Restoran BP Bariani Power di Batu Pahat Terbaiklah!

Selalu cerita tentang restoran-restoran sekitar Lembah Klang je. Kali ni aku lari jauh sikit la, nak cerita tentang restoran kat Batu Pahat pulak, kampung Dude.

Aku memang bersyukur gila dapat kahwin dengan Dude yang memang orang Batu Pahat. Banyak gila tempat makan best-best kat Batu Pahat <— (reason yang sangat kukuh untuk aku bersyukur dapat kawin dengan Dude.. hohoho). Banyak je tempat yang pernah di try, tapi sebab masa tu tak aktif blogging lagi konon, takde la nak ambik gambar. Kalau ada niat untuk ambik gambar pun, biasanya lepas habis makan, baru nak ingat. Hehehe.

Kalau sebut Batu Pahat, antara salah satu makanan utama yang akan terlintas dalam fikiran kebanyakkan orang haruslah Nasi Beriani. Yang famous dan ada banyak ‘jenis’ Nasi Beriani adalah dekat ‘Benteng’, betul-betul tepi jambatan sebelum masuk bandar, depan Putra Specialist. Antara nasi beriani yang glemer kat sini ialah Nasi Beriani Gam Mat Syah. Sebab yang ni paling hampir dengan kampung Dude, so 2-3 kali jugak pernah makan sini or bungkus. Tapi aku suka tukar-tukar, tak ambik Mat Syah punya semata.

Tapi ada lagi satu restoran yang memang femes tapi terletak dalam sikit dekat Taman Soga, Restoran BP Bariani Power. Siap ada branch lagi tu kat Melaka dan di KL.

Serius la bagi aku memang terbaiklah rasa Bariani Power ni. Sedap wooo… Masa ni pergi dengan Dude, mak & Jaja. Dan semua orang tengah dalam mood nak makan kambing. So aku & Jaja order Nasi Bariani Kambing biasa, dude & mak pulak order Nasi Beriani Gam Kambing.

Aku tanya juga apa beza biasa dan Gam. Waitress cakap Gam tu lauk dan nasiknya dikukus sama-sama. Kelas gituuu.. 😉

Nasi Bariani Gam Kambing (sorry gambar tak berkualiti ;p)

Nasi Bariani Kambing (biasa)

Adik waitress tu pun cakap on weekend ada special lauk, ‘ayam masak merah’. Hari weekdays memang takda. So aku order la sebagai lauk tambahan. Hehe.

Ayam Masak Merah

Verdict:

Seriously, both gam dan biasa sangaaat sedap! Kambing nya, lembut wooo.. Memang best. Ada pernah aku baca online, ada orang yang tak suka rasa yang ‘GAM’, ada yang tak suka biasa, ada yang prefer MAt Syah, dll lah. Ikut taste masing-masing.

Aku suka je BP Bariani Power ni. Tapi walaupun yang biasa punya sangat sedap jugak, tapi kalau datang lagi, aku mungkin akan ambik GAM sebab dapat satu jenis sambal cili untuk dimakan dengan nasik yang di’gam’kan ;). So, aku kan pencinta sambal, maka, aku akan ambik Gam kot. Tapi serius memang dua-dua sedap!

Sambal ayam masak merah pun memang sedap ah! Kira tu menu special diorang la kot, sebab memang ada on weekend je. Nasib baik dapat rasa, Dude memang suka la. So kalau dia suka, haruslah aku berganda lagi suka. Hohoho

Tak sabar pulak rasa nak balik kampung BP untuk makan Mi Racun yang sedap pulak! Selama ni asyik makan kat gerai kecik kat Parit Simin je (sedap jugak). Nanti nak terjah tempat famous lak.

Ok, perut berbunyi tiba-tiba. Bai.

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 Comments

  1. hazman aka species1980 January 14, 2013
  2. abangensem lagi berketak January 14, 2013
  3. eyriqazz January 14, 2013
  4. titan January 14, 2013
  5. Myvitrd January 14, 2013
    • onlajer January 14, 2013
    • nadot January 15, 2013
  6. onlajer January 14, 2013
    • nadot January 15, 2013
  7. MK Kimi January 14, 2013
    • nadot January 15, 2013
  8. Myra Jay January 14, 2013
  9. aqu mad January 14, 2013
  10. jue a January 14, 2013
    • nadot January 15, 2013
  11. boni kacak January 14, 2013
  12. KiD January 14, 2013
  13. TehR January 15, 2013
  14. ishy77 January 15, 2013
  15. afasz January 15, 2013
  16. ohcikgu January 15, 2013
  17. Izwan January 15, 2013
  18. SamDaddyCool January 17, 2013
  19. Topui77 October 10, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·