Aku memang tak boleh resist godaan dari Big Brother di Seksyen 7, Shah Alam ni. Ini adalah review ketiga aku untuk makanan di Big Brother ni. Aku terpaksa buat yang ketiga ni, sebab makanan-makanan yang dimakan kali ni, belum pernah kami try dan tak ada dalam part 1 & part 2. Kalau nak baca ulasan aku tentang makanan apa yang best dan tak berapa best, korang boleh baca Part 1 kat SINI & Part 2 di SINI.
So kali ni, aku pergi makan dengan Izza yang baik menjemput aku kat FSG. Kitorang sama-sama teringin nak makan spaghetti, so takut tempat lain tak sedap, dalam otak kitorang, Big Brother je la.. hehehe
To cut the long story short.. chewah!, untuk starter, aku dan Izza order Salad:
Smoked Salmon Salad – RM15.90
Salad yang sangat pemurah! Banyak gila smoked salmon yang diletak. Puas makan! Ada juga telur rebus, buah zaitun, tomato dan letak Itallian Dressing. Serius aku suka. MEmang la Izza yang lagi banyak habiskan daun salad tu. Tapi aku makan la jugak. Hehehe. Tapi memang besar la portion dia, dan memang suka la sebab banyak letak salmon nya.
Untuk main course, Izza ambik:
Sesame Chilli Dory – RM17.90
Dengan gravy yang pedas-pedas & masam-masam, memang sedap ah yang ni pun. Kitorang masing-masing tak pernah try, so first time try, memang boleh sangat diconsider untuk order lagi. Serius, tak tipu! Hohoho. Fillet Dory yang agak besar, spaghetti yang banyak… memang boleh buat terliur la sambil tulis ni..
Aku pulak order:
Creamy Pollo Tri-shroom Pasta – RM21.90
Aku pulak teringin gila nak something yang bercendawan. Risau gak awal-awal nak ambik menu ni sebab takut muak gila. Siap ada 3 jenis cendawan dan berlaukkan ayam. Aku nak komen ni, aku takut korang kata aku tipu, tapi, memang MARVELLOUS gila ok… Sebab kuah ni bukan jenis yang pekat sangat tu, so, agak lambat la untuk aku muak. Hehehe. Memang aku suka & definitely worth untuk order lagi.
Hendak mendapatkan sehingga USD100 untuk setiap tugasan yang boleh dilakukan hanya dari rumah? Selamat Mencuba!
Kitorang sebenarnya buat keputusan yang silap untuk mengorder Salad smoked salmon tu lepas order main course. Sebab makan salad dulu, menyebabkan kitorang tak habis makan main course kitorang ni walaupun sedap gila. Portion salad dah la besar juga, yang main course ni lagi la besar. Memang puas la makan. Boleh je nak bungkus bawak balik, tapi yang tak habis tu ciput sangat. Hehehe.
Susah nak resist temptation untuk tidak order side di Big Brother ni. Sebab menu dia sangat banyak. Semua pulak nampak cam sedap-sedap dan nama pun ala-ala pelik sikit-sikit. Tu yang teringin nak try tu. Dengan banyak kali aku makan ni pun, lebih separuh menu kitorang belum try lagi. Bila nak habis try tah. Hahahaha..
Later! ;p
wow bestnye.. Nak try jugak la..
harus try..sedaaapp 😉
pinggan dia memang corak dia macam tu or dia memang ada tabur something, hurghh teliur dah lama tak makan spaggethi
jal recently posted..Resort World Genting : Mobile Apps Launch
memang tabur something… cheese & chili powder.. hehe… tu le pasal..sy yang menulis pun terliur kot 😉
nadot recently posted..Big Brother Shah Alam Lagi?!? (Part 3)
tengok jer nak kenyang, so jimat banyak lah akak hiks
sweetkurma recently posted..tukar cara
hahahha.. boleh eh camtu… turun shah alam time orang kerja, koling-koling la..hehe
nadot recently posted..Big Brother Shah Alam Lagi?!? (Part 3)
arrrrr sedap dan lapor la plak
Juan recently posted..Resepi Mana Sedap – Kailan Goreng atau Kailan Ikan Masin
memang sedap! sila pergi sini..hoho
nadot recently posted..Big Brother Shah Alam Lagi?!? (Part 3)
memang sedap, harap nadot belanje, hehehe, wah wah 😀
nazray recently posted..Seronok bercuti di kampung.
heheheh…gentleman la kena belanja dulu.. hohoh
nadot recently posted..Big Brother Shah Alam Lagi?!? (Part 3)
lapar tengok hihi 🙂
aqu mad recently posted..ape tuh !
ape lagi, gi la makan… hehe
nadot recently posted..Big Brother Shah Alam Lagi?!? (Part 3)
Ini mesti ada something sampai banyak kali ke sini. 🙂
akubiomed recently posted..Badminton Terbuka Malaysia 2013 milik Lee Chong Wei
‘something’? menakutkan tu… tapi memang sedap..tu ke sini 😉
nadot recently posted..Big Brother Shah Alam Lagi?!? (Part 3)
Wah memang terbaiklah. Boleh mencuba nanti kalau ke sana.
daddydee recently posted..EPL #23 :Chelsea Lawan Arsenal
sila cube..memang best ah…hehe
nadot recently posted..Big Brother Shah Alam Lagi?!? (Part 3)
Alamak.. salad tuh look superb…. suka giler dapat
makan salmon mentah baik sushi atau salad.. awesome..
nurmisnan recently posted..Empat tahun beraya tanpa anak tersayang – Part 2
tu le pasal..suka sangat juga raw salmon… Tu yang rasa sedap je salad ni .. 🙂
nadot recently posted..Big Brother Shah Alam Lagi?!? (Part 3)
pehhh..dah keluar sampai part 3 wehh…cnfrm nak kne pegi ni… ade branch lain tak?
ishy77 recently posted..Melayu tak semestinya…
rasanya ada 1 kat kota damansara..tu je la yg tau..tp tak penah pergi pun sana.. 🙂
nadot recently posted..Big Brother Shah Alam Lagi?!? (Part 3)
bestnya makan makan makan ..terbaik lah 🙂
syaifuddin alias recently posted..10 Blogger Terbaik Malaysia
memang best! hehe
nadot recently posted..Big Brother Shah Alam Lagi?!? (Part 3)
wallaaaa….azue kalau mkn nie kompom kena share 1 pinggan 2 org niee..huhuhu
azue recently posted..JJCM – AYAM PENYET – JB – REST. ENDANG –
sebenarnya memang portion yang kena share, tapi saya buruklantak, op kos akan try habiskan semua.. hehe
nadot recently posted..Big Brother Shah Alam Lagi?!? (Part 3)
tak tahan tengok sesame chili dory huhu.. boleh tahan gak harga huhu
aimannajmy recently posted..Lepak memancing di jambatan Pulau Bunting Yan
Nice…. abang man kalau dah suka ngan satu kedai tu…. confirm aku akan order dan cuba makan SEMUA JENIS MENU…. biar puas hati….datang sepuluh kali pun takde hal…..hohohoho
hazman aka species1980 recently posted..Tips Buat Pelanggan Terkinja-kinja Mahu Servis / Produk Kita
peh..makan lagiiii. geram gua tengok.
titan recently posted..Titaniumface.com – Ni bukan blog gua.
Uish….reganya…takut.
Fauzi Blues recently posted..Aiman Fauzi Bintang Baru Selangor.