Akhirnya, dapat juga aku luangkan sedikit masa dari sedikit masa yang ada untuk update ringkas setelah lama tak update. Dan sebab tak nak kalah dengan Abang Hazman, aku nak juga update pasal makanan. Hehe.
Kalau masa kat Malaysia, selang 2-3 minggu, aku mesti kacau si Yusra dengan order macam-macam jenis dessert dari dia, macam cake in jar dan lain-lain la. Yang paling best time raya, Yusra je yang mampu layan order aku 2 bekas almond london TANPA almond (sebab tak suka kacang sangat).. hohohoho..
Dekat sini, banyak je cafe jual kek. Pernah je beli. Tapi kena tengok and tanya ingredients, sesuai untuk vegetarian tak, ada alkohol tak etc so agak leceh. Dan aku pulak sebab dengan tengah sibuk + Nazheef kecik lagi, rasa malas sangat nak keluar. So weekend, biasanya aku lepak rumah je tengok drama Korean & Running Man layan anak-anak (^_^).
Jadi, agak sedih la jugak sebab tak dapat main order-order cake or dessert macam selalu, sehinggalah aku nampak dalam facebook, wife penghulu (Abg Iman) Edinburgh Malaysian Society (Family) ambik order buat kek. Terus aku order kek dan simpan weighing scale bawah kerusi dan takkan guna dah selama tiga tahun kat sini. ;p
Dah dua kali dah aku order kek dari diorang. First aku order Red Velvet Cake:
Memang sedap dan yang paling best, terjamin kehalalan. Hehe.
Kemudian yang terbaru, aku mengidam pulak Chocolate Banana Secret Recipe. Kata Abang Iman, Kak Azlina tak pernah buat. Tapi dah orang kreatif kan, bagi la apa pun, semua boleh je. Jeles! Tapi best, sebab aku dapat makan!
Yang ni memang super sedap! 95% rasa macam Secret Recipe. Dude pun sangat suka. Best gila woo.. Makan berdua je dengan dia sebab Nawfal tak makan cake, ikut genetik siapa la tak berapa suka makan tu. Haiishh.
Tulisan atas kedua-dua cake dan segala cake yang akan aku order lagi lepas-lepas ni, adalah seperti di atas. Memang aku berterima kasih gila la dekat Dude yang hebat gila jaga anak-anak kecik. Serius aku tabik para suami yang berkorban datang sini iku wife buat PhD & jaga anak masa anak still baby. Kalau anak dah besar, senang sikit. Tapi bila anak masih baby, dengan tak biasa jadi househusband sepenuh masa, memang gila banyak kerja. Tapi Dude manage dengan hebatnya walaupun kadang-kadang bila aku balik rumah, Nawfal lari dekat pintu dan mengadu:
” Mummy, Daddy mayah (marah) Nawfal.”
Hohoho. Tapi serius la terhutang budi kat Dude sebab alaupun kadang-kadang nampak stress, tapi boleh manage aku dan anak-anak yang mengada.
So sebab itu lah, aku minta tulis macam tu atas kek. Kek tu aku yang teringin nak makan, tapi dengan tulisan tu, nampak macam untuk Dude la konon, bagi dia rasa best sikit. Nampak tak permainan aku di situ? Hehehe.
Semoga aku mampu lagi update bila-bila nanti. Doakan kitorang kat sini k!
Later!
Bestnya dapat makan kek buatan orang Malaysia dekat luar negara. .
anuar recently posted..Hobi Terbaru Isteri Saya, Cantik tak? (Bahagian 38)
Tu la… terpaksa kuburkan niat nak diet sebab nak tolong menjana pendapat orang Malaysia kat sini… hohoho
nadot recently posted..Makan Cake di Edinburgh
antara kek rare nih…
Bestnye! Nak suruh org rumah sambung phd gaklah…hehehe =)
hafizmd recently posted..7 Teknik Super Bijak Kurangkan Gula dalam Menu Harian Kita!
Duduk oversea ni bab makan ni la yg paling tak best . Bila time teringin nak mkn, susah nak dpt yg halal. 🙂
Ahmad Ijat recently posted..Kembara ke negara orang Bah 3 – Minggu Orientasi
tulisan atas kek untuk dude..tapi yang makan banyaknya org lain ye..pandai taktik..pandai..haha
Hafiz Rahim recently posted..Tips Percutian Dalam Malaysia
dapat juga cake yg terjamin halal…yg ke Russia mcmana pulak, maybe lg susah nak dpt cake..
sedapnya…lepas ni cheese cake plak…hehe
wynn78 recently posted..Duit Refinance rumah dah masuk…Project begin
Kek yang nampak simple tapi ada nilai tersendiri ..rindu Nadot, doakan kami di sini kerana doa orang yang jauh dan musafir amat mustajab
Ustazah Ain recently posted..Program ” Jom Masuk U ” Untuk Lepasan SPM & STPM
Puas dapat makan kek yang diidamkan kan?
Tulisan memang cantik..
dan tabik toing toing to your hubby atas pengorbanannya tu 😀
Myra Jay recently posted..Sentap!!
bunyi macam mengidam kek…heee. 95% macam secret recipe memang mantap tu….
Denaihati recently posted..2013 dalam kenangan
bila mahu belanja gua makan kek nih haa..
titan recently posted..Jobdirumah Payment – Kali ke 106, 107 dan 108
wahhh bestnya.. yang romantic dapat celebrate kat luar negara http://iluvtour.com
Nadot, all da best PhD!
raja del recently posted..Art Attack
Nadot masih dilanda sindrom kenadotan?
ni maksudnye sindrom kesibukan la…. student katakan… hihi
nadot recently posted..Makan Cake di Edinburgh
wah lezat nya kue nya jadi mau, hem cara buatnya sekalian donk biar aku bisa buat d rumah
Assalamualaikum kak nadot. haiii laa sedapnya dapat tempah kek homemade sedap camni. terliur sheila. alhamdullilah. bertuah kak nadot dapat suami yang memahami dan pandai didik anak2. hehehe singgah menabung digi sini~~~
Sheila Salim recently posted..Checklist Beg Hospital
Dapat lah lepas mengidam kek 😀
Khadeejah Hasmad recently posted..Pengalaman Saya Berpantang Dengan Set Bersalin Shaklee
Wah kek sampai 2. Terbaiklah 🙂
Seronok dapat jalan jalan di negara orang. Terbuka mata dan minda
Mazni Azmi recently posted..Set Bersalin Shaklee Lengkap Untuk Asas Pengalaman Berpantang Terbaik?
Sedapnya makan kek
luthfi recently posted..Perbaikan Kulit Malam Hari