Sebelum ni, aku dah menceritakan Pengalaman Bersalin Normal untuk anak yang kedua, Nazheef. Tahun 2011, aku pun ada berkongsi tentang kos yang perlu aku bayar selepas bersalin secara elektif c-sect anak sulung aku, si Nawfal di bawah skim FPP Hospital Selayang. Hari ni aku rasa nak cerita pulak tentang kos bersalin normal juga di bawah skim FPP Hospital Selayang.
Aku memilih skim FPP di Hospital Selayang atau hospital kerajaan lain yang menawarkan khidmat FPP ni (e.g Hospital Putrajaya) bukanlah sebab aku nak bersalin dengan doktor pakar ke. Tapi tujuan utama aku mengambil skim ni sebab nak bilik sorang supaya suami boleh teman tidur sekali dekat wad tapi, dengan harga yang murah. Entah kenapa, lepas aku kahwin, kemengadaan aku semakin kronik, dan tak dapat bayangkan kalau Dude tak ada kat sebelah aku untuk tolong-tolong apa yang patut. Hehehe.
Kalau pergi private, boleh pilih bilik sorang, tapi bagi kitorang yang both kakitangan gomen & tak boleh claim apa-apa, adalah agak mahal. So, sebab aku nak jugak Dude ada 24/7, kitorang pilih untuk ambil FPP di Hospital Selayang, dekat dengan rumah emak untuk aku berpantang, murah compare to private, bilik sorang (kalau tak penuh), dan bonusnya, check up dan bersalin dengan doktor pakar.
Masa melahirkan Nawfal secara c-sect dulu, total kos adalah RM3,587.20. Pecahan harga untuk apa yang perlu dibayar ada aku tulis juga dalam post FPP Hospital Selayang ni.
Dan untuk bersalin normal di FPP Selayang ni, pecahan harga adalah seperti berikut:
- Caj Wad RM130 X 3 hari = RM 390.00
- Ubat-ubatan = RM 2.80
- Pendaftaran = RM 10.00
- Siasatan = RM 171.00
- Prosidur = RM 450.00
- Rondaan Wad = RM 120.00
- Peralatan Sekali Guna = RM 2.50
- TOTAL = RM 1,146.30
Bagi aku memang dah cukup murah dah ni. Kalau ikutkan, boleh murah lagi tak sampai RM 1,000 kalau duduk 1 malam je. Tapi Nazheef kena masuk NICU sebab muntah-muntah dan platelet low, so aku duduk extra malam sebelum aku pindah terus ke NICU. Tapi caj NICU free sebab kerja gomen, tak termasuk dalam FPP. FPP untuk bersalin je.
Dan yang menjadikan aku agak murah sebab aku bersalin dalam pukul 5.30 pagi, yang sepatutnya dibersalinkan oleh Dr Roslan. Tapi sebab pagi sangat, Dr Roslan tak ada, maka aku dibersalinkan oleh doktor oncall yang perempuan. Alhamdulillah sangat. Serius, siapa taknak doktor perempuan yang sambut anak kita. Tapi FPP Hospital Selayang semua lelaki. Tapi rasanya ada yang baru perempuan tapi Cina. Nak swasta, tak berapa mampu. Dan macam aku kata, aku pilih FPP bukan sebab doktor, sebab nak bilik sorang je. Hehehe.
Yang rondaan wad tu nampak agak mahal sebab specialist yang kita pilih tu yang round. Yang bilik tu, kalau dapat bilik sorang tapi tak bertv (ada 1 je kot macam ni), hanya kos RM 80. Tergelak aku bila nurse kat kaunter FPP explain pasal ni sebab TV kotak yang tak ada astro RM50 extra di caj. Heheh.
——
——
——
——
Kesimpulannya, aku agak puas hati dengan pengalaman aku bersalin Nawfal & Nazheef guna FPP Hospital Selayang. Dan insyaAllah, ada rezeki untuk tambah anak lagi, aku pilih untuk bersalin di sini je kot. Semoga akan ada doktor muslimah sebagai salah seorang specialist FPP di Hospital Selayang ni one day, insyaAllah.
Later!
Salam kenal.
Hmm.. kalau ikutkan dari caj yg dikenakan tu mmg kira murah juga. Bilik pun nampak ok and then dapat perhatian dari doktor pakar.
Ismail N recently posted..Enjoy 15% Off At Adidas Online Store
tu la… sebab tu akan pilih lagi kalau ada rezeki next time 🙂
nadot recently posted..Rumahku Disewa Orang
Memang murah ni.. Mana nak dapat pakej macam ni lingkungan RM1000
Nampak sis sampai 2 kali datang bersalin kat sini
Hospital ni doktor perempuan dan staf pun perempuan ya?
