Aku tak mampu menulis lagi. Aku mampu makan je. Sungguh, aku tak tipu. Semenjak selepas Anniversary Dinner yang Best malam 29 hb Januari, masih belum ada entry baru yang aku dapat tulis. Material berupa gambar dan idea dah banyak tersimpan dah dalam memory card iphone 4 aku sampai memory tinggal sikit gila.
Tu lah, 2 tahun lepas mampu beli yang 16 gb je. Tapi better la dari sekarang yang tak mampu beli apa-apa kecuali, makanan. Dem!
Sambutan anniversary akan aku ceritakan dalam entry yang akan datang, yang entah bila la datangnya. Tapi, aku sangat berharap, esok lusa lah. Nak cakapnya, lepas aku makan buffet masa dinner tu, sampai rasa nak meletup perut – tapi tetap tak berhenti sebab sayang takut membazir – aku dah tak mampu menulis. Esoknya, aku makan lagi banyak-banyak. Lusa pun, tulat, tungin dan seterusnya pun sama.
Niat tak nak makan malam tak pernah berjaya. Jadi, aku cuba tone down kan sikit niat tu. Aku cuba niat untuk tak makan nasi malam, makan benda lain tak apa. Alhamdulillah, niat tu berjaya, tapi aku gantikan dengan maggi 2 bungkus, atau cheese nan, sekali dengan ayam tandoori, sekali dengan tapai atas meja restoran mamak Presint 8 yang macam tak luak tu. Aku kesian, takut tapai tu tak elok, aku beli la 1. Baik kan? ;p
Dan semua nafsu makan aku yang menggila ni, telah mematikan terus nafsu aku untuk menulis blog. Serius, salah hormon. Bukan salah aku.
Selepas 5-6 hari tanpa entri, macam tak boleh jadi. Aku macam perlu berbuat sesuatu. Aku perlu seimbangkan nafsu makan, dan nafsu menulis blog. Jadi, selepas durian crepe gebu 4 ketul pukul 6.30 petang, seketul burger bakar pukul 9.50 pm dan sebungkus maggi asam laksa pukul 10.40 pm, aku pun menguatkan semangat untuk menulis entry ni.
Alhamdulillah, aku berjaya!
Jadi, korang, mari bersama-sama doakan aku mampu kurus.
Hahahahahahaha…
Later!
nadot… semangat laaa sikit. tekadkan hati itu… diet dengan cara yang betul.. ๐
KiD recently posted..Selamat Hari Jadi Mak
semangat yang hilang la pulak sekarang ni bak kata XPDC.. hehehe
nadot recently posted..Aku Tak Mampu Menulis Lagi
yeahhh! chaiyok nadot..nadot nadot…tetiba =)
hafizmd recently posted..10 Blogger Terbaik Malaysia – Edisi Januari 2013
in shaa Allah. nanti Nando akan kurus juga. jika bukan minggu lepas, bulan depan atau tahun depan. think positif n kuatkan usaha
Ladfe Amir recently posted..A DAN B (REZEKI TERPIJAK)
baiikk…akan cube mempositifkan diri!..susah gak.. haiishh
nadot recently posted..Aku Tak Mampu Menulis Lagi
sila bersenam dan main badminton.
titan recently posted..Komisen ke 14 dari Jobdirumah.com
lepas main badminton, pegi makan berat pulak..tu yang masalah tu/…adoii
nadot recently posted..Aku Tak Mampu Menulis Lagi
tak kurus pon takper nadot.. comel aper mcm tu (jgn marah encik abang dia yer).. hehehe.. tp kena rajin tulis blog la!!!
sohoque recently posted..Cara Rasulullah Menghitung Tasbih
hahaha… ni yang tak jadi nak kurus ni.. hahahah…
rajin tulis blog tu akan cube sehabis baik!..hehe
nadot recently posted..Aku Tak Mampu Menulis Lagi
mkn slgi bole mkn..nyum2
Katak Comel recently posted..CUBA TEKA AWEK INI JILAT APA?
terima kasih atas kata-kata perangsang dan semangat ni..hohoh
nadot recently posted..Aku Tak Mampu Menulis Lagi
Takper…janji Dude sayang ๐
azman recently posted..Destinasi Percutian Melastik Bintang
Alhamdulillah…semoga berterusan la kasih sayang dia walaupun saya bakal menjadi lebih besar… adoiii… Nauzubillah tapinya.. hihihi
nadot recently posted..Aku Tak Mampu Menulis Lagi
oh…no no..kalau nadot tak menulis lg, dimana nak cari ganti? huhu
ishy77 recently posted..2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away
hahahaha… terus rasa nak bukak you tube n menyanyi lagu p ramlee tu tau malam-malam buta ni.. hehe
nadot recently posted..Aku Tak Mampu Menulis Lagi
lepas makan burger bakar, selang tak sampai sejam pekena maggi lak…sah hormon makan tengah kuat skrg nih…hehe
papa mifz recently posted..Komen Dapat FM, Komen Dapat FM
kaannn..hormon yang salah kaannn??.. saya tak bersalah langsung..hehehe
nadot recently posted..Aku Tak Mampu Menulis Lagi
Cayok-Cayok Nadot.. Nadot boleh kurus.. We Want Nadot Kurus.. Insya Allah boleh… ๐
Anuar recently posted..Rezeki Berterusan Daripada Pakej Pelaburan Emas.. Syukur Alhamdulillah..
