Jemari di Shah Alam Sangat Sedap!

Few weeks ago, lidah aku dengan teringin gile nak makan tomyam sedap yang pekat pedas gile. Dah lame gak la aku tak pekene tomyam yang sedap-sedap ni dan tibe-tibe keinginan tu datang dengan menggilenye dan aku mimpi siang malam tentang perasaan untuk makan tomyam.

Tapi untuk pegi carik mane yang sedap tu dengan tak pernah makan tomyam area Shah Alam membuatkan aku memendam je la hasrat aku untuk makan tomyam. Tak berape lame pastu, ternampak Ju-Are post gambar tomyam dalam blog dia. Dahhampir memuncak dah perasaan tu, dah la dekat Putrajaya je. Tapi Dude takde untuk bawak aku n takde peneman makan, aku pendam lagi.

Tapi lepas tengok instag conversation Kak Faezah & Shirene cakap pasal tomyam sedap kat Seksyen 7 Shah Alam ni, aku tak boleh tahan dah. Kalau aku tak dapat, aku akan gila. So, esoknye walaupun bawak bekal untuk lunch (sbb tatau akan kuar ke tak), aku ajak Kak Anum dan menelepon kawan2 lain utk lunch kat luar. Kak Anum je yang available, yang lain pose 6 tak habis-habis lagi. hohoho..

Hendak mendapatkan sehingga USD100 untuk setiap tugasan yang  boleh dilakukan hanya dari rumah? Selamat Mencuba!

So Kami berdua pun gerak la ke Jemari yang terletak di Seksyen 7 Sham Alam berhadapan dengan Sekinchan Ikan Bakar, di jalan yang berhadapan dengan Ayam Penyet Wang Solo tu belakang Tutti Frutti juge.

(ye…saye akan cube sehabis baik untuk pendekkan intro supaye cepat sampai ke isi penting…hehehe)

Sesampainye kami di sane, keadaan agak lengang, baru ade satu kapel je tengah tunggu makanan.

(ok…kami keluar awal sebenarnye sebab takut ramai orang dan aku terpakse tunggu lame untuk makan… hohoho)

Beberapa saat selepas mengambil tempat duduk, kami dilayan oleh En Suaime, Operations Manager Restoran Jemari (Sorrrryyy.. I couldn’t resist untuk mengorat beramah-mesra dengan orang-orang yang datang ambik order especially dari jantina berlainan.. hohohoho)

*Tapi En Suaime pemalu, tak bagi ambik gambar…hehehe*

Isteri En Suaime, Puan Tahirah pulak adalah Restaurant Manager Jemari. Best je suami isteri sama-sama manage restaurant. Aku dengan Dude nak manage ape same-same pun taktau..hohoho

Sementara menunggu order sampai, aku snap la a few pictures of the ambience. Cool.

Dinding sebelah kiri di cat hitam dengan cermin yang besar so nampak luas. Belah kanan dinding dia di buat ala-ala unfinished yang sangat artistic & cool dengan adenye bantal berwarne-warni yang cool juge…hehe..

Apa yang kami makan?

Mihun Tomyam (RM12.90)

Aku opkos order tomyam sebab mmg dah mengidam gile.

Verdict? Awesome gile! Cukup pekat, pedas gile & masam yang cukup dan yang penting, sedap! Encik Suaime siap datang mase aku makan tu bawak extra tisu sebab ingat aku berpeluh sebab asyik macam lap dahi. (Sebenarnye aku betulkan rambut yang asyik terkeluar dari tudung sebab tak pakai serkup. hahaha.)
Kalau pedas lagi sampai aku berpeluh lagi aku suke. Tapi tahap pedas aku mmg melampau pun. Untuk orang biase memang dah berpeluh tu. Lauk pun banyak. ayam, udang beberape ekor, sotong, cendawan dll.

So, kalau korang memang tengah teringin gile tomyam, sile drop by and give it a try (^_^)
(wow..rhyme gile pantun dua kerat english saye ;p)

Nasi Goreng Ala-Thai (RM12.90)

Kak Anum pulak order menu special Jemari iaitu Nasi Goreng Ala- Thai. Nasi tengah-tengah dikeliling oleh kerabu mangga, keropok, daging masak merah, timun, bawang dan cili padi.

Again, marvellous juga bagi aku. Rase nasiknye lain dari yang lain. Even daging masak merah (aku tibai je name ni sbb warne dia merah) pun rase agak unik..makan lagi dengan mangga tu, fuuuh! ;p

Then macam biase, bile aku kuar makan, harusla nak ade side dishes jugak. Aku terpikir antara kerabu apa-apa dengan sotong goreng tepung.

