Antara tempat makan lunch favourite aku di Shah Alam ni ialah di Hotel UiTM sendiri yang dalamnya ada Cafe Anggerik Terrace. Memang serius aku sangat suka! So semalam, sebab sekian lama tak makan situ sebab asyik nak makan western dekat Big Brother Seksyen 7 je, kitorang pergi la situ dengan menu yang dah ada dalam kepala ;p
Semalam aku teringin sangat nak makan:
Pasta Chicken Napolitana – RM13.90
Untuk cafe di dalam ‘hotel’, bagi aku ‘worth it’ jugak dish di atas. Sekeping grilled chicken yang macam size biase chicken chop tu, dengan angel’s hair spaghetti dan kuah napolitana, agak sedap jugak dan selalu aku gilir-gilirkan dengan menu lain bile datang sini. Puas gak la makan.
Mizah pulak semalam order:
Nasi Goreng Sri Impian – RM12.90
Ni pun antara favourite aku juge. Nasi goreng yang dibuat bentuk kon dengan daun pisang ni diaalas dengan telur dadar (x nampak dlm gambar sebab belum makan), fillet ayam bersaiz macam patty burger Ramly tu, tapi tebal lagi, keropok, acar dan sos spesel sket. Dengan harga ni pun, kitorang rasa agak berbaloi dengan rasa nya, portion nya, serius ni je nasi goreng yang kitorang pernah try kat sini (ade 2-3jenis je pun nasi goreng..hehe), memang marvellous! Tapi kalau lagi pedas, lag best wooo.. (^_^)
Lagi satu favourite aku sangat-sangat ialah:
Spaghetti Meatballs – RM11.90
Tapi yang ni aku tak order semalam, ni gambar lama-lama mase ku makan situ dulu. Dengan harga RM11.90, dapat meatballs 10 bijik yang rase macam kat IKEA tu… cume takde la gravy brown sauce nya. Tapi meatball nya memang rasa itu. ada pulak lagi pasta dengan sauce bolognese kot. Tapi serius, memang aku suke la sebab meatballs yang banyak tu. Puas makan woo..
Then, semalam aku teringin nak try dessert nya, aku order:
Pudding Caramel – RM5.90
Puding caramel yang dihidangkan dengan buah-buah cocktails ni bagi aku, biasa je la, rasa macam puding caramel kat tempat lain jugak. Tapi cam agak besar gak, membuatkan aku agak muak nak habiskan lepas makan main dish yang banyak tu. Tapi nama pun Nadot, so memang habis jugak la akhirnya. Dem! ;p
Air pulak, aku order:
Vanilla Milk Shake – RM8.90
Ni pun marvellous gak. Aku memang suke milkshake2 ni dgn vanilla or strawberry ke…kalau chocolate, ku suke ice blended.
Yang seronok sangat nya lagi, Milk Shake ni dibelanja oleh Shah, kawan yang aku kenal masa di induksi akhir 2010 yang bertugas kat cafe hotel UiTM ni. Ni yang kene pegi selang 2 hari sekali ni.. hahaha
Masa kat induksi dulu, kitorang kena buat dinner, so aku menolong Shah yang memang dari Fakulti Hotel & Pelancongan ni susun sudu dan garfu atas meja yang aku ingat boleh main susun je, rupanya ada tertib dan cara sebenarnya.
Dah la hensem! Baik pulak tu belanje aku walaupun lama tak datang makan hotel. Dah la masa jumpa kat induksi dia bujang lagi, tapi aku pulak dah mengandung time tu. Melepas la… hohohohoho..
ok..gurau je…takde maknenye.. hehehe
So, thank you Shah. Semoga selamat semuanya untuk kau & isteri menimang baby boy Januari akan datang ni (^_^)
So, secare kesimpulannya, aku memang suka makan sini sebab harganya yang agak berpatutan untuk sebuah restoran dalam ‘hotel’, dengan rasa yang bagi aku agak sedap juge. Best ah!
Later! ;p
p/s: ade sape nak belanje aku lagi? nanti aku puji melangit korang jugak.. hohoho
oooppss… saya makan oat dan biskut fiber je.. ๐
KiD recently posted..Semak Keputusan PMR 2012
makanan kesihatan tu…..
Melastik Bintang recently posted..Mr Ray Berkawan Dengan Panda
tipu tipu tipu…udang tu buat ape? hehe
nadot recently posted..Cafe Anggerik Terrace Hotel UiTM – Murah & Sedap!
spageti meatball tu menarik lah… sodap ke nadot???
Melastik Bintang recently posted..Mr Ray Berkawan Dengan Panda
sedaaap…feveret juge ๐
nadot recently posted..Cafe Anggerik Terrace Hotel UiTM – Murah & Sedap!
waduhh..kok makan lagi nih..
titan recently posted..Komisen ke 5 dari Jobdirumah.com
tu je la yg mampu saye buat ;p
nadot recently posted..Cafe Anggerik Terrace Hotel UiTM – Murah & Sedap!
mak aii sedap nye yg first tu ๐
fasz recently posted..Wordless Wednesday : Bloggers @ Tioman Island
hai nadot..
sungguh menyelerakan menu hidangan di Hotel uitm ni. Memang murah dan berbaloi.
donnyien recently posted..Bina jenama blog dan personaliti diri
ehem,ehem,ehem,dan ehem..bila nak belanja ni?
eyriqazz recently posted..Bayi Jantung Berlubang Perlukan Bantuan
kalau dtg hotel uitm dungun, bagitau laa saya kak nadot ..hihi
syaifuddin alias recently posted..SEO Extravaganza : Dijemput Semua Blogger Mencuba Nasib
wuh………,sedapnya……
Abdur recently posted..Keywords SEO
kak dot; belanje aaa sayaaaa…. ๐ asyik orang lain je belanje kak dot.. kekekekek..
jue a recently posted..bau dan lagu
selera nadot sangat dasyat. mula2 memang terniat nak belanja makan, tapi bila tgk makin hari makin menjadi2, tak jadilah nak belanja.hahahahaha ๐
Harga memang berbaloi laa…. tapi as usual selera Nadot memang western sokmo…. next time belanja abang Nasi Goreng Seri Impian tu yea
hazman aka species1980 recently posted..HyppTV SyFy HD – End Of The World
jom bang man jom! ;p
nadot recently posted..S26 PE Gold – Percuma Stok Susu 2 Bulan untuk Nawfal
ha’ahh ler mmg sgt murahhh rega dier…nampak sedapp plakk tu
AZUE recently posted..JJCM – RNR TAPAH – ULU BERNAM – PLUSS HIGHWAY
rindunya saya kat UITM nie….teringat kenangan manis semasa disana dulu….
Ritz recently posted..20.12.2012 Kenangan Manis Buat Ku
boleh tahan juga harga nasi goreng tuh yer…sekali sekala apa salahnya kan….:)
papa mifz recently posted..Papamifz.com Kena Sound Oleh Blogger Otai
Disebabkan cashier tu ensem, sure ramai aweks makan kat situ, betul tak Nad? hehee ๐
Bila baca ada meatball cam kat IKEA, terus hati rasa macam nak sangat ๐
Myra Jay recently posted..iPhone 5 gadget impian
spageti meatball… alahai rindunya dengan rasanya yang awesome!!! ๐
yangbaik recently posted..Perumpamaan Hati Manusia
Mak aii, sedapnya. Tapi mahal sebagai student. T____T
Faridzuan recently posted..#Wordless Wednesday – Tentera Kita Gugur