aku tak pernah rajin dalam apa-apa. Serius, aku memang pemalas gila. BAca buku cerita & tido je aku rajin. Hehehe. So, bila aku rajin dalam pam susu, mak sangat supportive. Dude cam biase, harus supportive jugak. Paling malas nak basuh pam, nasib baik ada orang tolong buatkan.. Hehehe.. Lagipun, nipple belah kiri asyik luka je.. dah pakai segala ubat, tapi tak ok.. sakit.. Siap pernah mastitis due to bacteria infection serang luka tu masa dah 6-7 bulan kot, bukan sebab breast penuh… haiishh

Susu dapat sikit je. Nawfal umur 3 minggu, minum 4.2 oz dah, dan setiap 3 jam aku pam, dapat paling banyak 4.5 oz je. Yang lebih-lebih tu la buat stok sikit-sikit. Start Nawfal sebulan lebih ke, malam-malam aku cuba introduce bf balik. Even bf, tengah-tengah malam tu tetap aku gigih pam juga selepas bf kan. Nasib baik la cuti pantang. Tapi masa NAwfal 4 bulan lebih, Nawfal tak nak direct bf dah. Nak botol je. Sedih jugak masa tu, dan beruseha bagi direct jugak, tapi memang tak nak dah. Salah aku jugak bagi guna botol dari awal walaupun tak la rasa bersalah sangat sebab pengalaman masa Nawfal kuning tu, menampakkan pam susu lebih berjaya buat Nawfal kenyang dan turun kuning. Tapi masa tu aku redha je dalam sedih. Asalkan Nawfal cukup susu, minum susu dari badan aku sendiri dan aku tak susahkan orang nak masuk kerja sebab anak taknak botol, aku sangat happy dah.

Dah masuk kerja, dari 8 kali pam, turun jadi 5-6 kali je. So susu makin sikit. Lepas tu NAwfal dah 10 bulan, 4-5 hari berturut aku ada meeting la kursus la, so makin kurang mengepam, makin sikit la sangat susu sampai kadang-kadang macam tak nak ada je, so ambik keputusan stop je. Sedih jugak lagi, tapi sebab masa ni Nawfal dah makan solid food, again, aku redha je… :)

Apa yang aku belajar dari pengalaman ni:

1. Banyak orang ada lain pendapat. Ada yang kata, susu takkan sikit kalau rajin mengepam. Sama je semua orang. Bagi aku, aku elak baca blog or baca pendapat orang cam tu. Memang jeles ada orang sekali pam boleh dapat sampai 10 oz even 3 jam sekali. Jeles juga orang yang tak bf pun, yang hanya bagi bf lepas balik kerja, susunya boleh tahan sampai baby 2 tahun. Tapi, rezeki orang lain-lain. Gigih mana pun aku masa pantang tu,memang paling banyak 4.5 oz je dapat kalau selang 3 jam pam. Dan Nawfal minum 4.2 oz. So, bagi aku rezki Allah bagi cukup-cukup ikut keperluan Nawfal. Bersyukur sangat masa tu.

Mungkin ada yang akan mempersoalkan tindakan aku bagi botol awal-awal, tak cuba bagi direct dengan sungguh-sungguh etc. Tapi entah, masa jadi semua benda tu, macam Allah cuba tolong je. Dari tak fikir langsung nak bagi susu badan, terus rajin pam sampai 10 bulan. Serius, aku bersyukur.

