Pemalas Belajar – Si Kambing Hitam (Part 1)

Belum terlambat rasenye untuk aku ucapkan Good Luck kepada adik-adik (kalau Abang Ensem kene referkan kan budak-budak ni as anak-anak ;p) yang sedang bertarung nyawa untuk menjawab soalan SPM yang baru bermule minggu ni. Teringat balik zaman sekolah aku yang dah lebih 10 tahun berlalu. Gile tua dah aku. Haiishhh..

Ni yang rase nak bercerita sikit tentang zaman sekolah aku ni…

Membesar dalam family yang sangat education oriented adalah satu kesukaran untuk aku yang sangat pemalas & agak nakal ni. Tak rajin, tak pandai & tak baik, tak macam adek beradek aku yang lain. 2nd child syndrome mungkin? ;p

Memang la mase sekolah rendah aku wajib naik pentas untuk hadiah akhir tahun (nombor 2 atau 3 je…x pernah nombor 1), tapi bile emak ambik report card dari cikgu, mesti cikgu cakap, “anak Puan pandai, tapi malas sangat”. Hahaha.. Ye ar, homework jarang gile siap, tak hantar, asyik kene berdiri luar kelas dll. Nasib baik Allah tolong juge untuk aku dapat UPSR 4A (dulu zaman aku 4Aje…nasib baik bukan 5..kalau tak… ishk)

Kene banding dengan Along yang memang top student dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, dah mmg jadi perkare biase. Dari asyik kecik hati sampai dah takde perasaan lagi dah jadinye. Jadi lah sekolah berasrama aku sebagai refuge untuk aku berlindung dari kekasaran dunia…
(Ayat tak hengaatt… hohoho)

Dekat asrama aku sangat happy. Walaupun kadang-kadang ketenangan aku digugat dengan kehadiran Ustaz yang suke melaporkan kenakalan aku pada ayah (sekolah asrama aku tu terletak dalam perumahan rumah aku 5 minit je dari rumah, so ustaz tu solat di surau yang ayah solat skali). Sangat dem kan? ;p

Dipanggil berjumpe warden & cikgu disiplin tu perkara biasa. Dan aku suke je jumpe diorang macam mane diorang pun suke jumpe aku (^_^). 2-3 orang je ku tak suke sebab diorang poyo over sket… haha.

Walaupun aku ‘agak’ dikenali kerana kenakalan, bagi aku takde la nakal mane pun. Mungkin kerana aku ala-ala dikongkong family sbb anak perempuan sulung, so masih terbatas la kenakalan aku. Kesalahan yang aku buat ape je, tak turun jemaah di masjid (sekolah agame hokaayy ;p), solat dalam dorm, tak turun prep, main pingpong tengah-tengah malam. Tak macam orang lain yang fly ke ape. Aku cume fly bile air takde kat asrama. Tu pun secare terhormat <– mak ambik naik kerete.. hohoho

Dekat sekolah macam biasa, aku agak vangang dan sangat pemalas. Tapi disebabkan keseronokan belajar dalam kelas 3 Hamzah, classmates yg mostly best wpun aku sorang je dari geng aku dalam kelas tu, Alhamdulillah Allah tolong lagi bagi result PMR dapat 8A 1B – B op kos bahase arab… hikhikhik…

Naik Form 4.. Start la mule banyak masalah… Masalah apa? Tunggguuuuu…. (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Comments

  1. KiD November 10, 2012
  2. Hairul Hissam November 10, 2012
  3. afiz November 10, 2012
  4. aimaniman November 10, 2012
  5. abangensem November 10, 2012
  6. Eizil November 11, 2012
  7. Mat Utie November 11, 2012
  8. Jebeng Otai™ November 11, 2012
  9. Mummy Akmar November 11, 2012
  10. Denaihati November 11, 2012
  11. donnyien November 12, 2012
  12. Nurul November 12, 2012
  13. Zarul Umbrella November 13, 2012
  14. hafizmd November 15, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·