Kalau tidak kena pakai tudung … Seboleh bolehnya nak jaga bahagian aurat sebaik mungkin
Mazni Azmi recently posted..Shawl Halfmoon Labuh Murah Online Shah Alam Kuala Lumpur
eh. tak la. ni hospital kerajaan, memang campur la lelaki perempuan. Tapi ini je yang saya mampu. Itu yang seronok bila terdapat doc perempuan. 🙂
Macam tu. Untung dapat doktor pompuan
Mazni Azmi recently posted..Jenis Kain Tudung Labuh Dan Ciri Cirinya
Kalau lihat kos itu ada untungnya juga jadi pegawai kerajaan,
Abdur recently posted..Menghindarkan Duplicate Meta Menggunakan Noindex Tag-Meta
ni bukan untuk pegawai kerajaan. ni untuk siapa-siapa yang nak bayar ekstra. Bukan untuk wad bersalin je, ada beberapa bahagian lain yang juga ada skim FPP ni.
nadot recently posted..Rumahku Disewa Orang
memang murah dengan servis kira terbaik ni, dapat banyak barangan baby lagi…heee
Denaihati recently posted..Bertemu Nabi Khidir di Bursa Turki
tu la… dengan servisnya, memang puas hati dengan harga ni 🙂
nadot recently posted..Rumahku Disewa Orang
wahhh! mmg murah tu.. kat sini mmg xdpt lah harga mcm tu, sbb tu aritu sy beranak kat gomen je, hikhik~
btw, anak sy name Nazeef, anak awk Nazheef 🙂
puan pink recently posted..Keluarga Politeknik!
tu la..stakat ni, baru tau ada 2 hospital je. Semoga ditambahkan lagi ke beberapa hospital kerajaan yang lain…
nadot recently posted..Rumahku Disewa Orang
Baru ni ustazah tahu ada perkhidmatan mcm ni utk kakitangan gomen., boleh cerita kat kawan ni
Ustazah Ain recently posted..Ayat Al-Quran Menghadapi Temuduga
Bukan untuk kakitangan gomen je ustazah, ni untuk siapa2 yang nak bersalin dengan doktor pakar di hospital kerajaan tapi dengan kadar yang lebih murah 🙂
nadot recently posted..Rumahku Disewa Orang
HEhe.. saya pun ingat awal awal baca artikel ni.. Servis ni untuk kakitangan kerajaan.
RUpa rupanya bukan
Mazni Azmi recently posted..Shawl Halfmoon Labuh Murah Online Shah Alam Kuala Lumpur
Dalam kepala mula buat kira-kira. Berapa kena saving sebulan start tau wife pregnant. Emmm.. lebih kurang RM500 sebulan gak kan?
Cikgu Hairul recently posted..Selamat Tinggal Godaddy- Terpaksa Transfer Domain
ala….entahla…saya & hasben takde pulak buat saving semata untuk bersalin…memang ada simpan certain amount, tapi itu untuk semua perkara. Ambik dari situ je kalau ada apa-apa jadi… huhu
nadot recently posted..Rumahku Disewa Orang
Wahh, murahnya nadot….. Ble la tambah sorang lagi nadot…
eyriqazz recently posted..D’Damansara Guest House – Homestay Murah di Selangor
hahaha…. ada rezeki, insyaAllah… tunggu la lepas phd… hehe
nadot recently posted..Rumahku Disewa Orang
mmg berbaloi dgn keselesaan menimang cahaya mata….
Hairul Hissam recently posted..Petua Ubat Kekejangan Otot Kaki dan Perut Paling Mujarab Dari Pengalaman
tu la..agak berbaloi.. 🙂
nadot recently posted..Rumahku Disewa Orang
Walaupun murah tapi bilik dia kira ok jugaklah kan..lepas tu siap dpt barangan baby lagi..memang terbaiklah hospital ni
Hannyabdullah recently posted..Baby Ally Dahulu Dan Sekarang
tu la… bg saya ok je bilik dia, dengan servis semua… mmg akan pilih lagi insyaAllah..:)
nadot recently posted..Rumahku Disewa Orang
berbaloilah jugak kalu ada laki boleh temankan selalu. selesa jugak untuk ‘kekita’ para perempuan ni takdelah orang laki lain lalu lalang nak melawat mommy lain ‘terpaksa’ melawat kekita sekali ye dok?! hehe
jue a recently posted..korea trip – day 1
tu la pasal… masa Nawfal dulu, Kak Emmy Zuleikha la yang selalu melawatnya, dengan suara dia yang sangat kuat, nasib baik akak dok wad tu.. hehehe
nadot recently posted..Rumahku Disewa Orang
best jugak bersalin dekat hospital selayang nie eh… terbaik servis yg diberikan.. 🙂
tu la..suke je sini.. 😉
nadot recently posted..Rumahku Disewa Orang
pipi anak ko sama macam pipi ko. haha..