En Suaime sajes kerabu kangkung. Agak pelik, memang tak pernah dengar dan of course bayangkan macam kerabu mangga, berair-air, basah-basah..ala..mcm kerabu biase…

So cam takut, aku order jugak sotong goreng tepung.

Sotong Goreng Tepung (RM12.90)

Again (kali kedua again), marvellous jugak!!… Nampak sikit kan atas plate tu? Tapi besar-besar ok. Dia tak potong bulat-bulat. Tapi diorang buat keratan rentas menegak dulu dan potong dua kot..kot la.. hehe…

Tepung dia agak special siap letak bijan. Honestly aku tak suke bijan. Kalau beli yong tau foo or rojak buah, awal-awal pesan dah jangan letak bijan. Tapi bijan yang dicampur dengan tepung sotong ni, serius sedap. Tak banyak pun dia letak bijannye, tapi tetap ade rase yang menyedapkan. Boleh la cube..jangan malu2..hehehe

Disebabkan kehandalan aku dalam arena tackle -menackle ketakutan kitorang untuk mencuba kerabu kangkung tadi yang direcommended sangat oleh Encik Suaime, Encik Suaime dengan baiknye, membawa satu pinggan kecik Kerabu kangkung untuk kitorang rase.

(Harga asal RM8.90)

Kalau tak difikirkan kenyang aku, serius nak aje aku order 4 pinggan lagi kerabu kangkung ni. Ini bukan typical kerabu yang berair-air tu. Not sure la the exact ingredients used, tapi kangkong ni digoreng dengan tepung men jadikan dia rangup macam makan keropok tapi tak over bertepung, dan diletakkan macam sos thai dan ramuan lain yang gile menyedapkan! Memang agak terkejut & teruja la dengan kelainan morfologi kerabu kangkung ni dan kelainan rasenye berbanding kerabu-kerabu lain.

Yang ini, serious, must try! Boleh ganti kacang atau popcorn makan-makan sambil tengok tv. hohoho. Serius ni…tak tipuuu ;)

Untuk air, Kak Anum order Barli Limau (RM3.90)

Aku pulak konfius sebenarnye nak order ape. En Suaime cadangkan Sirap bandung. Aku nak, tapi aku aku suke Soda Gembire (sirap bandung + aiskrim soda), so aku tanye la soda ade tak. Ade rupenye. Make aku order la air yang takde dalam menu iaitu Sirap Bandung Bersoda (Soda Gembira) .. hehehe

Overall, bagi aku, aku akan datang lagi restoran ni. Makanan-makanan yang kitorang ambik hari tu semua sedap-sedap. Nanti nak try yang lain jugak walaupun tak tau makanan mane satu yang aku patut korbankan untuk try lain tu. Kembarangkalian untuk order benda yang same je untuk next visit adalah sangat tinggi. hahaha

Price wise, kitorang je gatal order in-house specialty..tu yg harge RM12.90 semua tu. Tapi kebanyakannye start dari RM8.90. Dan even dengan harga RM12.90 tu pun, total kitorang makan tak sampai RM50 pun.

Thank you En Suaime melayan karenah customer macam kami + bagi rase kerabu kangkung yang sangat marvellous ittewww. Hehehe.

Kak Anum & I, The Happy Customers! ;)

Later!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Berkongsi rasa

  1. Tiap kali singgah ke sini nak baca apa-apa, dah tahu aku kena prepare makanan kat meja, kalau tak perut berbunyi tanpa dipinta… :D

    Macam menarik jer kerabu kangkung tu, bebila gi shah alam, nak ajak nadot gi makan kat jemari gak laa… :D
    Eizil recently posted..Indahnya berbulan maduMy Profile

  2. teringin nak makan kat sana.. nice entry :)
    donnyien recently posted..Review: Everyday Is A Lucky Day With Luckybid.com.myMy Profile

  3. bro kalau turun Shah Alam sure tak tahu nak perkena apa.

    Selalunya Abang Ensem yang rekomenkan. Itu pun dekat port yang lebih kurang je.

