Last aku makan KFC kat Malaysia adalah masa di KLIA beberapa jam sebelum aku berangkat ke Edinburgh. Masa ni aku order nasi ayam KFC dan makan dengan bersungguh-sungguh dan penuh penghayatan sebab tak tau la bila lagi aku boleh makan KFC. Even kawan-kawan pun takut nak kacau aku makan. Sophia (anak Mau) & Yasmina (anak Amal) je yang share ayam dengan aku. Hehehe.
Tapi hampir sebulan lepas aku sampai sini, alangkah gembiranya bila mendengar berita KFC di Meadowbank Retail Park, Edinburgh adalah halal! So lepas balik dari Car Boot Sale Omni beberapa minggu lepas, teruk kitorang menuju ke drive-thru KFC tersebut.
——
Sebab lapar gila lepas berjalan kat Car Boot sebelumnya, kitorang pun ambik set Wicked Variety Bucket yang ada 6 ketul OR chicken, 4 ketul mini breast fillet, 8 ketul hot wings & 4 fries. Memang banyak ar. Kitorang buat makan lunch and dinnet malam tu.
Aku dengan caramel/toffee memang agak sukar untuk dipisahkan, so aku pun tambah la sundae toffee satu. Tu dah habis makan dalam kereta awal-awal. Sedap wooo…
Ayam dia pun ok je bagi aku. Sedap gak. Tapi paling suka chicken wings dia, almost macam yang spicy kat Malaysia tapi x sebijik la. Tapi sebab ada rasa pedas tu, best best. Pastu dia bagi dips yang tertulis ‘2hot4u’, tapi serius tak hot langsung, so kitorang guna sos cili Maggi yang ada jual kat Maqbool & kedai2 halal lain.
Dan untuk bagi aku agak banyak ni, total harga termasuk vat adalah £14 lebih, which bagi aku agak murah la. Sila la jangan convert ke RM ok. kalau semua benda fikir convert, memang aku tak makan apa-apa la kat sini. Hohoho.
So, Alhamdulillah puas hati la dah ada fast food halal kat Edinburgh. Kat Glasgow & Manchester lagi banyak jenis fast food chain yang halal, tapi ada satu ni yang sama macam Malaysia pun rasa best dah. Restoran lain kat Edinburgh banyak jugak yang halal walaupun mostly makanan dari Turki, timur tengah & India. Restoran makanan Malaysia pun ada satu yang halal. InsyaAllah next week kitorang makan situ. nanti aku cerita ok. Hehe.
Kiranya, tak payah la imagine aku mampu kurus bila dok sini. Tapi doalah jugak aku dapat kurus sket ye.. hohoho. Tapi susah woo.. Malas masak je, order delivery. Duit habis untuk makan je. Haiishhh.. Semoga la aku mampu berubah. Hehehe.
Later!
Info yang menarik. . Barulah saya tahu rupanya KFC dekat sana pun berstatus halal. . Kalau macam tu senanglah rakyat Malaysia beragama islam nak cari makanan halal dekat sana. .
anuar recently posted..Update Senarai Pemenang Terkini Giveaway Pertama Blog Coretan Anuar
UK memang mudah sikit cari makanan halal. Tapi depends on tempat jugak… Ada yang kena gerak jauh sikit untuk dapat makanan halal. seb baik Edinburgh senang 🙂
nadot recently posted..Dapat Makan KFC!
Assalamualaikum kak nadot. bestnya makan kfc. alhamdullilah. syukur. kat sana ada kfc yang halal. memudahkan kita nak makan. hehe kalau tak gian kot tak makan kfc. hihi (“,) jaga diri baik2 ye
Sheila Salim recently posted..Parcel Zalora Dah Sampai
Wsalam! tu la.. seb baik ada… so sebab dah makan sekali, tak kisah sgt nak makan dah… hehe…. tq..tq.. 🙂
nadot recently posted..Dapat Makan KFC!
Hurmm…. tak payahlah diet NADOT… sila teruskan buat food review untuk segala macam kedai makan kat sana yea… hahahaha
hazman aka species1980 recently posted..Rancangan MAKAN-MAKAN ( #Supper @TV9 )
terima kasih abg man atas galakan dan dorongan utk saya tak perlu diet… hohohoho… bg la chance sy nak cantik sikit… haha
nadot recently posted..Dapat Makan KFC!
