Sejujurnya, bila di perantauan ni, rindu terhadap keluarga dan kawan-kawan tidak lah seteruk mana. Dengan kecanggihan teknologi masa kini, dengan adanya Whatsapp, Skype, kadar panggilan yang sangat murah dari UK ke Malaysia, boleh dikatakan tiap-tiap hari berhubung dengan keluarga & kawan-kawan di Malaysia. Siap bila call mak, mak suruh call nanti sebab mak busy. Hohoho..
Tapi yang memang aku sangat rindu adalah makanan yang melimpah ruah kat Malaysia tu. Dah lah hobi aku makan, memang terbayang-bayang lah makanan yang sedap-sedap yang tak dapat nak jumpa kat sini. Teringat waktu lunch masa kerja yang sangat banyak tempat makan best dan sedap di Shah Alam tu. Dekat Edinburgh ni, walaupun agak banyak restoran halal, kebanyakannya adalah masakan India, Bangladesh & Turki. Sedap je, sebab banyak gak jenis masakannya, tapi bosan la jugak kalau setiap kali tak larat masak je, makanan jenis tu je kena makan.
Salah satu jenis makanan yang aku rindu adalah Nasi Arab. Yang ada Kabsah, Hadith, Mandi dan lain-lain tu. Kalau kat Malaysia, favourite aku adalah di Restoran Saba di Cyberjaya. Kalau kat Shah Alam yang boleh tahan macam di D’Arab Cafe. Dekat Edinburgh, ada aku tengok online 1-2 restoran yang jual nasi ala-ala macam tu, tapi kategori mahal punya. Takde lah aku berapa nak mampu. Dengan harga macam tu, baik kitorang makan di Restoran Nanyang milik rakyat Malaysia yang halal (kecuali masakan itik tak halal) di Edinburgh ni.
Jadi, bila berkesempatan ke Manchester melawat Kak Ju (colleague di FSG), aku pun mengambil kesempatan untuk makan di salah sebuah restoran halal yang agak Glamour di Manchester iaitu Al-Jazeera / Jazera di area Rusholme. Restoran ni merupakan antara restoran yang menyediakan hidangan timur tengah, dan terletak di 22, Wilmslow Road, Rusholme. Di jalan Wilmslow Road ni, memang penuh dengan restoran-restoran makanan halal sehingga kawasan tersebut dikenali sebagai “Curry Mile”.
Aku order Qabily Pillow, nasi dengan kambing yang berharga £6.20.
Dude pulak order Half Chicken Al-Faham. Yang ni pula berharga £5.50.
Untuk hidangan ayam ada yang Al-Faham ni atau roasted biasa. Bezanya si waitress tu kata, Al-Faham ni pedas sikit.
Biasalah, kalau kedai-kedai Arab ni mesti ada bagi salad dengan sos2 dia.
Kalau ikutkan Dude yang tengah lapar dan merindui Nasi Arab, dia komen, sedap je. Bagi aku pun, okay je. Portion yang besar. Memang kenyang la. Tapi kalau nak banding dengan Restoran Saba’ di Cyberjaya tu, memang Saba’ tetap di hati la. Tapi bersyukur la dapat makan ni, at least terlepas juga rindu nak makan Nasi Arab selepas muak asyik makan Calzone, Nasi Beriani dan Nasi Pilau dengan lauk-lauk india/Pakistan je di Edinburgh (sedap je sebenarnya & banyak pilihan, tapi kalau jenis itu je yang boleh di makan, bosan juga..hihi).
InsyaAllah, kalau ada rezeki turun Manchester lagi, nak cuba kedai Nasi Arab yang lain pulak. Memang makan je aku fikir kalau pergi jalan-jalan. Hehehehe.
Later! (^_^)
Amboihhh…. meriah gak makanan tu….puas hati bayar makanan ( setelah diconvert ) tapi citer la pulak macam uols menjalani ibadah puasa….dengar kata sampai 15jam yea….sahur macam mana ? ada buat moreh ke kat sana…. hehehehe….Citer tau !!!
hazman aka species1980 recently posted..Jom Berbuka Puasa di Restoran Fish & Co. Malaysia
Sila la jangan convert bang man… hehehe
tu la..memang nak cerita…next entry eh… hehehe
nadot recently posted..Makan malam di Al-Jazeera, Manchester
sedapnya…nak plak nasi arab kambing..yum..yum
wynn78 recently posted..KARNIVAL UDARA RC AEROMODELLING PERAK 2014
kat Malaysia banyak restoran jual nasi arab..jeles pulak rasanye… hihi
nadot recently posted..Makan malam di Al-Jazeera, Manchester
fuhh..
kecik betul portion ko. Tak adil sungguh nih..
titan recently posted..Seronok betul korang COPY dan PASTE, kan?
hahahaha…
sebelum pergi sini kawan kata 1 pinggan ni boleh makan 2 orang… tipu je aku rasa, elok habis makan sorang… hoho
nadot recently posted..Makan malam di Al-Jazeera, Manchester
hang kuat makan rupanya.
barulah aku tahu nih..
demm..
indah khabar dari rupa nih..
titan recently posted..Buffet Ramadhan Casa Ombak – 8 Sebab aku dan bini kena CUBA.
Wow! Ini mengancam. Haha. Besar portion dia. Kempunan nasi arab la pulak. Huhu
NotaKembara recently posted..Kembara Tasmania 2014 â Part 4 (Akhir): Hari Terakhir di Tasmania
agak besar… tp boleh habis sorang dengan mudahnya..hohoh
nadot recently posted..Makan malam di Al-Jazeera, Manchester
Bestnya duduk dekat UK. Harga pon okay kalau convert. Kalau Qibly Pillow baru dalam RM20++ macam dekat Malaysia je… Paling best baju baju diorang sana.. Murah-murah…Nadot boleh kirim tak? Hahahahha
Qashmere recently posted..Iftar Hari Kedua Bulan Ramadhan 2014
Insyaallah satu hari rezeki pasti tiba
Mazni Azmi recently posted..Set Bersalin Shaklee Lengkap Untuk Asas Pengalaman Berpantang Terbaik?
Waaaa Mazni Azmi pun ada kat blog kawan saya ni
salam kenal Mazni Azmi 🙂
Shaklee recently posted..Monolog Seorang Hamba
waaah kak dot sampai ke manchester dia review makanan. daebak!
jue a recently posted..13 going to 30?
Waahh
sedapnya nadottt
lama tak blogwalking sejak sebelum puasa haritu
selamat berpuasa nadot
u bagi alamat i nak pos something
Shaklee recently posted..Monolog Seorang Hamba
Lama betul dah tak makan nasi arab. Nama kedai ni macam ada kat Malaysia di Nilai.
Bahrain recently posted..Takziah Buat Keluarga Mangsa MH17
oh..ye ke..tak pernah tau kat Malaysia pun ada nama kedai al-jazeera….
nadot recently posted..Sambutan Ulangtahun Perkahwinan di Nanyang Restaurant, Edinburgh
wahh..
teringin nak pergi manchester. bilalah ada peluang agaknya.
Spa Ampang recently posted..4 Cawangan Popular Spa Aishah Radhiah
InsyaAllah, ada peluang rezeki nanti tu 🙂
ayam tu nampak macam best je. hohoo
Hafiz Rahim recently posted..Iftar Bersama Eden Catering Di TMCC
comel kaki ..wuu wuuu
syaifuddin alias recently posted..Azizulhasni Awang Berdepan Tindakan Oleh Komanwel
Atamanya kelihatan sedap gila..
luthfi recently posted..Perbaikan Kulit Malam Hari