2. Sebelum aku mengandung, ada aku dengar pendapat orang-orang yang mengatakan, ibu-ibu yang post gambar susu-susu yang berjaya dipam sampai 20 botol stok etc, adalah ibu berlagak. Aku yang tak faham & tak berpengalaman mengiyakan je la. Tapi, lepas dah bersalin, blog-blog ibu-ibu yang ‘berlagak’ mempamerkan stok susu-susu yang banyak ni la yang aku bukak hari-hari untuk bagi semangat kat diri sendiri. Dan Alhamdulillah, naik semangat baca blog ibu-ibu ni. Dan lepas mengalami sendiri, aku faham, mostly ibu-ibu ni tak berlagak. Tapi memang tujuan untuk motivate diri sendiri, motivate diri orang lain, dan sebab happy dapat simpan stok susu untuk anak. Serius, bukan semua orang senang untuk simpan stok banyak-banyak. Ada orang, kerja busy gila, tapi mampu buat stok, harusla rasa bangga. Macam aku, susu cukup-cukup je, tapi mampu buat stok, of course la happy gila. Nasib baik tak aktif blog masa tu, kalau tak memang dah ambik gambar stok & upload dalam blog dah. Hehehe.

Alaaa… kira macam orang gemuk nak kurus la. MEsti la baca ‘success stories’ orang yang gemuk post gambar dia dah jadi kurus. Baca cerita dia, mesti la orang gemuk akan jadi lebih bersemangat nak turunkan berat badan. Tapi mesti ada orang yang tak berjaya kurus, atau pun yang sedia kurus akan anggap success stories tu sebagai berlagak. Pendapat orang lain-lain kan. Kita cuba je la sedaya upaya untuk tidak membenci sesuka hati . Hehehe.

Apa pun, aku gembira dengan segala rezeki yang Allah dah bagi untuk aku, Dude & Nawfal. Semoga ada rezeki untuk baby yang akan keluar nanti. Risau juga sebab insyaAllah baby umur sebulan lebih je, aku dah mula PhD. Tak tau la sama ada dapat tak aku susukan sampai at least 6 bulan. Dah la kerja kat luar, bukan kat lab ke. So, risau jugak. Tapi harap apa-apa yang tertulis untuk baby baru nanti, adalah yang terbaik untuk dia. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua…

Amiiinnn…

Later korang! :)

 

Selera Makan yang Hilang & Dia yang Manja

Akhirnya, jemari bulat aku mula mengetuk keyboard lagi setelah sekian lama blog ni dibiarkan bersawang.

Serius, aku tak tau apa kaitan hormon mengandung dengan kemalasan menulis blog. Ataupun aku cuma psycho sendiri mengatakan tak ada mood nak update. Tapi tak kisah la. Dah memang takde mood. Hehehe.

Terasa nak menulis lepas baca comment Kak Jie di salah satu post di Facebook tentang kehilangan semangat mengupdate blog. Kata Kak Jie:

“kitaran biasa seorang blogger…semua orang alami. kalau ‘pause’ lama pun akan jadi mcm tu juga bila nak mula balik… caranya..update benda ringkas dan simple bukan targetkan pembaca/trafik tetapi lebih kepada melatih diri sendiri… dua tiga entri, lepas tu InsyaAllah… momentum utk berblog tu akan datang”

So, aku cuba la untuk mengupdate tanpa mengharapkan trafik dan pembaca.

Aku nak tulis pasal makanan, memang tak boleh lagi dah. Sangat mengada nak makan sekarang sampai dah turun 7kg walaupun dah masuk minggu ke 15 aku pregnant. Kali ni asyik nak makan masakan emak je. Balik rumah mak every week mesti ada request macam-macam. Kalau makan nasi kat luar, 5 suap pun kadang-kadang dah give up. Nasib baik seminggu sekali ke, datang la mengidam yang senang-senang jugak macam tiba-tiba nak Kenny Rogers hari tu, so boleh la habis makan. Sebelum tu tak mengidam Nando’s tapi Dude nak sangat makan sana, so tak habis pun ayam aku makan, sentuh sikit je, the rest Dude habiskan.

