Sambutan Ulangtahun Perkahwinan di Nanyang Restaurant, Edinburgh

Pertama sekali, tak perlu wish ‘Happy Anniversary” ke apa sebab kejadian ni berlaku pada bulan Januari. Hehehe.

Alhamdulillah, aku dan Dude diberi rezeki untuk menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke 4 di Edinburgh pada 29 Januari lepas. Ye, dah sangat lama masa berlalu, baru aku nak tulis entry. Dah lama nak tulis tapi tak tertulis-tulis. Tapi, dok tengah lapar berpuasa selama 19 jam ni dan tunggu waktu berbuka puasa yang tak kunjung tiba, fikiran aku melayang-layang kepada makanan-makanan di Nanyang Restaurant di Edinburgh ni yang aku baru pergi 2 kali selama aku kat sini. Tak mampu pergi selalu sebab harga makanan kategori tinggi sikit compare to restoran-restoran Pakistan/India/Turki yang banyak dekat sini. Bila teringin masakan Malaysia yang agak tak berapa nak terer bila masak, baru boleh pergi. 🙂

So, dalam entri ni, aku gabungkan terus menu-menu yang kitorang makan dalam both visits. Best woo ;p

Nanyang Restaurant, Edinburgh

Kalau menurut website Nanyang Restaurant ni, diorang menggambarkan restoran ni:

is an original Malaysian Restaurant in Edinburgh, the capital of Scotland. We are not only providing the best and original Malaysian flavor but also making you feel very comfortable by our top class services

Yang bagusnya, makanan di sini semua halal kecuali masakan ITIK sebab katanya tak ada supplier itik halal di Edinburgh.

Sambutan ulang tahun kitorang kali ni jugalah yang terpantas pernah kitorang sambut. Habis makan, terus balik. Maklumlah, kena bawak anak-anak sekali. Kalau kat Malaysia dulu, boleh la tinggalkan anak-anak kat bibik kejap, so boleh la sambil makan-makan mengimbau nostalgia pertemuan kali pertama, bergaduh kali pertama, dating kali pertama dan lain-lain, chewah! ;p

Kali ni takde dah, baru nak berbual sikit dengan Dude, Nawfal bising nak itu ini, adik mintak dukung dll. Geram Comel je rasa. Hehehe.

Masa ni Nazheef baru 3 bulan lebih 🙂

Untuk malam Anniversary tu, kami order nasi putih dengan lauk pauk. Sebab tu baru hampir 2 bulan kitorang sampai sini. Masing-masing pun tak berapa rajin dan reti nak masak lagi. Sampai Dude sangat rindu nak makan lauk-lauk biasa. So, kitorang order:

Ayam Masak Merah & Sambal Mussels

Rasa ayam masak merah tu, not bad. Macam dekat Malaysia juga. Kira boleh la buat hilang rindu kitorang yang masih home sick masa ni. Harga sepinggan £9.95. Tapi memang portion 2-3 orang pun boleh.

Yang Sambal Mussels tu, rasa dia pun sedap je. Cuma bagi aku terlebih masak tu yang nampak warna hitam sikit tu dan agak kering. Kalau basah dan merah sikit, memang marvellous la. Yang ni pulak harga £11.95 sepinggan, pun portion yang boleh makan 2 orang punya.

Tom Yam Goong

Nak ada kuah-kuah sikit, kitorang order juga Tom Yam Goong ni yang berharga £4.95 . Sedap, pedas dan pekat! I like.

Dim Sum Siew Mai

Macam biasa, kalau makan luar, harusla aku akan order side dish juga. Hidup tak lengkap tanpa side dish. Hehe. Aku order Dim Sum Siew Mai – £4.20 & Prawn Cracker untuk Nawfal – £2.00. Yang Siew Mai tu sedap je, aku memang suka dim sum. Tapi tak ada sos special dia yang cam biasa tu (plum sauce ke?), so dia bagi kicap cair. Mana la reti makan dengan kicap cair. Sos cili takpa jugak. Tapi makan je gitu, sedap!

Kali kedua kitorang pergi ke Nanyang Restaurant, aku sangat suka semua apa yang kitorang order. Aku order:

Hainanese Chicken Rice

Aku memang sangat suka nasi ayam. Antara makanan favourite aku la kiranya. Time ni Dude tak belajar buat lagi (aku taknak buat sendiri.. hehe), so aku pun orderla Hainanese Chicken Rice yang berharga £10.95. Agak mahal, tapi portion ayam dia agak melampau banyaknya dan besarnya. Tapi nasi tak cukup sebab kena share dengan Nawfal yang suka juga nasi ayam ni. Hehehe. Sedap ar. Aku suka je. Tapi sebab Dude dah terer buat nasi ayam, kena la buang duit beli yang kitorang tak reti nak masak je. Kena save duit… huhuhu..

Nasi Lemak

Dude pulak order nasi lemak yang sama harga macam nasi ayam. Time ni aku pun tak ambik lagi resepi dari mak tak silap. Kalau dah ambik pun, tak terbuat lagi. Hehehe. Siap bagi dua ketul ayam & kuah kari lagi. Sambal dia, bagi kitorang sedap jugak. Aku memang tak berapa nak reti buat sambal nasi lemak sedap. So yang ni memang kena la dengan tekak kitorang.

Salt & Chili Pepper Soft Shell Crab

Kalau pergi kedai masakan Cina dekat Malaysia, mesti aku akan order soft shell crab. So dekat sini, aku order la juga. Sedapppp… Yang ni aku memang suka gila…. Sesetengah restoran kat Malaysia, bila goreng diorang akan letak daun kari yang banyak yang kadang-kadang menenggelamkan rasa soft shell crab ni. Yang ni tak letak daun kari, tepung dia guna pun jenis sedap, so sangat suka! Yang ni diconsidered as appertizer, harganya £5.95.

Enche Kabin

Untuk Nawfal yang sangat cerewet makan, kitorang orderkan Enche Kabin, ayam goreng nyonya style – £4.95. Banyak juga Nawfal makan. Kalau Nawfal makan banyak tu, maksudnya not bad la tu, sedap juga. Tapi of course aku juga yang habiskan… Heheehe..

Teringin nak pergi lagi. Tapi macam tahun depan je nampaknya. Pitih tak berapa nak cukup. Huhuhu. Semoga ada rezeki lebih sikit nanti, Amiinnn…

Kalau korang berkesempatan datang UK, singgahla Edinburgh. Nanti aku bawak makan sini, tapi korang belanja. Ok? Hohohoho.

Kesayangans!

Later! 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Comments

  1. Spa Ampang July 20, 2014
  2. Bahrain July 20, 2014
    • nadot July 21, 2014
  3. sweetkurma July 20, 2014
  4. akubiomed July 21, 2014
  5. Shaklee July 22, 2014
    • nadot July 24, 2014
  6. ajue July 22, 2014
    • nadot July 24, 2014
  7. Mazni Azmi July 23, 2014
  8. Aimi shaklee July 23, 2014
  9. Hafiz Rahim July 24, 2014
    • nadot July 24, 2014
  10. Hazmin Hamudin July 24, 2014
    • nadot July 24, 2014
  11. syaifuddin alias July 26, 2014
  12. Hero Borneo July 28, 2014
  13. nord September 13, 2014
  14. luthfi September 27, 2014
  15. Khadeejah Hasmad October 17, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·