Food Court Arena 1 Utama Banyak Pilihan

Semenjak aku tinggal di kuarters Putrajaya, agak jarang dah aku ke 1 Utama. Kalau mase tinggal di Menjalara dulu, at least seminggu sekali kot aku pergi OU tempat tumpah darahku. Hohoho

So, Sabtu baru ni, kitorang bawak Cik Wati balik rumah mak untuk tolong kemas2 & buat kerje sket, mak ajak pergi OU sebab nak beli barang-barang Afiq yang nak dihantar ke RMC petang tu.

Lepas diorang shopping2, kitorang pun membuat aktiviti kegemaran aku, iaitu, MAKAN! haha.

Kalau datang dengan parents je, mesti makan food court Arena sebab dekat situ je ade makanan diorang. Mak akan order nasi goreng Cina, wajib! Ayah ganti2 jugak la tapi hari Sabtu ni, ayah makan roti canai je. Tak sempat ambik gambar makanan diorang.

Aku harusla nak try benda yang aku belum pernah try. So, aku pun ambiklah:

Dried Chili Pan Mee – RM8.75

Boleh tahan gak rasenye. Set dia termasuk sekali dengan sup yang sepatutnye diletak sayur hijau. Tapi sebagai seorang “Maging” (pemakan daging), aku request utk tidak letak sayur tu. hohoho.. Dalam pan mee ni, ade daging cincang dengan ala2 keropok yg rangup. Dude suke pan mee ni. so, kalau dude yg cerewet tu suke, sedap la gak maksudnye. Hehehe

Dan again, seperti biase, aku tidak akan puas tanpa membeli side order. So, kali ni aku try:

Meat Ball 6 pieces

Lupe sebenarnye harga berapa. Tapi agak hampir la dengan Pan Mee tu. Side dish hampir same harge dgn main dish. Nampak sangat bukan side dish sebenarnye.. kire aku tamak order 2 jenis makanan la eh? Dem! hoho

Anyway,ย  meatball ni biase2 saje bagi aku. Tak boleh lawan meatball Ikea mahupun William’s mahupun di Anggerik Terrace Coffee House, hotel UiTM. hehehe.

Dude pulak order:

Mixed Grill – RM21.20

Untuk set ni, ada sekeping lamb chop, grilled chicken, sebiji hotdog, sekeping chicken ham ‘kot’, fries & mixed vege. Rase dia bagi aku, ok je la. Boleh gak la nak repeat order bile datang lagi kalau rase tak tau sangat nak makan ape.

Kak Cik pulak order:

Mihun Sup

Ni mihun sup tumis, bukan yang dah sedia ade supnye mcm kat pasar2 or ani sup utara. Siap ade sotong lagi mihun sup ni. Yang menjadikan sedap sebab care Kakcik makan -letak sambal belacan yang gerai Tom Yam tu sediakan. serius menarik gak rase dia letak belacan tu. Harga, lupe nak tanye kakcik. Hehehe.

Lepas makan, layan Adam & Nawfal main2 dekat ‘Molly Fantasy’ – indoor entertainment betul-betul sebelah food court tu. Seronok diorang walaupun muke Nawfal agak sememeh sebab baru bgn tido. Hehe.

So, later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Comments

  1. sweetkurma October 17, 2012
  2. Melastik Bintang October 17, 2012
  3. abangensem October 17, 2012
  4. ANuar October 17, 2012
  5. samdaddycool October 17, 2012
  6. ctsueraya October 17, 2012
    • nadot October 17, 2012
  7. Hazmin Hamudin October 17, 2012
  8. Hafizul October 17, 2012
  9. Nurul October 17, 2012
  10. hazman aka species1980 October 17, 2012
    • nadot October 17, 2012
  11. Aaron Aziz October 17, 2012
  12. Eizil October 18, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin ยท Log out ยท Entries RSS ยท Comments RSS ยท