Selalu juga aku lalu depan Ayam Bakar Mas Mono di Seksyen 7 Shah Alam bila lunch untuk mencari tempat makan di sekitar tu. Tapi hati tak pernah terpanggil untuk masuk. Tak tahu kenapa.
Tapi lepas je baca review dari Abang Hazman Fadzil mengenai Restoran Ayam Bakar Mas Mono ni dalam entry blog beliau, terus aku teruja nak pergi. Bila dah teringin sangat nak pergi, ada je kekangan masa yang tidak membolehkan aku pergi cepat. Sampai lah semalam, baru ada kesempatan nak pergi.
Macam biasa, sebab kitorang sampai agak awal, baru ada 2-3 meja yang ada pelanggan. Lama-lama sikit baru ramai sikit.
Awal-awal bila tengok menu, aku sangat suka. Sebab menu nya sikit sangat. Tak ada banyak benda. Jadi tak ada lah susah untuk aku memilih. Aku pulak memang terkenal di kalangan kawan-kawan sebagai seorang yang sangat susah untuk order makanan di restoran sebab kalau boleh semua benda nak makan. Hehehe.
Jadi, sebab aku tak nak kalah dengan Abang Hazman yang order 2 ketul ayam, aku pun order yang sama. Hahahaha. So, untuk set, aku order:
Nasi + Ayam Goreng Kremes + Tahu & Tempe + sup sayur = RM8.50
Untuk tauhu & tempe, kita boleh pilih sama ada nak goreng biasa atau yang ‘tauhu tempe Bacem’. Tak sure diperap dengan apa, tapi manis sikit dan sedap je. Sebab Mizah dah order yang gorang biasa, aku pun try ambil yang Bacem.
Verdict aku untuk set ni – Sangat Sedap! Serius aku memang suka gila. Serius memang boleh datang lagi dan order 4 ketul ayam untuk aku makan sorang. Hahahaha. Tauhu & tempe yang di bacem pun sangat best. Sambal dia, sangat marvellous! Pedas! Dan kalau pedas lagi pun boleh. Itupun aku mintak extra sambal lagi satu sebab sikit nauu.. hehehe
Untuk bagi lain sikit, Mizah order set:
Nasi + ayam bakar + tauhu & tempe = RM8.50
Yang mizah order adalah set AYAM BAKAR. Berbeza dengan aku yang order AYAM GORENG KREMES. 2 ni je la pun yang ada kat restoran ni. Sambal untuk ayam bakar dan ayam goreng pun berbeza. Untuk gaul dengan nasi, aku prefer ayam goreng punya sambal yang lebih pedas dan halus. Tapi sambal yang ni pun sedap! Aku gabung je both untuk digaul dengan nasik sebab aku memang suka sambal. hehe
Ayam Bakar 1 potong = RM5.50
Yang ni yang extra ayam bakar yang aku ambik tu. Sebab nak juga rasa dua-dua. Tu la bernasib baik signature dish nya ada 2 jenis ayam ni. Cuba kalau ada 8 jenis cara ayam tu dimasak, mahu aku berfikir 1 jam nak makan apa. Takpun order terus 8 jenis. Hehehe
So, sama la dengan ayam goreng tu, ayam bakar ni pun sangat sedap! Serius kalau datang lagi, aku tak tau aku akan order yang mana kalau disuruh pilih satu. So end up, aku akan order 2 jugak kot. Hahaha. Tapi serius la.. Both ayam bakar & ayam goreng dia memang kena la dengan tekak aku. Memang aku suka la..
Teruja tak nak try aku dah puji gila gila ni? Hahaha
Untuk air, kalau sesuatu restoran tu memang ada menu Es Teler, memang confirm aku akan order tu.
Es Teler = RM4.00
Aku pernah order es teler dekat banyak gak restoran makan Indonesia di Malaysia ni. Ada banyak cara yang diorang buat. Ada yang macam ABC dah dengan bahan yang macam-macam seperti kacang merah, cincau etc. Aku memang sangat tak suka kacang, cincau dll tu. So kalau Es Teler buat gitu, memang aku rasa sedih la.. Hahaha.
Tapi dekat sini punya, aku sangat suka gile! Sebab simple je dan letak buah-buah yang memang untuk Es Teler semata iaitu nangka & avocado. Takda benda-benda lain yang menyibuk. so memang licin la kau minum. Serius aku suka dan akan order ni lagi bila datang. Yang paling sedap pernah minum Es Teler masa ke Jakarta 4 tahun dulu kot. Lepas tu dapat rasa yang best lagi di Restoran Ole-Ole Bali (yang pernah aku makan di Sunway Pyramid & Empire) yang siap ada kelapa juga. Memang best. Tapi harga pun pricey gak.