hehehe..semogala tercapai hajat saya tu dari banyak-banyak hajat yang saya ada… Tapi hajat yang ni tak pririty sangat berbanding yang lain, tu pasal lambat je tercapai..haiishh
nadot recently posted..Aku Tak Mampu Menulis Lagi
niat aku mahu makan sekali je dalam sehari
tapi tak berjaya
terpaksa la aku makan dua kali
TehR recently posted..Piala Negara-Negara Afrika 2013 | Separuh Akhir
hahahaha..lebey kurang saya la tu… hohoho
nadot recently posted..Aku Tak Mampu Menulis Lagi
kena seimbangkan kedua2nya…tapi kalau nafsu berblog tinggi takpe…kalau nafsu makan tinggi…masak wooo…heeee~
Ezad Skytech recently posted..Film Review : Wawa Semput
tu la pasall.. tengah masak sangaat la ni sebab nafsu makan yang menggilaa… haiishh
nadot recently posted..Aku Tak Mampu Menulis Lagi
hai Nadot..
nampak gayanya kena upgrate hosting hi
donnyien recently posted..Oppa Gangnam Bloggers Style
erm..x faham donny kenapa kena tukar hosting? huhuhu
nadot recently posted..Aku Tak Mampu Menulis Lagi
Mengikut pengalaman saya, diet yang paling mudah ialah bersenam dengan konsisten dan banyakkan minum air. Insya Allah, nafsu makan semakin berkurangan, malah boleh control macho lagi depan makanan sedap.
Cubalah, moga bermanfaat.
Arrazi recently posted..5 Pelajaran Penting Blogger Daripada Spammer
hik hik hik…. nak dapatkan semangat untuk senaman secara konsisten dan minum banyak air tu yang susah tu..tapi akan cuba!..tq arrazi! ๐
nadot recently posted..Aku Tak Mampu Menulis Lagi
Tolong la jangan kurus. Saya takut nanti awak jadi cantik macam Mau.
abangensem berketak dan berhati waja recently posted..Formula 4M Untuk Berjaya
hahaha…sebab tu la saya cuba makan lagi banyak supaya lagi orang nampak perbezaan saya dengan Mau… hehehe
p/s: doakan ye di sana… ;p
nadot recently posted..Aku Tak Mampu Menulis Lagi
Sekarang ini Nadot pun sudah super duper cute apa tah lagi kalau kurus macam Adriana Lima. ๐
Nadot lagi sorang blogger yang hafiz jumpa moodnya kelaut lepas event sbb2013..bangun nadot..bangun..jangan tidur..hehe
hafizrahim recently posted..Apa? Jangan BACA BUKU Ini??
hahaha.. lepas sbb2013 ok lagi… sebab makan buffet sampai x mampu bangun tu yang jadi over malas tu.. hohoho
baiikk..akan cuba membangungkan diri yang berat! hehehe
nadot recently posted..Aku Tak Mampu Menulis Lagi
erm…patutlah diam menyepi ajer…
rupanya sindrom kenadotan yg digembar gemburkan sudah melande..
memang senang nak dikate
semua org nak kurus belake
tapi nadot yang sedang berusahe
sedang cuba sedaya upaye
ambe hanya mampu bagi sokongan ajer
moga berjaya hendaknye =)
hafizmd recently posted..10 Blogger Terbaik Malaysia – Edisi Januari 2013
hahaha….memang menuar sungguh sindrom tu sekarang… eyriqazz paling teruk kena nampaknya… hohoho…
tq banyak2 hafiz untuk semangat tu.. semoga dapatla ok nanti… tq ye ๐
nadot recently posted..Aku Tak Mampu Menulis Lagi
serius ramai yg tunggu nadot buat entry..kalau Nadot kurus? jap nak imagine..erkkk tak sesuai ..ok la kurus sikit tp jgn kurus sgt, bagi bam bam tu stay hahahah…konsep album tu dek!
Zarul Umbrella recently posted..Ajek Hassan Dan Aku Bergabung
hahahahha… konsep album tuuu… ok la…tak jadi la kurus banyak… cube kurus 7 kg je la… hohoho
nadot recently posted..Aku Tak Mampu Menulis Lagi
Haa..haa..baca entri ni sampai habis.Boleh bayangkan situasi yang berlaku.Tahap bahaya tu.Kalau makan banyak,idea banyak dan entri pun banyak..ok jugak tu.. ๐
iOS Gear recently posted..Tutorial Cara Untethered Jailbreak iPhone,iPad,iPad Mini,iPod Touch iOS 6.1
Meh kita compete nak? muahaha.. i need to lose 10kg *sigh*
Elieza recently posted..Little things that made me smile 4
dkna rela terima lemak2 dari badan sis.. dkna nak gemokkkk.. ๐
kak nadot mampu punya…chaiyok3..kurus jadikan ia target 2013 ๐
nafsu makan memang champion lah. kami hanya mampu berdoa….
takpe, makan itu satu nikmat ๐
Amirez recently posted..Lychee Shake Jerteh
Kalau malas nak tulis… tempek GAMBAR dan letak tajuk…. settle…. kurang skit memori dalam tepon yang sama ngan EYRIQAZZ tu
hazman aka species1980 recently posted..HAZMAN vs FOOD – Cendol Ais Kacang OLD TOWN WHITE COFFEE
Itulah perjuangan, dan harus berjuangan melawan diri sendiri kalau mau menang. Bravo
salam tuan rumah..
ajarkan saya erti kurus cmaner untung2 sy cpt slim terus2.. mKn NI tak baca doa makan ker heeee
suri recently posted..Tak Sampai Hati
patutla dtg 2, 3 kali, tgk entry yg sama.. tak pe, pas ni leh tulis balik byk2.. good luck nadot, moga berjaya kuruskan badan, biar 2-3 kg dulu pun ok..
fiezaradzi recently posted..Anak Kita, Acuan Kita
Jom ikut kayuhan perdana. Setiap ahad ke 3 setiap bulan. hohoho
halif recently posted..Dilema Permit Pembantu Rumah Asing (PRA)