Kat office makan chicken soup & mushroom soup je cicah dengan roti bakar. Nasib baik ada jual. Kalau tak, tatau nak makan apa. acececece. Tapi masih tetap morbid obese ye kawan-kawan. Hehehe

Semenjak mengandung jugak, kemengadaan Nawfal sangat terserlah. Tapi orang kata, memang biasa nak dapat adik gitu perangainya. Dah dapat nanti, back to normal la. Aku harap gitu la. Kalau tak, tak sampai hati nak gi kerja hari-hari. Asyik nak menghadap dia je. Sebelum ni okay je mandi dengan bibik atau daddy dia. Sekarang suka betul nak mandi dengan Mommy. Kalau orang lain bawak ke toilet, menjerit ‘Mommy!! Mommy!” sambil menangis macam kena dera. Hohoho.

Tapi ke ‘lawyer buruk’an Nawfal pun terserlah jugak. Daddy kata ikut perangai Mommy. Hehehehe.

IMG_6100

Nawfal yang tengah ajuk muka mommy bila merajuk dengan Daddy

Lagi 2 bulan, genap Nawfal 2 tahun. Dah suka pergi surau, dah suka baca doa dan solat. Paling suka bila Nawfal buka Al-Quran atau Yassin dan ‘baca’ dalam bahasa dia. Lawak gila. Berbelit lidah nak ikut.

IMG_6034

Gangnam style masih menjadi favourite dia. Nak ajar Gwiyomi pulak la sebab lebih comel berbanding video klip Gangnam yang seksi. Harap Nawfal nak la tinggalkan Ganggnam Style. Hahaha.

Belajar agak malas. Sebab mommy & daddy malas mengajar juga. Hohoho. Kalau neneknya rajin la mengajar. Prefer gambar dari abjad atau nombor. So, gambar banyak la dah kenal. Huruf, Baru kenal huruf ‘O’ je. Dengan A kot. So, sekarang suka menulis nombor ’1′ dan huruf ‘O’ atas kertas. Setiap kali buat bulat tu, menjerit happy dia “O!!”. Kalau nombor 1 dia tulis panjang sangat, dia akan sebut “Olar..!” (ular maksud dia). Ha.. tu nenek dia ajar. Hehehe.

Dan Nawfal sekarang hanya boleh sebut perkataan berbunyi 2 suku kata je. Kalau “Putrajaya”, dia cuma akan sebut “Baya”. Kalau ajar satu-satu, macam ajar ‘Putra’ dulu, then sebut ‘Jaya’ je, boleh la. Tapi bila suruh gabung, tetap ‘Baya!’. Di ajar panggil Ima sebagai ‘Cik Ima’, Tapi Nawfal akan panggil Ima je. Sama la dengan nama lain yang kena sebut melebihi 2 suku kata, dia akan sebut mana yang best untuk dia. Hohoho

Seronok juga tengok Nawfal sayang baby. Baby siapa-siapa pun kalau dia tengah dekat, orang lain akan ditolak walaupun kakak baby tu sendiri. Dia ingat baby dia la. Kalau Dude pegang perut aku, dia akan tolak tangan Daddy dia. Lepas tu dia cium perut mommy dia. Harap sikap protective dia akan kekal untuk adik dia. Hehehe.

IMG_6111

Nawfal yang suka buat muka sambil pakai kupiah dan pegang Yasin walaupun berseluar pendek..

Haishh.. Panjang lak post yang tak bertargetkan pembaca ni. Hehehe. Anak kan, first plak tu. Bagi kita dia la yang paling best, paling bagus, paling comel semua. Semua parents rasa gitu kot. Ke, aku yang overr?.. hohoho. Tapi ni pun sebagai kenangan dan ingatan dengan harapan Nawfal boleh baca one day dan tahu betapa sayang nya mommy & daddy kat dia.

Semoga mampu lagi tulis post walaupun untuk diri sendiri je esok lusa.

