Ah.. Sedih nya. DSLR Nikon D60 yang aku beli semasa masih belajar di UK – kamera first yang aku beli guna duit sendiri sejak 2008, akan bertukar tuan pada hari ni. Dude akan jumpa buyer tu nanti di area Kepong.
Kamera DSLR yang aku beli ni untuk beginner je, upgrade sikit dari D40 masa ni. Untuk aku yang tak berapa nak pandai ni, ok aje π
Jual satu set dengan Kit Lens dan juga flash Nissin yang aku beli lepas balik Malaysia.
Sebab model ni, model lama. Tak dapat la nak jual harga tinggi. Tapi at least terjual juga untuk tampung kehidupan seharian. Haha
Sayang gila sebenarnya. Kalau la aku masih rajin pegang kamera besar gabak macam zaman anak dara dulu (acececece), takda nya aku nak jual lagi. Tunggu ada duit untuk upgrade mugkin la kot. Tapi semenjak dah beranak pinak (sorang je baru ;p), makin malas gila. Nak bawak Nawfal lagi (biasa Dude yg dukung), nak bawak handbag lagi (jarang keluar jalan2 bawak handbag sebab semua barang letak dalam poket Dude), nak bawak lemak yang makin bertambah lagi, jadi rasa berat dan leceh la pulak. So beli la Camera Canon G1x sempena hari jadi aku tahun lepas. Kecik sikit la kononnya. Tapi itu pun aku malas bawak jugak. Last-last guna Iphone je ambik gambar. Cantik juga. Hehehe
Lens yang 50mm dah terjual dah. Lens 55mm-200mm je belum ada orang nak beli.
Time tengah rajin poyo-poyo dulu lepas dapat kamera baru ni, poyo la set up Fotopage bagai. Padahal mana geti ambik gambar pun. Mostly guna setting auto je. Ada la juga guna manual, tapi sebagai seorang yang pemalas, auto kan aje.. Hahaha. So boleh la intai Fotopage Nadot yang dah lama tak dibuka dan ada 2 page je. hehe.. Teknik memang hancur la, tapi gambar-gambar pemandangan sikit-sikit masa jalan2 kat Scotland yang sempat aku ambik masa belajar dulu, cantik pulak. Trus rindu. Huhuhu
Bawah ni antara gambar yang pernah aku ambik guna DSLR masa tengah rajin2 nak edit bagai. Poyo betul masa tu. Hahaha..
Along Yus (kiri) dan emak aku yang kecik (kanan) dekat rumah Mak Long
——
Anis, anak saudara aku – terpaksa jadi model aku kejap. Atas titi sungai kecik depan rumah kampung
——
Tupai dekat Princes Garden, Edinburgh
——
Landasan kereta api di antara lembah-lembah di kawasan Highlands
——
Pemandangan belah kanan dari flat aku. Yang kat atas bukit kanan sekali tu, bahagian belakang Edinburgh Castle π
——
Aku yang poyo nak ambik gambar cenggini bersama housemate yang baik, Kak Linda yang melayankan aje.. TQ Kak Linda .. Hehehe
——
Haiishh… Semoga la sangat pemilik baru yang aku pasti baru-baru nak belajar jugak berjinak-jinak dengan DSLR akan jaga kamera ni baik-baik dan dapat ambik gambar moment-moment gembira dia dengan kamera ni. Banyak sangat kot gambar memori ‘manis-manis’ yang D60 aku tolong captured kan, yang buat aku senyum je bila tengok balik.
Acececece.. syahdu plak.. Hahaha..
Bye bye D60 ku sayang. Semoga umur kamu panjang lagi.
(Kesat air mata hohoho)
Later! π
teringin nak pakai DSLR.asyik pakai yg kakak jek…
btw those pics are beautiful!
