Car Boot Sale Bandar Baru Bangi Seksyen 4

Seperti yang telah aku cerita dalam entry INI, Ahad 8 September, aku akan join Car Boot Sale di Bandar Baru Bangi Seksyen 4 pulak.

Waktu mula Car Boot Sale anjuran Goods Cycle seperti di Bangi ni berbeza dengan yang di Kota Damansara. Kalau di Kota Damansara dari 8 pagi hingga 12 tgh hari. So aku yang tak berapa nak awal sangat ni sampai dekat-dekat pukul 8 juga. Kalau anjuran Goods Cycle, dia akan minta kita datang sebelum 7.15 pagi dan pukul 11 pagi dah habis dah.

So semalam agak awal la aku dan Dude bangun. Dah la tak pernah pergi area tu. Memang sesat gak sebenarnya. Dah sampai dalam 7.15 pun still tak sure kat mana sebab tak nampak ada kereta pun. Ingat kitorang dah lambat. 5 minit melilau, baru la nampak kat taman permainan seksyen 4 ni ada 2-3 kereta baru tengah set up barang-barang.

Lepas kitorang dah settle gantung baju, letak barang-barang atas meja & tikar, sambil-sambil tunggu customer, carbooters lain ada la datang melawat. Aku memang takde la berjalan..tak larat woo.. Dude je la gi cari-cari toys untuk Nawfal dll.

So borak dengan sorang kakak ni.. Dia dah biasa join Car Boots anjuran Goods Cycle ni. So dia cakap antara 3 tapak Car Boot Sale dekat Bandar Sri Putra, Bukit Mahkota & Bangi ni, yang kat Bangi la paling kurang orang. Mungkin kawasan kurang strategik dan agak dalam sikit dan bukak dekat-dekat kedai ke apa.

Lepas tu datang sorang kakak lain, kitorang borak-borak, dia cakap benda yang sama. Memang kat Seksyen 4 tu la yang akan dapat paling sikit untungnya, sikit pelanggannya etc.

Dah la masa tu pagi lagi so customer belum sampai langsung lagi. Dude dah macam down dah. Siap keluar kat mulut dia ‘macam tak worth it’ je. Dah la banyak benda kitorang yang boleh jual harga tinggi semua dah terjual masa di Kota Damansara. Aku dengar cerita kakak-kakak tu, aku diam je. Sebab memang tak dapat join yang Kota Damansara punya, ada hal lepas tu.

Car Boot Sale Bandar Baru Bangi Sek 4

So, sama macam Car Boot Sale Kota Damansara, pukul 9 dah start orang datang ramai-ramai..sampai pukul 10.30 biasanya orang akan ramai. Banyak juga benda yang kitorang nak let go, yang kitorang tak sangka orang akan pandang, terjual jugak akhirnya. Baju aku yang size besar pun ada gak yang di beli. Baju Dude lagi la kan. Yang paling best, kasut Puma jalan-jalan aku yang usianya macam lebih 6 tahun dan agak lebam pun terjual jugak. Alhamdulillah.

Car Boot kitorang. Terpaksa pinjam kereta Mak sebab banyak sangat nak isik.. Hehehe

Bila dah start ramai orang tu pun, dude dah excited dah. Tak ingat dah down dia tadi. 15 minit sebelum pukul 11am, ramai dah mula pack simpan barang. Tapi sebab kat meja kitorang ada pelanggan lagi, tak dapat kemas lagi. So, end up, kitorang kereta terakhir yang keluar dari taman tu.

Tengok, dah kosong pun, Dude Kitorang still tengah sibuk mengemas barang masuk kereta. Hihihi..

Dalam kereta, aku sebagai Menteri Kewangan keluarga, mula ah mengira berapa dapat. Alhamdulillah, cecah RM200 lagi dan lebih daripada dua kali kitorang bukak car boot kat Kota Damansara walaupun barang2 boleh jual ‘mahal’ dah takde.

Terus datang mood Ustazah aku dan tazkirah dude sikit-sikit. “Tengok, Allah nak bagi rezeki, tak kira kat tempat mana, tempat tak ramai ke apa, kalau Dia nak bagi lebih ke kurang, Dia bagi je. suka suki kata ‘not worth it’ datang sini”..

Dude terpaksa lemparkan senyuman manis je la ke arah aku sambil menginsafi diri. Nasib baik hensem, kalau tak, lagi lama aku bebel.. Hahahahaha…

Biasanya orang Melayu yang beli, ok je. Kalau mintak diskaun pun, takde la tak terjangkau dek akal. Okay-okay je. Mungkin diorang faham konsep car boot ni, barang 2nd hand yang elok lagi. Dan kita letak harga pun sesuai la dengan brand ke, kualiti, baru or lama, berapa kali pakai etc.ย  Tapi borak dengan akak sorang tu, dia kata kalau warga indonesia datang, memang mintak harga yang kita rasa nak menangis la.

Memang betul.. Aku dapat 2-3 pelanggan warga Indonesia semalam, memang nak menangis la dengar harga diskaun yang dia mintak. Mungkin diorang ingat, Car Boot ni macam Tanah Abang kat Jakarta or Pasar Baru kat Bandung yang memang wajib mintak harga dalam 50% kurang. Hohoho. Bayangkan harga baju elok dah turun jadi RM5, dia mintak nak RM2… adoyaaii..

Tapi kadang hati baik, turun ka la jugak sikit. Sebab niat nak let go kan… dan diorang pun tak senang mana, so niat la sedekah sikit, untung sikit.. hehehe

This week, kalau tak jadi balik kampung, nak bukak kat Kota Damansara lagi la. Join jom! ๐Ÿ˜‰

Later! ;p

p/s: Teringin nak pos tips ringkas cara-cara nak dapat sale banyak bila ber’car boot’.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Comments

  1. hafizmd September 9, 2013
  2. lin azlina September 9, 2013
  3. KiD September 9, 2013
  4. akubiomed September 9, 2013
  5. Faizalpj September 9, 2013
  6. jue a September 9, 2013
  7. chot September 9, 2013
  8. Fauzi Blues September 9, 2013
    • nadot September 9, 2013
  9. luqmanzakaria September 9, 2013
  10. kartikel September 9, 2013
  11. fazrol September 9, 2013
  12. Hazmin Hamudin September 10, 2013
    • nadot September 10, 2013
  13. titan September 10, 2013
  14. nadira January 23, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin ยท Log out ยท Entries RSS ยท Comments RSS ยท