Disebabkan jeles dan terliur dengan Abang Hazman yang dijemput makan free semasa majlis pembukaan Restoran Yati Ayam Percik di Seksyen 7 Shah Alam, aku & Kak Anum pun terjah la restoran tu untuk lunch minggu lepas. Agak berbelah bagi jugak masa nak masuk restoran ni sebab terletak bersebelahan je dengan restoran Western favourite aku, Big Brother. Tapi aku gagahkan jugak kaki untuk masuk ke Yati Ayam Percik. tukar selera. Hehehe
Bile masuk, first impression, kemas, luas dan ok gak ambience dalam restoran.
Sejurus selepas kitorang duduk (hehe), waiter datang bawak menu. Nasib baik pantas, aku lapar gile dah mase ni. So, setelah berfikir-fikir, Kak Anum order:
Nasi Kerabu Ikan Keli Percik – RM8.90
Sedap jugak. Lembut je isi ikan keli nye. Nasi semua ok. Best. 🙂
Aku pulak order:
Nasi Kerabu Ayam Percik – RM9.50
Disebabkan aku alergik dengan taugeh (hehehe), so aku request la sayur dia tanpa taugeh. Nasib baik diorang boleh buat. Extra mark di situ.. Hohoho.. Semua yang lain ok aje, tapi aku lagi suka kalau kuah percik dia lebih banyak, senang sikit nak gaul dengan nasik. Kalau sambal dia lagi pedas, lagi aku suke. Hoho
Lauk tambahan pulak, kami order:
Daging Bakar – RM5.90
KAlau ikutkan, aku suka je rasa daging bakar ni. Cukup rasa, rempah ratus untuk perap nye bagai. Cuma, aku rasa diorang potong kecik-kecik sangat dulu dan baru bakar, so dia jadi agak keras/liat la sikit kelilingnya. Ataupun mungkin la dia bakar besar tapi nipis, so bile potong dapat bahagian yang surface yang keras/liat tu juge. Tapi rase ok, aku suka kalau dapat rasa ke’juiciness’ daging tu kalau tak liat macam tu.Hehe
Tapi aku respect gak kat brader yang jaga cashier masa aku bayar tu. Maybe dia manager kot or orang pengurusan Yati Ayam Percik tu jugak kot. Dia tanya, ok ke makan? Aku pulak boleh pulak terkomen pasal daging tu. Tapi brader tu ok je dan terima je cadangan aku dan jawab ‘boleh,boleh’. Takut la jugak kot dia masam dan marah ke sebab suka hati komen kan.Nasib baik dia baik. Ni yang boleh je pergi lagi ni. Hehehe.
Lepas tu, kitorang pun ada order:
Keropok Lekor – RM3.30
Ha! Yang ni aku suka, both keropok dengan sos nya sekali. Untuk keropok, lain orang lain taste nya, ada yang suka ikan sangat banyak. Aku pulak tak berapa nak suka kalau ikan penuh sangat. So yang ini, sedang-sedang je tepung & ikan nya. Kira keropok leko taste aku la yang ni. Sos dia pun lain, aku tak pernah rasa lagi sos macam tu. Mungkin ada la kot jual mana-mana, tapi aku tak pernah terjumpa ke. Tapi, aku suka. Serius! 😉
Air kitorang order:
Aku order teh o ais limau yang berharga RM3.10, dan Kak Anum order sirap bandung cincau, RM3.50. Kan best kalau diorang sediakan je air soda kat restoran, so boleh la aku order air favourite aku, bandung soda (soda gembira). MAcam kat Jemari, even takde dalam menu, tapi aku boleh order air tu. Marvellous!. Hahaha
Tapi overall, menarik je makan kat Yati Ayam Percik ni. Sure aku akan pergi lagi lepas ni try menu lain pulak. hehehe
Later!
sikitnya daging bakar..tp sume nmpk sedapp! :3
arfahani recently posted..knitted jumper
portionnya biase-biase je… tapi sebab dah kenyang makan dengan set ayam percik tu, rase ok je… (^_^)
nadot recently posted..Yati Ayam Percik Seksyen 7 Shah Alam
Tak puas dengan daging bakar.
akubiomed recently posted..Mohd Chan Abdullah destinasi makan makan di Bangi
waduhh..bikin gua lapar aje nih..
titan recently posted..Susah juga ganti tayar kereta Saga ni..
Ramai awek tak KakDot?
abangensemsangat recently posted..Review Apartment di Bandar Botanik, Klang
Thanks laa sebab singgah….tokey dia nie muda lagi 25tahun….mungkin sebab tu open minded skit… next time kasi tau la yang awak tu blogger – mesti dapat better treatment…
hazman aka species1980 recently posted..Win an iPhone 5 in OpenRice for BLOGGERS
nasi kerabu tu tertutup pulak nasinya, tapi cukup terliur lah…
Denaihati recently posted..iPhone 5 Hadiah untuk Blogger
Nampak macam sedap, cuma tang daging bakar tu mmg nampak agak liat dan keras..rasanya sbb potong kecik dan bakar…daging mesti mengerekot keras…hehe..macam yg nadot xplain tuh…
pepun, mmg nampak menarik dan tang keropok leko tu, ambe jeles sbb dah lama ambe tak pulun kerepok leko…hohoho
hafizmd recently posted..Cadangan Penambahbaikan Blog Pondok Kecil
perghh ! kenapa daging dia nampak macam daging salai yang keras tu ? keh3… btw, nampak menyelerakan dan sesuai kalau nak dating dgn awek .. 😀
syaifuddin alias recently posted..SEO Extravaganza : Dijemput Semua Blogger Mencuba Nasib
wak pon sukak sirap bandung tu jugkakk.. ahHHKs
Wak Gelas™ recently posted..WAK GELAS 1ST GIVEAWAY: SECONDHAND IPOD
akak pernah makan yati ayam percik, bangi dan prima saujana kajang, memang sedap, tengok menu semua sedap…sup2 dia pun sedap
sweetkurma recently posted..apabila lelaki berbicara
kelemahan saya sama juga fobia nak mencuba restoran baru, masa dulu kalau kena restoran atau kedai makan yang kurenng bebudak akan cakap masa masuk punya la suka time balik muka macam di cuka heh
onlajer recently posted..2012 Tahunku Yang Kacak
simple. tapi nampak macam sedap sangattt aje..
nasi kerabu memang kegemaran org rumah saya. nanti boleh saya ajak dia makan di sini time bonus nanti
Ladfe Amir recently posted..Ranking Ladfeamir.com Di Hujung Tahun 2012
satu hari kena terjah nih….menu-menu tuh semua kelihatan sungguh sedap!!
papa mifz recently posted..Akhirnya Ada Header Sempena Tahun Baru 2013
Peliknya daging bakar dia tu.., tapi cicah ngan sambal kicap sedap gak tu kan? 😀
Malaysia Coin recently posted..Top 10 syiling buruan tahun 2012
memang menyelerakan..tapi saya tak berpeluang kesana menikmatinya 🙂
syaifuddin alias recently posted..Keputusan Penuh Contest SEO Extravaganza
solok lada paling sedap…paling soho di shah alam… yati ayam percik shah alam..puii
http://i13.photobucket.com/albums/a256/mytroy/IMG-20121222-00003_zps13c15ea9.jpg
Pernah makan masa dekat Kelantan dulu. Dekat Bangi pun ada jugak restoran ni. Rasanya tak kena dengan tekak saya sebab manis. Hehe
Hazmin Hamudin recently posted..Tiada Had Harga Telefon Pintar Untuk Rebat RM200