    Kena lepak dengan nadot gak nie. nampak macam selera kita hampir sama je
    Bro Framestone recently posted..McDonald Oppa Gangnam Style McShaker FriesMy Profile

  4. Nad ngidam ke? Nampak macam Naufal nak dapat adik baru saja. Mengigil-gigil tunggu nak makan tom yam. Sah ni.. dah preg……
    Rem recently posted..Kenapa Saham Jadi PilihanMy Profile

  5. MB selalu juga ke seksyen 7 tu..prgi Ayam Penyet..tapi tak perasan pula restoran jemari ni…kalau lepak2 pekena kopi dengan blogger lain pun cara juga….
    Melastik Bintang recently posted..Santai Bersama Blogger AkubiomedMy Profile

  6. Hurmmm… tempat pun nampak selesa untuk makan…..kalau abang confirm dah mintak adjust nak buat FOOD REVIEW…Nadot mmg sesuai laa nak jadi PR sebab ramah ngan waiter n manager restoran
    hazman aka species1980 recently posted..MAXIS promosi Samsung GALAXY Note 10.1 hanya RM699My Profile

  7. sedap je nmpk..kt kelana jaya pon ada jemari..mkn gak mknn dia..sy xpernah lgi p jemari kt s alam ni

  8. Lapar pulak perut nie bila tengok gambar makanan dan tomyam tu.
    hatiputera recently posted..Double Samurai BurgerMy Profile

  9. Cantiknya Restoran Jemari ni.. Makanan dan minumannya pun nampak sedap.. Kalau jalan-jalan dekat Shah Alam bolehlah ajar keluarga singgah makan dekat restoran ni.. Nice Info.. TQ.. ;)
    Anuar recently posted..Rahsia Kejayaan Pemenang Top 5 Contest SEO Eyriqazz Vs DenaihatiMy Profile

  10. waaarghh kak dot sedapnyee! rasa macam nak migrain (sebab perut lapo…)..
    jue a recently posted..its time to celebrate the new bornMy Profile

  11. bila nak belanja saya dekat sini???hahahaha
    boni kacak recently posted..Bro Framestone Mempersoal Mat TigerMy Profile

  12. waaa nampak sedap tom yam dia.. sotong celup tepung pun nampak gebu.. 1st nadot cita Kerabu kangkung nurul pun dok bayang basah, tapi kalau goreng camtu memang lah sedap nadot.. Usahkan en. Suaime tu suka Nadot.. Nurul yg 1st time jumpa pun dah jatuh cinta kat tahap keramahan Nadot.. Hilang terus rasA SEGAN.. HEHEHE
    Nurul recently posted..Kesilapan camni pun Ada???My Profile

  13. Letaklah apa saja, walau kulit ayam pun, kalau Nadot yg describe makanan tu mmg sedap sokmo.

    Rasa nak makan malam ni jugak!
    Adam Dzirhan recently posted..Sepetang Buat Inspection Rumah FlippingMy Profile

  14. macam best aje.. sebab tengok portion makanannya besar.. ;0
    KiD recently posted..BE ke 22 dari NuffnangMy Profile

  15. Paling suka tengok gambo yang last tu lah … baru terserlah personaliti sebagai seorang lecturer heee
    Denaihati recently posted..iPhone 5 Malaysia PertamaMy Profile

  16. Tomyam dia nampak sangat sedap..

    Kerabu tu pun nampak sedap..

    Pendek kata semua sedap ;)
    Myra Jay recently posted..Ada yang rindu tak?My Profile

  17. Nasib baik la jauh…kalau x mmg nak try gak..bkn try tomyam..tapi siram gembire tu…padu semacam je nampak air tu
    Fauzi Blues recently posted..Video Jaringan Gol Suku Akhir Piala Malaysia 25 September 2012 Johor FC vs Selangor (1-3).My Profile

  18. isnin ni dapat kerja dekat sana, boleh pergi kat restoran tu hehe
    donnyien recently posted..Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2013My Profile

  19. Kerabu kang kung tu memang menguji kesabaran betul la… Nampak sangat sedap…
    Hazmin Hamudin recently posted..Suasana Sekitar Piala Sultan Selangor 2012My Profile

  20. Demyu dot..skrg aku tringin gile!! Uwaaaa

  21. Port baru yang menarik. Boleh dicuba pada masa hadapan. :-)
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Sumber inspirasiMy Profile

  22. Jumpe pun post ni balik. hari tu dah baca, tapi lupe nk igt alamat tmpt tu. tu yg cari balik post ni. igt nk try nnti. hehe :)
    Encik Din recently posted..Inovasi Kreatif yang Menipiskan PoketMy Profile

  23. en.suhaime and pn.tahirah bkn suami isteri la awak..
    sb sy kerja part time dkt restoran ni.. :)

  24. ada no contact restaurant jemari ni tak?boleh bagi saya?nak booking la

Trackbacks

  1. [...] isteriku di sana. Jika sebelum ini asyik membaca pelbagai kisah jalan-jalan cari makan oleh kak Nadot kita, kali ni nak gak bercerita pasal pengalaman pergi ke Haza Bistro malam [...]

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS · Busuk

Hit Counter provided by stethoscope reviews