Makan-makan di CHILIS Sempena Birthday Amal

Peristiwa ni berlaku masa bulan November 2012, tapi di sebabkan sindrom ‘keNadotan’ (tatabahasa baru yang suka hati je Eyriqazz cipta di entri beliau yang INI) yang melanda, maka, baru la hari ni nak post kan. Kesian Yah menunggu. Hehehe.

Birthday Amal sebenarnya adalah pada 2 November. Tapi 13 November baru berkesempatan nak celebrate bila semua orang available. Walaupun time ni cuti umum, tapi Amal kena masuk ofis kejap di KLCC. Tu yang last minute decide untuk sambut di CHILIS, KLCC.

2 ibu mengandung, Mau & Yah yang sampai dulu chop meja dalam Chilis. So sementara tunggu yang lain sampai, diorang pun order dulu:

Menu wajib kami di Chilis, Bottomless Chips (RM13.95) dan juga Mushroom soup (RM11.95)

Aku yang ketiga sampai, dan sampai-sampai je, tengok diorang tak terhabiskan Mushroom soup tu. Apa lagi, harusla aku yang tak suka membazir ni tolong menghabiskan. Sedap serius..aku suka..ย  ๐Ÿ™‚

Amal sebenarnya tak tau pun yang kitorang akan datang. Dia ingat Shidah je ada. So agak surprise jugak la untuk Amal bila masuk-masuk Chilis nampak kitorang walaupun impak surprise agak kureng sebab Shidah malas menunggu kat luar dan Yah & Zeila tak menyorok bawah meja. Hahaha..

Amal, si Birthday Girl

Lepas semua orang sampai dan dah kebulur, macam-macam la gak kitorang order. Antaranya ialah:

Gambar kiri yang besar tu yang memang Yah selalu order, Triple Play (RM29.95). Gambar kanan atas, Kickin’ Jack Nachos (RM31.95), dan yang bawah tu aku order Burger Oldtimer with Cheese (RM21.95)

Gambar atas kiri Salad (RM6.45), bawah kiri, Trio Fajitas (RM44.95), gambar tengah, Big Mouth Bites (RM26.95), dan gambar kanan, lagi satu menu yang wajib akan order di Chilis yang biasanya Shidah yang order, Mashed Potato (RM4.95).

Mashed potato dia memang feveret kitorang la, sedap. Menu lain pun sedap jugak. Harga memang agak pricey. Tu yang sekali sekala je boleh makan sini. Tapi portion pun sangat besar. Tu yang kami memang kena kongsi. Tapi sedap wooo.. ๐Ÿ˜‰

Dah kenyang makan, haruslah cam whoring macam biasa ๐Ÿ˜‰


——

Gambar aku yang confident ‘cantik’ yang menjadi #OOTD (Outfit of the Day)…hahahha

Credit to Amal yang meng’compile’ & meng’instag’ kan. ;p

Gambar kami yang kekenyangan lepas habis makan ๐Ÿ˜‰

Ingat lepas habis makan dan keluar dari Chilis, kitorang akan terus balik?? Silap besar! Haruslah kitorang meneruskan acara cam whoring di luar Chilis pulak.. hohoho

Memang silap besar ambik gambar berdiri sebelah Amal. Dem!

Sebenarnya, aktiviti aku, Yah & Mau diteruskan dengan lepak di Bisou dan order 1 slice of Red Velvet. Tapi segan pulak nak letak gambarnya sebab macam ala-ala buruk lantak je lepas kenyang di Chilis terus lepak makan lagi. Hehehe..

So, later! (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

46 Comments

  1. eyriqazz January 6, 2013
  2. abangkhai January 6, 2013
  3. papa mifz January 6, 2013
  4. ohcikgu January 6, 2013
  5. Dzirhans January 6, 2013
  6. hazman aka species1980 January 6, 2013
  7. sweetkurma January 6, 2013
  8. Dulu Lain Sekarang Lain January 6, 2013
  9. titan January 6, 2013
  10. Denaihati January 6, 2013
  11. KiD January 6, 2013
  12. Malaysia Coin January 6, 2013
  13. abangensemsangatsangat January 7, 2013
  14. halif January 7, 2013
  15. Juan January 7, 2013
  16. sohoque January 7, 2013
    • nadot January 7, 2013
  17. boni kacak January 7, 2013
  18. onlajer January 7, 2013
  19. Ladfe Amir January 8, 2013
  20. hafizmd January 8, 2013
    • nadot January 8, 2013
  21. Melastik Bintang January 8, 2013
  22. Orang Kampung January 8, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin ยท Log out ยท Entries RSS ยท Comments RSS ยท