MK Kimi recently posted..Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) Aman. Alhamdulillah
hehe…inshaAllah, kumpul duit pelan-pelan, dapat la beli.. paling koman pun untuk hantaran bertunang/kawin nanti ke.. hehe
tq! (wpun tau x brpe cantik tp kimi baik juge puji..hehe) tq lg π
nadot recently posted..Selamat Jalan DSLR D60 ku
aisey… kenapa tak bagi kat MB je nadot..hehehe…
kesian D60 tu… =)
Melastik Bintang recently posted..Awas Bahaya Antibiotik
la..x cakappp.. dah jual dah… hehe
nadot recently posted..Selamat Jalan DSLR D60 ku
eleh..pasni ko beli yang baru kann? kann??
titan recently posted..Cara blogger otai buat duit dengan blog?
titan & nuru : dah beli awal2 yang canon G1x tu… takde beli dslr dah…tp tatau la kot thn depan tringin balik ke…hehe
nadot recently posted..Selamat Jalan DSLR D60 ku
dh brtukar tuan…..tuan bru dpt jg dgn baik….
nmpknya beli cmera bru lg lh yer…
saya suka tengok gambar tupai tu, nak tanya, berapa rm jual kamera tu, cadang nak cari kamera juga lepas ni, tunggu duit simpanan cukup π
nazray recently posted..Sepah the movie | Tonton online.
segan nak cakap..haha..tapi jual murah je…dalam range harga yang used d60 di jual sekarang…
inshaAllah tak lama lagi nazray dapat la tu.. hehe
nadot recently posted..Selamat Jalan DSLR D60 ku
Terimakasih nadot..buat susah2 je nak hadiahkan DSLR ni buat eyriqazz….Ok2….rezeki jangan ditolak kan?
eyriqazz recently posted..Luahan Hati Seorang Blogger – Harga Sebuah Penulisan
memang niat nak hadiahkan kat eyriqazz…tp dah terjual pulakk… sedey tak dapat bg eyriqazz.. hahaha
nadot recently posted..Selamat Jalan DSLR D60 ku
Memang sayang, jika sesuatu yang telah bersama kita dalam waktu yang lama terpaksa harus meninggalkan kita…
Dawaihati recently posted..Bekerja Itu Satu Kemuliaan
tu la ..sebab dah lama tu sayang…tp dari tak digunakan, lebih baik dijual dan orang akan guna. Sedap sikit hati fikir macam tu π
nadot recently posted..Selamat Jalan DSLR D60 ku
Lor nape tak cakap nak jual lens 50mm, klaau tak boleh beli ritu ngan Nadot π
Myra Jay recently posted..Khas buat Top 10
MYra: Jual yang tu dah agak lama… bulan 6-7 cam tu kot.. tu yang terkenang-kenang rindu tengok entri MJ pasal 50mm lens tu..hehe
Hafiz Rahim: Takde..takde…pencen dari DSLR buat masa ni… tak sure akan sambung balik ke tak kalau Canon G1x ni pun malas nak angkut..haha
nadot recently posted..Selamat Jalan DSLR D60 ku
takpe, hilang d60..nanti ganti dengan d700 plak..hehehe
hafizrahim recently posted..AirAsia Tiket Percuma Lagi
hehe, saya pernah ke edinburg, memang menarik..saya sukakan castlenya..harap dapat pergi lagi, insyaAllah..
drInspirasi recently posted..Tips Membuat Keputusan Strategik Cara Abu
doakan saya dapat pergi sana lagi juga..inshaAllah… π
nadot recently posted..Selamat Jalan DSLR D60 ku
memang syg nak jual barang yg dah sebati dgn hidup kita…lagi kalo ade sentimental value…huhu..anyway..cantik jugak gambor nye kak!
musim dslr dah tamat agaknya… Sy pon mcm nk jual dah.. …..berat..tak rajin nk usung….syg je tp dari xpakai dok berabuk baik jual…nk ushar samsung camera pulak..hewhew
ishy77 recently posted..Hari serba tak kena
tu la pasal…sebab banyak kamera yang lebih ringan dan gambar cantik yang orang2 biasa boleh guna… teringin jugak Samsung Galaxy Camera, tapi takut tak terguna juga and end up guna je phone punya kamera yang cantik je jugak ambik gambar makanan etc… hoho
nadot recently posted..Jawatan Kosong: Pembantu Setiausaha Pejabat Kontrak
still don’t own a DSLR until now :(.. always with my trusty canon s90 compact for everyday use.. hehe, hope you find a buyer soon!
Isaac Tan recently posted..Chilla Cup SetiaWalk Puchong
alahai teringinnya nak pki kamera dslr, mmg pon bila pikir nk bwk anak bagai, tpksa batalkan niat tu dulu π
ajumohit recently posted..Aimar Corner | Pekena Char Kue Teow
D60 model lama tapi colour legend.
kamera ni kecik comel je..
Izwan recently posted..Koleksi Lukisan Cahaya Disatukan Atas Nama Artsflava