Later! ;)

 

Gambar Pasport Pertama Nawfal

Alhamdulillah, lepas beberapa minggu, aku mampu menguatkan diri dan melawan rasa kemalasan untuk tulis lagi dalam blog ni. Tapi untuk sementara, aku tak mampu nak tulis pasal makanan best-best walaupun banyak cerita dah dikarang (dalam kepala je.. ;p). Untuk sementara, nikmat makan aku Allah tarik sekejap. Harap dapat la balik tapi dalam beberapa minggu akan datang, tapi kalau boleh nak dikurangkan jugak la… hehehe… Over demand.. bukan nak doa betul2.. hik hik hik…

So, sebab tak mampu tulis pasal makanan, aku tulis la paal Nawfal kali ni. Asyik mak nya je interframe dalam blog. Anak pun nak jugak. Hehe.

So, last month, Alhamdulillah kitorang berkesempatan bercuti ke Bandung dengan family Kak Hanum & family Mizah <– both roomate kat opis ni, kitorang bilik bertiga.. :)

So, sebelum pergi, haruslah kena membuat pasport untuk si Nawfal. Tak silapnya, awal bulan Februari kitorang pergi buat dekat Presint Diplomatik Putrajaya. So, few days sebelum tu, kitorang pergi la kedai gambar, nak ambik gambar pasport Nawfal.

Sebelum pergi tu, risau juga kot Nawfal tak suka duduk sorang atas kerusi masa nak ambik gambar & akan menangis mengada. Assumption aku sangat salah. Nawfal sangat gembira duduk atas kerusi tu berposing menyebabkan kesukaran yang teramat masa ambik gambar.

Ditelengkan kepala, diangkat tangan, sengih nampak gigi, macam-macam gaya la jugak dibuat. Siap ada sekali tu angkat baju nampak perut & sengih. Bukan aku & Dude je terkejut, Photographer pun terkejut. Tak tau la dari mana turunnya perangai suka ambik gambar tu. Dari daddy dia rasenye.. hohoho…

So, aku dengan bagusnya beli juga gambar yang sempat disnap photographer yang tak jadi tu..

---------------------------------------------------------------- 008

Kepala wajib teleng ye ikut mommy… hehe

——

---------------------------------------------------------------- 006

——

---------------------------------------------------------------- 005

——

---------------------------------------------------------------- 009

Nawfal yang gembira.. haiishhh

——

Dan akhirnya setelah sangat lama suruh Nawfal dok diam atas kerusi, dapat la gambar yang okay la jugak untuk dijadikan gambar pasport..tapi kepala memang tak leh straight… adoi aiii…

52

Okay la kan…elok la sikit nampak nya… hehehe

Rasa cam nak hantar Nawfal gi masuk iklan tv je.. hohoho…

Later! ;)

 

Huggies: Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai

Selama ni, aku tak pernah pakaikan ‘pampers seluar’ untuk Nawfal. Nak beli, tapi mesti terlupa. Sampailah beberapa minggu lepas, sebab nak ke Bandung, takut susah dan leceh tak jumpa toilet yang okay, aku & Dude pun try lah satu jenama ni. Size yang Nawfal gunalah, size L.

Tapi alangkah sedihnya, sebab agak longgar untuk Nawfal. Kalau ikut berat kg yang tertera pada pembungkus, dah ngam dah. Tapi sebab longgar, tak berani bagi Nawfal pakai lama, takut bocor.

So, bila aku diberi peluang untuk mencuba guna Huggies Dry Pants, awal-awal aku agak skeptikal gak la akan jadi benda yang sama. Mungkin Nawfal kurus sangat so tak sesuai pakai size L tu. Ni yang aku fikir awal-awal la.

Tapi alangkah bestnya, bila pakai, serius memang muat dan ngam je untuk Nawfal. Pakai memang la sangat senang, macam pakai seluar je, elok je terletak kat Nawfal. Serius lembut je. Nak tukar/bukak pun lagilah senang, koyak je bahagian tepi Dry Pants ni, cepat sikit buat kerja.

Walaupun kita cuma perlu koyakkan saja untuk tukar pampers, tapi janganlah bayangkan yang pampers ni fragile sangat dan mudah terkoyak bila lasak. Serius tak. Pampers ni siap ada sistem pengunci supaya tak bocor lagi. Gerakla macam mana pun, terletak je dan tak bocor apa pun.