So untuk harga yang RM4.00 je, aku memang puas hati dengan Es Teler yang simple tapi buah-buah yang sedap. Terliur pulak aku dok pikir. Hehehe
So kesimpulannya, memang aku puas hati dengan apa yang aku order. Kalau taste kita tak sama, jangan marah aku ok. Hoho. Sedap woooo wa cakap sama lu 😉
Waiter yang attend kami pun, Abang Hussein pun sangat baik dan peramah. Elok dan lembut je cakapnya. Suka lah. Serius. Memang akan aku terjah lagi sini bila-bila 😉
Sebelum balik sempat aku ambik gambar poster ni yang aku rasa agak menarik gak. Pesanan untuk para suami:
Betul la tu apa kata poster ni. Hohoho.
Nak promo lagi pleasee… hehe
Kalau tak keberatan, undi la blog ni untuk kategori ‘Favourite Foodie Blog’ untuk MSMW 2013. Perlu registerkan semua email yang korang ada (haha) dan aktifkan, lepas tu boleh login dan VOTE! TQ korang!
Later! ;p
ayam bakar mas mono.. belah mana ni nadot.. belah ayam penyet tu ke…
Melastik Bintang recently posted..Detik Pertemuan Di Surau
satu row dengan BATA dan ayam penyet AP yang baru bukak kat corner tu..
Belakang Row Yati ayam percik & big brother.
Rasa nak belanja saya kat sini, sila jemput..haha
nadot recently posted..Ayam Bakar Mas Mono Shah Alam yang Sedap
pinggan yang digunakan gagal menaikkan seri hidangan. perlu ada penambahbaikan di sana.
Bro Framestone recently posted..10 Siri Manga Terlaris 2012 Di Jepun
ha’ah.. baru perasan, guna pinggan plastik biasa… tapi bila dah ke sana dan makan, tak perasan dah pinggan tu… hehe
nadot recently posted..Ayam Bakar Mas Mono Shah Alam yang Sedap
ALahai Nadot ni… Asyik tunjuk jer makanan yang sedap-sedap… Terliur saya dibuatnya.. Nak gi Shah Alam jauh… Harap dapat tengok gambar jerlah… 😉
Anuar recently posted..Jom Undi Blog Kesayangan Anda Dalam Malaysia Social Media Week 2013
hehehe… nak buat macam mane..hobi memang suka makan… hehe..
nadot recently posted..Ayam Bakar Mas Mono Shah Alam yang Sedap
sekali sekala apa salahnya… start kerete pergi… tapi pastikan budget mencukupi..
nazray recently posted..Codecademy | Laman interaktif untuk belajar HTML, Programming dan API.
suka poster last tu, hahaha
nazray recently posted..Codecademy | Laman interaktif untuk belajar HTML, Programming dan API.
wahh..makan tak ajak aku lagi..
titan recently posted..Cara blogger otai buat duit dengan blog?
nak ajak..tapi kata hari tu diet…. 😉
nadot recently posted..Baru Bulan Januari, Dah Dapat 3 CPUV
ko ni nadot buat aku terliur jer lah, tang es treler tu mcm sedap jer
Juan recently posted..Resepi Ayam Percik dari Ayamas
es teler sedap dan murah wooo 😉
nadot recently posted..Baru Bulan Januari, Dah Dapat 3 CPUV
mujur juga baru lepas makan
hehe
ayam bakar memang selamanya membuka selera
TehR recently posted..Siri Bercakap Dengan Ayah | Bau Badan Lelaki
wahhh sedap nmpak ayam tu…
Es Teler…rasanya macam tak pernah cuba lagi…kena cuba nih satu hari nanti…:)
papa mifz recently posted..Cara Tidurkan Anak
ayam dia mmg nmpak sedap. berkilau dimataku :p
siap dah terasa heaven dlm tekak ni…haha
apekah?
poster akhir tu memang berbisa. hehe
ohcikgu recently posted..Bayaran komisen ke 9 dari Jobdirumah.com
tetiba lapar je nampak menu Ayam Bakar Mas Mono kat atas tu Nadot =D, enjoy your lunch ye. Thari tadi pekena nasi kandar yang sedap.
donnyien recently posted..Pohon persahabatan dan semangat baru
Nadot…
Bestnyer tengok ayam tuh…
Kalao pergi nih saya mau order dua-dua jugak….
Baru puas ati…hihihhi
Baik punyer promosi…untung lah tokey2 restoran yang Nadot dah terjah.. 🙂
Nice…. sesungguhnya happy bila Nadot berselera ratah semua ayam kat kedai nie… hehehehe
hazman aka species1980 recently posted..Video gol JOHOR DARUL TAKZIM vs PERAK (1-0) 11 Januari 2013