Aku tak berapa nak sangka sebenarnya ada Car Boot Sale kat Malaysia ni. Pernah dengar, tapi tatau la pulak ada yang dah mula every week.
Tapi tengah dok kemas baju-baju sikit untuk diletak dalam kotak untuk simpan, untuk buang, untuk bagi orang, terfikir la pulak nak google. So, aku pun taip je la dalam google ‘Car Boot Sale Malaysia‘. Tak sangka ada keluar dan yang macam best dan dekat dengan rumah mak ada dekat Kota Damansara. korang boleh rujuk FB Page Car Boot Sales Kota Damansara. Kat sini dah lebih 2 bulan juga mula setiap hari Ahad. Cara nak join ke, bayaran tapak ke, map ke sana, rules & regulation nak menjual, korang boleh rujuk link page FB yang aku bagi tu.
So apa lagi, dah jumpa, terus aku ajak Dude join sekali. Kitorang korek la baju lama-lama yang ada tapi yang masih okay macam yang dah tak muat, yang tak berapa sopan dll… hohoho..Lepas tu aku & Dude cari juga kasut-kasut branded dia yang dah lebam dan tak berapa guna sangat. Set comforter yang bukan cotton pun aku let go. Kulit i sensitip, nak cotton je… hehehehe…
First aku join 2 minggu lepas, 25 Ogos 2013. Aku terlambat pergi sebab ada hal, so instead of perlu sampai by 8am, aku sampai dekat2 pukul 9am. Tapi tak banyak sangat kereta yang bukak boot. Borak-borak dengan carbooters lain yang dah join 4-5 kali, diorang kata mungkin musim raya. Kalau tak, memang semua petak penuh dan panjang la kereta parkingnya.
Gambar atas ni masa first week. Belah sana-sana yang jauh hujung tu redup sikit bila masuk pukul 11am. Tempat kereta aku nak masukt engah hari tu panas la sikit. Tapi sebab lambat kan..redha je…
Pembeli barang-barang carboot ni terdiri dari pelbagai warganegara. Malaysia, Indon & mamat2 bangla pun ada. Hihihi
Second week aku join, carbooters makin ramai. Pembeli pun makin ramai jugak.
Minggu ke-2 ni lagi banyak la aku menjualnye. Carik kasut-kasut lama lagi. Barang perhiasan rumah emak. Tie ayah. Majalah, novel, barang baby sikit dll.
Untung? Boleh la jugak. First week aku join walaupun tak ramai sangat, cecah jugak la RM100. Yang last week, cecah RM200. Okay la gak dari aku buang je semua, ada la jugak dapat sikit untuk beli barang2 baby yang aku tak start shopping langsung ni. Nanti aku dah nak pergi, tak bukak carboot dah, aku derma la baju-baju ni kat tempat yang memerlukan. Walaupun aku tatau siapa la yang memerlukan tu ada saiz badan cam aku. Haiishhh… ๐
Tapi minggu ni, sebab aku ada hal dan tak boleh nak pergi rumah emak Ahad, aku carik la kat area kajang ke Bangi kot ada yang carboot. Dah google2, terjumpa la website Goods Cycle. Yang ini lagi lama dah mula. Ada 3 tempat yang diorang alternate every week, dekat Bandar Sri Putera, Bukit Mahkota & Bandar Baru Bangi SS4. Minggu ni kat Bandar Baru Bangi SS4. Taktau nak expect apa sebab ni first time nak buka kat sana. Tapi sebab dah lama establish, aku harap crowd lebih ramai dan barang pun dapat jual dengan lebih banyak. Tapi sebab kasut-kasut branded dah banyak terjual sebelum ni, mungkin la kitorang takkan dapat banyak sangat kali ni… Tapi harap ada la rezeki terjual juge…
Untuk dekat Bangi ni, korang boleh daftar online dekat website Goods Cycle tu. Bayaran tapak RM7 je bayar masa kat tapak nanti.
kot la korang pergi, tegur-tegur la aku. Tapi jangan la tegur je, bawak la duit beli barang kat situ.. Hohhooho..
okay, nak gi makan banyak-banyak sebab sedih Bront Palarae dah kawin.. #Tetibe
Hehehe
Later! ๐
kalau terjumpa..gua tegur la lu. haha..
titan recently posted..Kisah seram Budak perempuan kecik.
arhhh…sudahhh… mesti ko blakon macho ko n wat tak kenal je cam biase… hehe ;p
nadot recently posted..Car Boot Sale Malaysia
ni setuju sangat2.. haha
fiezaradzi recently posted..Tempat Menarik di Pulau Pinang
iskkk…jangan sampai kosong rumah dah…kohkohkoh
mmg nak kosongkan kalau bolehh… hihi
nadot recently posted..Car Boot Sale Malaysia
seriously xtau pon yang kat M’sia ade car boot sales!
