Kenapa saya ingin tersenarai di dalam bloglist Abang Ensem’s Blog

Kenapa saya ingin tersenarai di dalam bloglist Abang Ensem?

Banyak jugak sebabnya sebenarnya. Tapi sebab utama adalah:

 Untuk menghadiri sesi membuta Pembuka Baju Mata dan Minda yang biasa diadakan pada hari Jumaat, 2-3 minggu sekali, bermula 9-9.30 di Restoran Gembira Seksyen 3 Shah Alam. Aku takut kalau aku tak ada dalam bloglist AE, dia lupa aku & tak jemput aku join sesi ni lagi. Dalam sesi ni, biasanya aku akan bertanya soalan-soalan bangang, dan Abang Ensem akan jawab dengan jawapan-jawapan pandai yang membuatkan aku nampak lebih bangang lagi. Dem! ;p

Topik-topik perbincangan biasanya berkisarkan tentang tips berblogging, tips hartanah, sesi puji diri sendiri oleh Abang Ensem, sesi gossip Mak Jemah dan sebagainya. (Semalam sedih sikit, sebab takda sesi gosip Mak Jemah..hahaha).

Tapi sebenarnye, tujuan aku ingin sangat menghadiri sesi Pembuka Mata & Minda ni, bukan la pasal ilmu sangat. Ilmu tu nombor 2. Hahaha. Nombor 1 kenapa aku nak join, adalah:

Haaa… nampak tak keempukkan dan kegebuan Durian Crepe di atas??

Tukang bawak nya, tak lain tak bukan:

Mestilah Abang Ensem!

Kalaulah AE bawak durian crepe ni setiap kali sesi Pembuka Mata dan Minda diadakan, haruslah aku akan jadi orang yang paling gembira di dalam dunia. *hint* *hint* *hint*
(3 kali hint tu, kalau AE tak faham juge, tatau la..hahaha)

Cuba tengok, hampir 4 cm tu kegebuan durian crepe ni. Sedap pun sedap. Cuma pada pendapat aku kalau dikurangkan sikit krimnya, mesti lagi sedap dan kurang muak. Tapi aku tibai aje! Hehehe

Untuk 5 biji durian crepe yang gebu dan besar ni, aku habiskan 4. Tapi bukan la sekali makan. 4 kali makan la, dari pagi sampai malam. Hoho. Nak beli, sila contact Abang Ensem sendiri ye. Jangan risau, bukan AE yang buat, so selamat lah dimakan. Hahaha

Ya, aku macam korang jugak, konfius sama ada entri ni tentang promosi durian crepe ke, tentang sesi Pembuka Mata & Minda atau tentang nak masuk bloglist Abang Ensem. Macam lari sangat dari tajuk nampaknya.  Hehehe

Tak kisah la apa pun, korang dah layan sampai habis pun. Thank you la eh. hoho

Happy weekend!

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

21 thoughts on “Kenapa saya ingin tersenarai di dalam bloglist Abang Ensem’s Blog

  1. Pingback: HAZMAN vs FOOD ( Set Minum Petang CAFE VIENNA KLCC ) |

    • Myra: tu la pasal… tu takleh makan sekaligus…kalau kurang krim, 5-5 sumbat terus ok je kot..hohoho

      Kak Ina: tapi Abang Ensem tetap kalah kalau dgn durian crepe…hehehehe

      Ladfe Amir: tu la..nak carik yg seimbang tu susah juge… tu yg try je semua ;)
      nadot recently posted..CPUV pertama 2013 dari NuffnangMy Profile