Sampai lah Nawfal tunjuk pampers dia dan sebut “teball” dengan slang ala-ala orang Rusia lepas beberapa jam, barulah pampersnya ditukar. Hohoho

Gerakla macam mana pun, elok je terletaknya dan tak bocor pun ;)

Serius lepas ni, untuk pampers jenis seluar ni, memang akan aku guna Huggies Dry Pants lah. Selain sebab-sebab yang aku dah sebut di atas, ada aku terbaca yang Huggies ni adalah jenama pampers pakai buang pertama di Malaysia yang telah terbukti secara klinikal dapat menghalang ruam lampin.

Yang best lagi, ada dijual dalam pek kecik yang ada 4 keping. Biasa kalau guna ni memang dengan niat bila pergi berjalan supaya senang tukar, so boleh la beli dalam pek kecik je kalau tak pakai selalu.

IMG_6017

So, untuk maklumat lanjut tentang lampin pakai buang yang Huggies ada termasuklah Huggies Dry Pants ni, korang boleh la usha website Huggies di www.huggies.com.my ataupun Facebook diorang di SINI.

Later! ;)

 

Mee Racun Batu Pahat yang Awesome!

Okay, aku bersalah. Dalam post beberapa minggu lepas, aku cakap petang tu jugak aku akan cuba untuk up post tentang mee racun. Tapi sekarang baru aku dapat up kan. Nasib baik aku tak ‘berjanji’, kurang la rasa bersalah sikit. Hehehe

Serius hormon aku tah pape sekarang. Nak bukak komputer pun malas, kena Dude yang bukak kan. Dude asyik membebel suruh update blog. Bestkan dapat Dude? hohoho

MAcam pernah di mention sebelum ni, Batu Pahat memang terkenal dengan banyak jenis makanan yang agak unik – yang menjadi salah satu sebab aku kahwin dengan Dude.. hahahaha. So, salah satunya, ialah Mee Racun. Asal datang nama Mee Racun ni memang aku tatau la. Tak pernah nak bertanya pulak.

Awal-awal dulu, kalau makan mee racun, Dude akan bawak aku pegi makan dekat area Parit Simin, agak dekat dengan rumah Dude. Gerai kecik gila, makcik-makcik je yang masak. Tapi first time rasa, dah agak suka. Sekali nampak macam mi bandung. Tapi memang bukan la. Tak silap ada letak tomato dalam resepi dia.

So last kitorang balik kampung few weeks ago, aku teringin makan mee racun yang sangat glemer diperkatakan dekat Batu Pahat, iaitu di area Bukit Pasir, on the way ke Carrefour, seberang jalan dari Maybank. hehehe

Gerai nya kecik je, dibukak sebelah kedai corner. Dalam muat meja tak berapa banyak, tapi kat luar tepi jalan banyak gak meja.

So, kalau korang try sini, wajiblah korang order:

MEE RACUN GEARBOX / TULANG

Serius sedap gila weehhh…

Diorang guna gearbox kambing tuu.. bukan lembu mahupun ayam… memang marvellous lah. Dah la bagi dua.. Siap bagi straw untuk sedut. Harga aku lupa la plak. Tapi tak silap RM10.50 ke RM9.50 ke.. ala.. kira murah la jugak bagi aku dengan kesedapan dan kemewahan bahan-bahan yang ada dalam mee racun ni..

Serius, datang batu pahat, wajib korang carik. Tak silap, kat JB pun ada juga. Maka, sila try okay ;)

Untuk Nawfal malam tu kitorang orderkan sup ayam untuk makan dengan nasik.

Serius bagi aku sangat sedap gak, sebab sup yang digunakan adalah sup yang diorang rebus tulang kambing tu. So, walaupun sup ayam, tapi rasa kambing tu tetap ada. Sebab masak lama juga, serius tak hanyir, dan serius aku suka.. Hehehehe

So, slamat mencuba uolls! ;)

Dah Habis!

Later korang! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...