Car Boot Sale di Edinburgh

Antara perkara yang aku rindu nak buat di Malaysia, adalah menjual di Car Boot Sale. Biasanya aku suka menjual di Car Boot Sale Kota Damansara, tetapi pernah juga menjual di Car Boot Sale anjuran Goods Cycle di Bandar Baru Bangi. Aku ada bercerita tentang pengalaman aku ber car boot sale di entry-entry di bawah:

Aku mula mengenali wujudnya Car Boot Sale ni ketika membuat Master di Edinburgh pada tahun 2007/2008. Itu lah pertama kali aku jejak kaki di Car Boot Sale. Yang membuatkan aku menggoogle car boot di Malaysia masa tengah kemas-kemas barang nak keluar dari Putrajaya untuk sambung belajar dan tak sangka ada dah kat Malaysia).

Dan selepas 5-6 tahun aku kembali lagi ke Omni Car Boot Sale di Edinburgh hari Ahad lepas. Ada lagi beberapa tempat di Edinburgh yang buat Car Boot Sale, tapi yang di Omni ni yang paling glamour dan terletak di tengah bandar Edinburgh.

cb blog 4

Car Boot Sale ni dijalankan di dalam tempat letak kereta tingkat -4 bangunan Omni yang terletak di Leith Street. So, cuaca memang tak mempengaruhi la sangat sebab ada bumbung kat dah underground betul. Masa kitorang pergi ni, takde plan nak beli apa-apa pun, saja jalan-jalan nak tengok-tengok kot bila pergi lagi boleh la ada idea nak beli apa.

Kalau masa aku buat Master dulu, kat sini la aku beli baju sejuk, frame gambar letak kat bilik, globe second hand, cermin muka dan banyak lagi la. Yang datang baru ni, kitorang banyak beli toys Nawfal je. Murah-murah dan masih elok. Suka aku!.. Hehehe

cb blog 2

Nawfal yang happy dapat toys & adik Nazheef yang kaki tido bila berjalan 😉

Buzz Lightyear Nawfal di atas £4 je. Seronok dia. 3-4 toys jugak la beli untuk dia hari tu. Haiishh..

Lepas tu jalan-jalan lagi tengok barang-barang lain yang orang jual. Ada tea set bone China yang cantik-cantik… geram je nak beli.. Tapi sabarkan dulu (nampak tak aku dah jadi ala-ala mak-mak yang suke pinggan mangkuk.. haiish), ada yang jual barang-barang antik yang menarik gila cam kamera lapar etc, buku & syiling lama, baju2, dan banyak lagi la.

cb blog 1

Payung pun ada dijual!

cb blog 3

Dude yang gembira memilih payung untuk letak dalam kereta. Hehe.

Seronok tengok orang-orang ni menjual. Rasa nak bukak je car boot jugak, tapi takde barang la pulak untuk nak jual. Bawak balik & bukak kat Malaysia je la nanti lepas habis belajar. Hehehe.

Later! 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Comments

  1. Denaihati January 13, 2014
  2. halif January 13, 2014
  3. Abang Ensem Berketak January 13, 2014
  4. hazman aka species1980 January 13, 2014
  5. titan January 13, 2014
  6. akubiomed January 13, 2014
  7. jue a January 14, 2014
    • nadot January 14, 2014
  8. anuar January 14, 2014
  9. elly-daily January 14, 2014
  10. eyriqazz January 14, 2014
  11. Mak lagenda January 15, 2014
  12. Hafizul January 18, 2014
  13. Pingback: Dapat Makan KFC! | Nadot's Words January 24, 2014
  14. AZENI AHMAD January 5, 2015

Leave a Reply to Mak lagenda Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·