Big Brother Sham Alam – Memang Besar dan Sedap! (Part 1)

Sekali imbas bile aku tengok tajuk entry ni “Big Brother – Memang Besar & Sedap”, macam boleh membawa maksud kurang elok kepada orang-orang berimaginasi tinggi seperti Boni yang Kacak Gile.

Ishkk..Ngeri! *shaking off the thought* (^_^)

Ok ok.. berbalik kepada cerita asal.
Mood aku untuk lunch adalah selalu berubah-ubah. Ada masa, 4-5 bulan tak keluar langsung waktu lunch sebab bawak bekal dari rumah dan malas sebab mmg parking agak susah kat opis ni. Ada mase, tak bawak bekal, tapi still tak nak keluar, beli kat cafe je. Mood sekarang pulak, mood yang rase nak keluar je sebab dah bosan dengan makanan cafe & dah tak tau nak bawak bekal ape dari rumah.

So, sebab asyik keluar lunch je, kitorang tatau dah nak makan kat mane. Nak pergi jauh malas. So, disebabkan PKNS Bizpoint Seksyen 7 yang dekat Jakel tu ala-ala area baru kat Shah Alam tu, kitorang suke la try nak carik restoran kat situ untuk makan macam kat Jemari, Hj Sharin Low dan byk gile lagi.

So satu hari ni, aku n Mizah round-round la sampai baris yang paling belakang mengadap hospital tengah under construction tu untuk tengok apa yang ada. Maybe disebabkan tu row paling belakang, 3-4 kedai je kot baru bukak, termasuk lah satu restoran ni, Big Brother. Kitorang tak pernah dengar restoran ni tapi tau la ala-ala western punye. So pada hari tersebut kitorang lalu je, n makan kat tempat lain plak.

Then last Wednesday, aku & Mizah dah kebuntuan nak makan mane, decide la nak try Big Brother. Sempat la aku google dan dapat tahu restoran ni dah ada kat Kota Damansara.

First time pergi, op kos tatau nak makan ape, tak tau ape nak expect sbb x sempat nak bace review b4 pegi tu. So aku order:

Char-Broiled Lamb Chop Tower (RM20.90)

Yang ni aku ambik dengan set lunch sekali (tak semua menu ade set lunch). So kalau set lunch, harga memang kekal macam ala-carte tapi ada tambah mushroom soup yg siyesly sedap n aku suke, bruschetta dan air – pilih sama ada lime juice or tea.

Verdict: Sedap nak mamp! portion besar gile!!!… serius kenyangg!!..serius best!! amacam..dramatik tak verdict aku? hohoho.. tp siyes ok! lamb yg sgt byk dan lembut, black pepper gravy yg sedap & cukup rasa, mashed potato yang sedap yang korang tak nampak sebab dia letak bawah daging, coleslaw yg sedap, sayur hijau yang banyak yang aku ignore n biar je tepi pinggan. hahaha. Siyes best weh utk korang yg suke lamb.

Mizah pulak order:

Au Gratin Chicken Char-Broiled (RM17.90)

Yang ni Mizah lupe mintak tukar jadi black pepper sauce so, dorg gune mushrom sauce kot ni…Entah. Tapi serius sedap jugak. Dengan cheese yang di’melt’kan atas ayam tu, fuiyooo… best woo..

Owh.. lupe..cume nak meningatkan, kalau masak char-broiled, maksudnye di masak gune arang. Make ade rase-rase pahit arang pada kedua-dua melas. Mizah tak berapa gemar rase tu. Aku ok je. So kalau x minat pahit2 rase arang tu, order je grilled biase.. sedap semuenye!

Untuk side dish yg harus ade, kami share order:

Crispy Seafood Tempura (RM9.90)

Tempura yang terdiri dari sotong & udang ni, bagi aku sedikit masin sebab cheese yang ditabur terlampau banyak. Tapi bile makan area yang kurang ade cheese? Ohsem bebeh!!.. Portion, again, bg aku agak byk jugak. Sampai kitorang kene tapau bawak balik

(Aku menapau makanan adalah sangat jarang ye sebab perut agak besar ;p)

Menu yang disediakan kat Big Brother ni, banyak gile. Ade jugak menu Asean Delight in case korang tak suke sangat western. Tapi belum ade kesempatan nak try. Disebabkan kesedapan tempat ni, aku makan lagi kat sini 2 hari kemudian (Jumaat) dengan 7 menu berlainan yang sedap-sedap & besar2 gile weeehh..

Nanti aku share dalam mase terdekat ni.

Later!! ;p

p/s: p/s: Kalau nak buat duit part time secara online je (untuk pelajar, suri rumah, yang dah bekerja pun sesuai), serius cubalah Job di Rumah. Memang best dan masyuk!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

38 Comments

  1. Melastik Bintang November 12, 2012
  2. Rem November 12, 2012
  3. Nurul November 12, 2012
  4. jue a November 12, 2012
  5. syaifuddin alias November 12, 2012
    • nadot November 14, 2012
  6. Hazmin Hamudin November 12, 2012
  7. kitatauke November 12, 2012
  8. Eyriqazz November 12, 2012
    • nadot November 14, 2012
  9. Dzirhans November 12, 2012
  10. Fauzi Blues November 12, 2012
  11. Myra Jay November 12, 2012
  12. Denaihati November 12, 2012
  13. PinkUmmi November 12, 2012
  14. Juan November 12, 2012
  15. sha November 12, 2012
  16. KiD November 12, 2012
  17. kak November 12, 2012
  18. muazfaris November 13, 2012
  19. samdaddycool November 13, 2012
  20. ohcikgu November 13, 2012
  21. cik tom November 13, 2012
  22. haney November 13, 2012
  23. dkna abza November 13, 2012
  24. beckhr00y November 13, 2012
  25. donnyien November 14, 2012
  26. hazman aka species1980 November 14, 2012
  27. Mummy Akmar November 14, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin ยท Log out ยท Entries RSS ยท Comments RSS ยท