luqmanzakaria recently posted..[Western and Local food] di La Pelangi Cafe, AU3 Keramat
tu le pasal… tak sangka gak dah ade dan buat everyweek lak tu… jual jgn x jual ๐
nadot recently posted..Car Boot Sale Malaysia
Menarik gak kalo ada car boot sale gini kat tempat2 lain kan. Drpd buang masa, dibuang segala benda yg kita dah x perlu, at least mnjana income jugak dgn cara gini.
tu la pasal… modal ala2 takde..tp dapat duit dr barang yg kite mmg dah tanak… sengih je bile ade je orang nak beli ๐
nadot recently posted..Car Boot Sale Malaysia
Macam nak try pegi jual barang jugak je..kot2 bleh dapat income jugak
hafizrahim recently posted..Top 10 Entri Paling Popular Ogos
sikit pun mesti dapat punyaa… baju-baju t-shirt semua tu orang nak aje dah jual rm5… awal2 dulu tak sangka gak ade yg nak… terkejut gak ade je orang beli sampai dapat agak ok… try..jgn tak try ๐
nadot recently posted..Car Boot Sale Malaysia
cara yang efektif utk duit poket lebih.hehehe
Farisya Anastasyia recently posted..Tutorial:Tukar Fail Microsoft Word Ke Format PDF
tu le pasaall… dari buang gitu je… ok la kot kan care ni… hihi
nadot recently posted..Car Boot Sale Malaysia
ka dot! thanks for the infos. memang lama dah teringin nak join carbot sale tapi malas cari. nak join if buat kat bukit mahkota.. hihi.. thanks again!
last week kat bukit mahkota x silap… so lg 2 weeks balik ke sane la.. kalau time tu akak larat lg, leh la join.. hehe
nadot recently posted..Car Boot Sale Malaysia
Assalamualaikum. laa belakang rumah sheila ni. insyallah nak join gak. nak balik punggah almari. hehehe sheila nak jemput awak join review blog 2.0 sheila. semua yang join akan direview secara berperingkat :- http://www.sheilashahfiekry.my/2013/09/review-blog-20.html
Sheila Salim recently posted..Review Blog 2.0
w’salam….
punggah, jangan tak punggah… hihi
insyaAllah kalau mood sampai, sy join… mood x betul skrg ๐
nadot recently posted..Car Boot Sale Malaysia
Kalau yang nak buat duit tambahan boleh jugak ni. daripada merungut minyak naik harga, baik berniaga macam ni kan.
Hazmin Hamudin recently posted..Lulus Taraf Pekerja Berpencen
tu la pasaall… at least dapat lebih dari kenaikan harga minyak n boleh menampung kenaikan tu, sambil let go barang-barang yang memenuhkan ruang ๐
nadot recently posted..Car Boot Sale Bandar Baru Bangi Seksyen 4
Hurmm… okey gak pegi kat sini…. boleh jumpa awek dan minah indon… ahahhahaha
hazman aka species1980 recently posted..NOMSTERADS.COM – Sumber Pendapatan terbaru FOODBLOGGER MALAYSIA
hahahaha.. abg man gatal… awek indon pun dia kebas.. Malaysia punye awek ramai lagi.. hihi
nadot recently posted..Car Boot Sale Bandar Baru Bangi Seksyen 4
1st tau tau pasal carboot nie..
Kat obersea selalu ade Dkna..tp tu tak sangka Malaysia dah mula ada… join la kalau ade barang-barang nak di get rid of ๐
nadot recently posted..Car Boot Sale Bandar Baru Bangi Seksyen 4
Wah Nadot, menarik…menarik!
Akak tak pernah pergi car boot sale. So, tak tahu pula kita boleh jual items yang kita dah tak nak. Next time kalau tak bz boleh lah kiter org join. Thank you for the info. Permission share kat blog yer. ๐
Rabia Sensei recently posted..Pameran Pengantin Malaysia 2013
jemput share kak.. sila..sila… hehe
nadot recently posted..Nawfal ku, Hwoarang ku
nak try cari jugak la, kat rumah ni pun byk baju2 yg disimpan lama.. tak dipakai..
fiezaradzi recently posted..Tempat Menarik di Pulau Pinang
tu la…dari dibuang or diperap lame2, elok di let go… wpun bukan semua akan terjual, sikit2 tu mesti ada punye ๐
nadot recently posted..Nawfal ku, Hwoarang ku
camana nak join sekali car boot sale nih .kalau produk mknan boleh join ker
assalam, mcm mne nk join car boot sale ni?