Restoran Rocky’s di Seksyen 7 Shah Alam

Last week, lepas pening-pening dengan Mizah pusing-pusing sekitar Seksyen 7 baru di Shah Alam tu sebab tak tau nak lunch dekat mana, aku pun teringat untuk call Rose sebab dia pernah bagitau yang diorang pernah makan di Restoran Rocky’s, sebuah restoran yang agak baru yang kitorang tak pernah try lagi. So, Rose kata, boleh je try makan di Rocky’s kalau nak try benda baru, so kitorang decide on Rocky’s la jugak.

Masa pergi ni, baru lepas jaga exam. Lapar gila, so keluar awal, before pukul 12pm dah sampai. Hehe. So, kosong la lagi kedainya 🙂

Ambiance & design okay jugak, tapi kami lagi suka, kalau ditutup bahagian dapur dari pandangan pelanggan. Walaupun agak kemas, tapi tak best jugak nampak periuk, bekas etc kat belakang tu. Hehehe

Nasib baik juga menu dia hanya pada satu muka cardboard je, jadi, tak la susah sangat untuk nak decide nak makan apa.

Kalau korang perasan dalam menu kat atas, specialty diorang sebenarnya adalah Pizza dan 3 jenis burger. Tapi mood kitorang yang sangat lapar hari tu teringin nak makan nasi. Maka, satu-satunya manu nasi yang ada adalah Nasi Arab.

Kalau ikutkan ada 4 lauk yang kita boleh pilih dari menu Nasi Arab ni, iaitu Mandy Chicken, Chicken Kebab, Chicken BBQ dan Grilled Fish. Tapi sedih gile bila diberitahu Mandy Chicken ambik masa lagi 1 jam lebih untuk siap. Mizah dah pilih Kebab, fish macam aku agak takut nak try (hehe), so, walaupun aku tak suka sangat ayam BBQ, tapi sebab nak try lain, aku order la jugak tu.

Arabian Rice + Chicken BBQ.

Kalau ikutkan, harga sebenar nasi di atas adalah RM10.90. Tapi dari pukul 12-2pm, ada Rocky’s Deals dimana harga menu Nasi Arab dengan satu air jadi RM9.90 je! Murah tu..

So verdict aku, rasa nasi boleh tahan jugak. portion just nice – portion standard orang Melayu punya. Hehe. Rasa nasi, ok jugak dan walaupun awal-awal macam pelik makan dengan coleslaw, tapi dah makan, menarik jugak. Sambal dia aku tambah 2 kali sebab suka ada rasa kepedasan tu. Walaupun aku memang tak berapa suka ayam BBQ, tapi aku habis je makan. So, kalau yang suka tu, mungkin akan cakap sedap kot. Aku tak reti menilai ayam BBQ. hehe

Overall, untuk harga RM9.90 untuk Nasi & air, bagi aku ok je untuk try.

Mizah pulak ambik:

Arabian Rice + Chicken Kebab

Chicken Kebab dia pun boleh tahan. Janganlah nak expect macam di Restoran Saba’ di Cyberjaya atau D’ Arab Cafe di Shah Alam, tapi again, kalau nak try meals yang kurang mahal dan boleh tahan juga, cubalah pergi ye 🙂

Side dishes kali ni, kami order:

Mushroom Soup – RM2.90

Kalau tak silap deria rasa lidah aku, diorang memang guna sup Campbell je. Nasib baik la murah jugak, tak la ralat sangat makan Mushroom Soup segera ni. Hehehe. Teringin nya makan home made mushroom soup yang sedap. Haiishh.. 😉

Lagi satu, kami order:

Wedges – RM2.90

Wedges, cam biasa je. Tak ada apa-apa yang luar biasa. Sedap je macam Wedges di tempat lain yang dicicah dengan mayonnaise dan sos cili. Makan sedap2, yummy! Harga pun again bagi aku, puashati sebab agak murah, RM2.90 je.

Teringin juga masa ni nak try pizza dia yang agak banyak selection. Tapi harga lebih kurang Pizza Hut juga. Lagipun dah makan nasi, lain kali la kot kalau teringin nak try. Kot la ada orang belanja, lagi best.. Hehehe

p/s: Kalau tak keberatan, undi la blog ni untuk kategori ‘Favourite Foodie Blog’ untuk MSMW 2013. Perlu registerkan email dan aktifkan, lepas tu boleh login dan VOTE! TQ korang!

Sempat promo tu…. hoho

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

32 Comments

  1. aslam January 10, 2013
  2. papa mifz January 10, 2013
  3. hazman aka species1980 January 10, 2013
  4. Joe January 10, 2013
  5. boni kacak January 10, 2013
  6. Denaihati January 10, 2013
  7. titan January 10, 2013
  8. halif January 10, 2013
  9. sweetkurma January 10, 2013
  10. ishy77 January 10, 2013
  11. Encik Din January 11, 2013
  12. syaifuddin alias January 11, 2013
  13. eyriqazz January 11, 2013
  14. Ladfe Amir January 11, 2013
  15. Rabia Sensei January 11, 2013
  16. ohcikgu January 11, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·