Antara perkara yang aku rindu nak buat di Malaysia, adalah menjual di Car Boot Sale. Biasanya aku suka menjual di Car Boot Sale Kota Damansara, tetapi pernah juga menjual di Car Boot Sale anjuran Goods Cycle di Bandar Baru Bangi. Aku ada bercerita tentang pengalaman aku ber car boot sale di entry-entry di bawah:
Aku mula mengenali wujudnya Car Boot Sale ni ketika membuat Master di Edinburgh pada tahun 2007/2008. Itu lah pertama kali aku jejak kaki di Car Boot Sale. Yang membuatkan aku menggoogle car boot di Malaysia masa tengah kemas-kemas barang nak keluar dari Putrajaya untuk sambung belajar dan tak sangka ada dah kat Malaysia).
Dan selepas 5-6 tahun aku kembali lagi ke Omni Car Boot Sale di Edinburgh hari Ahad lepas. Ada lagi beberapa tempat di Edinburgh yang buat Car Boot Sale, tapi yang di Omni ni yang paling glamour dan terletak di tengah bandar Edinburgh.
Car Boot Sale ni dijalankan di dalam tempat letak kereta tingkat -4 bangunan Omni yang terletak di Leith Street. So, cuaca memang tak mempengaruhi la sangat sebab ada bumbung kat dah underground betul. Masa kitorang pergi ni, takde plan nak beli apa-apa pun, saja jalan-jalan nak tengok-tengok kot bila pergi lagi boleh la ada idea nak beli apa.
Kalau masa aku buat Master dulu, kat sini la aku beli baju sejuk, frame gambar letak kat bilik, globe second hand, cermin muka dan banyak lagi la. Yang datang baru ni, kitorang banyak beli toys Nawfal je. Murah-murah dan masih elok. Suka aku!.. Hehehe
Buzz Lightyear Nawfal di atas £4 je. Seronok dia. 3-4 toys jugak la beli untuk dia hari tu. Haiishh..
Lepas tu jalan-jalan lagi tengok barang-barang lain yang orang jual. Ada tea set bone China yang cantik-cantik… geram je nak beli.. Tapi sabarkan dulu (nampak tak aku dah jadi ala-ala mak-mak yang suke pinggan mangkuk.. haiish), ada yang jual barang-barang antik yang menarik gila cam kamera lapar etc, buku & syiling lama, baju2, dan banyak lagi la.
Payung pun ada dijual!
Dude yang gembira memilih payung untuk letak dalam kereta. Hehe.
Seronok tengok orang-orang ni menjual. Rasa nak bukak je car boot jugak, tapi takde barang la pulak untuk nak jual. Bawak balik & bukak kat Malaysia je la nanti lepas habis belajar. Hehehe.
Later! 🙂
sebelum balik nanti beli barang satu kontena 40kaki, lepas bukak la satu. tak sabo nak shopping kat kedai nadot la…heee
Denaihati recently posted..Abangensem melangkah lebih jauh
hahaha…. tu la pasal… teringin nak wat cam tu… tengah pk nak jual ape ni… hehehe
nadot recently posted..Car Boot Sale di Edinburgh
Setuju dengan Tn Denai hati. hehe
halif recently posted..Doa Seorang Ayah
kannn… tp duit takde nak bawak balik 1 kontena… hoho
nadot recently posted..Car Boot Sale di Edinburgh
Mana gambar awek Mek Saleh ni??
Abang Ensem Berketak recently posted..#TipHartanah : Jenis Tanah
takde..takde dan takde.. 😉
nadot recently posted..Car Boot Sale di Edinburgh
Diorang terima duit ringgit malaysia tak….hahahahah….
hazman aka species1980 recently posted..HAZMAN vs FOOD – Restoran KyoChon Malaysia 1Utama
nadot terime… org lain tak sure… ohohooh
nadot recently posted..Car Boot Sale di Edinburgh
kat sana takde pasaraya megah ehh..
titan recently posted..Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com
takdeee… sedey kan? hoho
nadot recently posted..Car Boot Sale di Edinburgh
Saya suka, boleh leka kalau berada kawasan seperti ini.
akubiomed recently posted..DiGi Challenge for Change kembali mencari idea Aplikasi Mobile Terbaik
tu la pasaall… semua rase nak tengok n beli walaupun last2 skali x beli ape… hihi
nadot recently posted..Car Boot Sale di Edinburgh
kak dot. saya pun dah ala-ala mak mak suka tengok pinggan mangkuk cadar cadar segala bagai.. T_T kat sana carboot sale mesti meriah sesangat kan!
jue a recently posted..behold average people!
hahaha… cam tu eh kalau kite makin ‘berusia’? hihi
boleh la la… mase akak gi tu leh tahan lagi.. tp pernah bace review smpi susah nak berjln… hihi
nadot recently posted..Car Boot Sale di Edinburgh
Meriahnya car boot sale dekat sana. . Ramai peniaga yang turut serta. .
anuar recently posted..Review buku Pilihan Encik Titan dan Encik Fadhil dalam Giveaway Pertama Blog Coretan Anuar 2014
ok, jeles….. tapi prefer carboot kat padang2 lagi kot…
elly-daily recently posted..Di musim Chinese New Year ni, aku MeNgaku.
bawak balik kereta 10 bijik nadot….hehehe
eyriqazz recently posted..Order Makanan Online dari FoodPanda
Arghhhhhhhhhh..bestnya nadot!!!
Tu..kalo mak yg smpi kat car boot sale ni, tobat mak sawan kot!! Mesti bnyk benda yg bleh mak borong utk hias umah.
Mak lagenda recently posted..9TH YEARS OLD
Wahhhh lebih kurang macam pasar malam ke ni kak?hehe
Hafizul recently posted..4 Tips Bermanja Dengan Suami
Ohh suka la car boot.
Sebab banyak sangat barang leh borong.
Tapi kena pandai memilih la.
Yang happening nya suasananya. best.
AZENI AHMAD recently posted..6 Cara Untuk Merawat dan Menghilangkan Kulit Berpanau