titan recently posted..Kenapa awak suka tulis tajuk artikel panjang-panjang?
maksudnye aku comel la kan? ehhhhh… hihi
nadot recently posted..Rumahku Disewa Orang
Wow ada extra bed tu yang best tu Nadot
biasanya kalau private pun dia bagi sofa bed je tak silap
One of my fav doctor said to me, kalau nak bersalin private
choose FPP first sebab support dan equipment better dari private lain
harga tu memang sangat murah lah berbanding private hosp lain
Shaklee recently posted..LUA NLP by Ateh Zuhairi Nopiah yang Super Awesome
tu la pasal. memang okay sini. lagipun Nadot memang tak mampu nak pandang private, maka sini je la menjadi pilihan.. 🙂
nadot recently posted..Rumahku Disewa Orang
Same lah kite, saya pun jenis kena suami sentiasa ada. Hihi. Emotional support lah katakan. Hihu
Khadeejah Hasmad recently posted..Penyusuan Susu Ibu Atau Tidak, Ia Pilihan Masing – Masing
hihi..tu la pasal… perlu sama2 susah… hehe
nadot recently posted..Rumahku Disewa Orang
Tak pernah dengar pasal FPP ni walaupun saya kakitangan kerajaan..agaknya di sekitar lembah klang je kot..
** tertarik dengan komen Titan kat atas tu..hehe
Hairul Azni recently posted..Apa Ciri Blog Yang Pengiklan Mahukan
Sebab yang ini bukan khas untuk kakitangan kerajaan. Ni sapa-sapa pun boleh asal sanggup bayar, tapi lebih murah dari swasta yang pastinya 🙂
nadot recently posted..Rumahku Disewa Orang
Okla dengan kos tu + layanan yang kita dapat kan.
Yg penting asben ada sebelah 😀
Myra Jay recently posted..Family Day : Salak Denai Chalet Pilihan MJ
tu la..yg penting mmg hasben kena ada sebelah… hehe
nadot recently posted..Rumahku Disewa Orang
Nadot, bini baru dude dah pregnant blom? Nanti dia bersalin kat sini juga ke?
eyriqazz recently posted..Kos Bersalin Secara Pembedahan di Ampang Puteri Hospital
krik..krik..krik.. ;p
nadot recently posted..Rumahku Disewa Orang
Yang terbaik untuk ibu dan bayi. Kan..kann..Nadot. 🙂
akubiomed recently posted..Penantian 17 tahun Mee Kolok berakhir di Citrarasa Kuala Lumpur 2014
betul! apa saja! ..hehe
nadot recently posted..Rumahku Disewa Orang
saya tak pernah bersalin kat Hospital Selayang ni..tapi ramai kawan-kawan yang bagitau experience diorang bersalin kat situ..diorang siap cakap Hospital Selayang the best gov hospital..:)
Mummy Dina recently posted..Tips Pemakanan Untuk Lelaki Subur dan Power!
oh ye ke… tak tahu pulak nak banding sebab tak pernah masuk hospital lain… hehe…. kalau btul the best gomen hospital, bagusla 🙂
nadot recently posted..Rumahku Disewa Orang
saya pernah bersalin kat swasta tp sgt mengecewakan.. pasni kat kejaraan je la
Nazuwa recently posted..Atasi Kolestrol Dengan Mudah
Bergantung pada hospital jugak la kot dengan doktor nye skali kot eh… Tak pernah bersalin swasta, susah nak komen… hehe..
InsyaAllah ok je mana2…ikut kemampuan.. ni je saya termampu 🙂
nadot recently posted..Pengalaman Berpuasa 19 Jam di Edinburgh
cari2 review fpp, tetiba pegi ke blog awak ni. tgk muka empunya, mcm kenal. blajor dulu kat smakl ek?
hehee
i pun skrg follow up ngan dr roslan. so far mmg sgt ok. harap2 next month utk bersalin semua dipermudahkan. 🙂
hi kak mas.. harusla saya ingat akak kawan2 kak shamam, kak emmy… hehe…
semoga dipermudahkan ye kak 🙂
Waktu sangat tidak terasa berjalan,tahu-tahu anak sudah besar pula.
luthfi recently posted..Perbaikan Kulit Malam Hari
Saya nak cubalah fpp ni. Tq for info sis.
sama-sama 🙂
Sis, kalo FPP ni bersalin normal/c-sec en hasben bole masuk labour room/ot ke?
Salam nadot. Bagus info awak kasi. Nak tanya kalo FPP ni hubby bole masuk labour room/OT ke masa bersalin? Or mmg kna tunggu luar sampai dah deliver…
Salam sis..nak tanya..fpp ni labour room dia sama mcm org wad biasa ke mcm mana ye?