Big Brother Shah Alam – Tolongla Makan! (Part 2)

Seperti yang aku dah nyatakan dalam previous post: Big Brother Shah Alam (Part 1),  disebabkan menu yang agak banyak dan ketamakan mahu cube semua, selang sehari selepas 1st visit, aku pergi ke Restoran Big Brother lagi yang terletak di PKNS Bizpoint Seksyen 7, Shah Alam, baris akhir sekali mengadap hospital yang sedang dalam pembinaan.

Kali ni, aku pergi dengan kawan-kawan sekolah yang bekerja/belajar di Shah Alam: Ros, Izza, Mas & Jun (kawan Izza). Datang ramai-ramai, lagi banyak la menu dapat rase. Best wooo… (^_^)

Kali ni, makanan yang menjadi pilihan (walaupun susah gile kot nak pilih sebab nak try banyak benda) adalah:

Seafood Aglio E’Olio Linguine (RM19.90)

Portion serius boleh tahan banyak. So portion-wise, memang puas hati. Tapi, rasa dia bagi aku, agak kureng sket. Bukan tak sedap, tapi kurang rasa, macam tawar sket. Dan ini dipersetujui oleh kawan-kawan yang lain. Tapi sebelum tu, waitress yang recommend kan dan kate orang suke. So, tatau la kot hari tu je yang ter’slack’ sket rase dia. Tapi seafood yang ada dalam tu especially mussles nye, prawn & squid mmg puas hati!

Ros pun ambik pasta:

Seafood Marinara Spaghetti (RM19.90)

Aku dengki dengan Ros sebab, aku SUKEEEE yang ini…. sedaaapp wooo… cukup rase! Dan dipersetujui oleh kawan-kawan lain jugak (Pinggan berpusing ke sane-sini utk rase orang lain punye sampai lupe mane sendiri punye… hehehe)
Serius, kalau aku teringin pasta, dan malas nak try yang baru, memang aku akan order yang ni la.. Siyes best! Tapi sebab portion agak besar, Ros sampai kene tapau bawak balik. Terliur dah tulis sambil teringat nih.. Haishhh

Mas pulak ambik:

Pan Seared Norwegian Salmon (RM25.90)

Sauce dia yang diperbuat dari garlic & caper (katenyeee), memang SEDAP!… tapi bak kate Mas pemakan Salmon tegar, ikan nye agak kurang segar, so agak slack di situ. Tapi bg aku, sedap je kuahnye. Siyes! ;p

Izza plak ambik:

Chicken Roulade (RM19.90)

Yang ni pun SANGAT SEDAAAPP okaayyy…. siyes best gile wehh… served with mexican sauce & honey BBq sauce & mashed potato gak… memang menarik gile!..  Aku memang suke la… best best…

Jun pulak order:
Grilled chicken Chop (RM15.90)

Rase ayam ni tak beza sangat dengan yang char broiled yang Mizah order dalam entry lepas. Cume takde cheese la atas dia dan takde rase pahit arang bg yg x suke. So, bagi aku, sedap! suke je. boleh la try utk yg suke grilled chicken.

Again, ayat cliche aku, mane la boleh tak order side dish. Tapi ni makan ramai2, bukan sorang-sorang. Aku mengorder:

Herb Cheezy Nachos (RM9.90)

Nampak sedap kan? Memang sedap pun!..hahahah… portion pun not bad. Dengan makanan yang sedia ada, even kitorang berlima, susah nak habiskan nachos ni. boleh ar order as snack kalau datang lagi.

Ros pun order side dish:

Mashed Potato (RM6.90)

Sampai-sampai je mashed potato ni depan mate ros, dia menyesal order. Sebab? Banyaak ok!.. untuk RM6.90, berbaloi gak la… Rase pun sedap.. homemade katenyeee… Dah la pasta dia sendiri dah banyak. memang akhirnye both pasta & mashed potato ni dia tapau sebab tak habis… sedap siyes! ;p

Dah habis makanan yg kitorang order dah. So. untuk minuman plak, kami order:

Dari kiri: teh o ais (datang dgn set grilled chic yg jun ambik), Beach Buzz, Honey Dew, Islander’s Dream, Caramel Milk Shakes

Aku order yang Caramel Milk Shakes tu… Honestly, aku akan order untuk 15 kali lagi lepas ni. Aku memang suke!!! hehe

Honey Dew juice pun siyes sedap.

Yang Islander’s Dream (soda, pineapple and a shot of lemon) pun sedap!… Boleh la korang try kalau nak rase refreshing gituuu… (^_^)

Yang pasti, aku akan datang lagi untuk try menu lain plak sebab siyes even dah datang dua kali dengan kawan2 dan try menu lain-lain, banyak lagi yang nampak sedap tapi belum cover. Harus pergi lagi! hehe

Dah..penat dah ku tahan lapar tulis entry ni.. ok, nak gi carik makanan. ;p

Later! 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 Comments

  1. Adam Dzirhan November 14, 2012
  2. Boboi Nak Patung Tu!! November 14, 2012
  3. hafizrahim November 14, 2012
  4. Jebeng Otai™ November 14, 2012
  5. titan November 15, 2012
  6. aslam November 15, 2012
    • nadot November 15, 2012
  7. yas November 15, 2012
    • nadot November 15, 2012
      • aina December 3, 2012
  8. Mummy Akmar November 15, 2012
  9. akubiomed November 15, 2012
  10. Amirez November 15, 2012
  11. donnyien November 16, 2012
  12. Hazmin Hamudin November 17, 2012
  13. hazman aka species1980 November 19, 2012
  14. Rose Kempunan Big Brother January 20, 2013

Leave a Reply to Jebeng Otai™ Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·