Gua nak tanya, apa maksud perkataan2 berikut yang tak kena langsung dengan ayatnya :
1) ‘teruk’ – baris ke 3 perenggan ke 2
2) ‘dinnet’ – baris ke 3 perenggan ke 3
Abang Retis Ensem recently posted..MSMW2014 Kembali Lagi
ala bang… dah tak biasa cakap melayu kan, lupa plak perkataan dan ejaan yang betul.. harap dimaafkan la… hohohoho
nadot recently posted..Dapat Makan KFC!
Ok gak buat food review kat sana. Mesti x ramai lg blogger buat. Tema mencari halal food di edinburgh
eXplorasa recently posted..Restoren Ayam Penyet Padang Jawa Shah Alam
memang susah la nak cari halal food kat sana.Alhamdulillah dah jumpa.bleh jadi panduan ni kalau ada yang g ke sana.barulah rasa yakin nak makan makanan kat tempat camni.kalau tak,melantak maggi je la bila travel tempat2 camni.haha
Zura Rahman recently posted..Marine Essence – Rangkaian produk garam buluh
Baguslah kat sana dah ada logo halal. Senang nak makan selalu. hehe
Bahrain recently posted..Itulah Penangan Berkawan
selagi boleh makan, makan je…ha ha. tak sesodap versi malaysia yer.
…sekurang-kurangnya takdelah ngigau KFC.
Denaihati recently posted..Dari Baitulmuqaddis singgah di Tasik Tiberia dan Ashabul Kahfi
susah benar la hang nak kurus macam ni wehh..
titan recently posted..Seminar Hartanah Abang Ensem.
sedapnya kfc sana,,,hehehe
Lapar pulak bila baca entri ni. Haha.
Zulhilmi Zainudin recently posted..Malaysia Social Media Week (MSMW) 2014 – Pencalonan Dibuka
Wah ada status halal tidak perlu ragu-ragu untuk melepas kempunan merasa KFC.
akubiomed recently posted..Churpremiere menonton RoboCop 2014
suka benar dapat kfc ye..
ohcikgu recently posted..Cikgu tak buat duit dengan Jobdirumah lagi ke?
apsal nampak lazat plak nih
Juan recently posted..Edit Adsense Payee Name Untuk Malaysia
mesti lepas kempunankan sis makan kfc tue.. ^_^
fyna recently posted..By: fyna
untungla kat sana pun ada kfc halal…boleh makan kalau rindu kan…..x macam kat lain2 negara nak makan pun takut…sampai nak makan roti pun risau macamana…..selagi boleh cari yg halal kita cari…x bole nak cari kita ikat perut makan apa yang perlu je la….bukan darurat sangat pun kan…
Jamian Sarif recently posted..Tempat Menarik Di kemboja.
ermm..sedap ni…nak sikit..hehe
nabila biela recently posted..Kecoh Kisah Bermula RM1 di Facebook!
Kat KFC London kat area Trafalgar Square pun orang kata halal.. betul ke.. Tapi betul, kalau duk sana jangan ngengada nak convert ke RM. Duk hotel je la jawabnya tak bergerak. Anyway, am sure you enjoyed the food. P.s. Agak2 boleh kirim barang tak? Muahaha
Elly-daily recently posted..Weekend Activity : Berkelah kat PD… bajet bajet!
Wah… Ada KFC halal ye kat Scotland tu. Senang la nak makan KFC lepas ni.
Hazmin Hamudin recently posted..Sakit Badan Selepas Bersenam
Okehhh..leh buat saya jeles dah ni…hahaha
Hafizul recently posted..Panduan Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
Ayam goreng memang sangat sedap abisssssssssssss
luthfi recently posted..Perbaikan Kulit Malam Hari
Duit habis untuk makan tak pa kak Nadot jangan benda lain. makan perut kenyang 🙂
Noriza Rahman recently posted..Bakar Lemak Pantas Cepat Kempiskan Perut!