Dua bulan lepas ada aku post entry berkenaan D’ Arab Cafe di Shah Alam yang aku pergi makan sebab kempunan teringin nak makan nasi arab di Restoran Saba, Cyberjaya. Setelah lama aku menahan kempunan tu, bila Dude balik satu weekend ni, aku pun goda-goda lah Dude ajak dia bawak aku makan situ. hahaha
Sebab kitorang datang tu baru nak mula lunch, memang ramai la.. Nasib baik ade gak satu tempat kat dalam…Ada la beberapa tempat kat luar lagi…tapi aku puteri lilin…maka nak duduk dalam jugak!..hehe
Ni la apa aku & Dude order:
NAk tau apa adalam alumunium foil tu? Jap jap aku bukak.. ;p
Ha!..ni la dia yang Dude order:
Hanith Chicken – RM12
Aku plak order:
Hanith Lamb – RM17
MEmang aku punya slalu nak mahal je dari Dude…hehehe
Kitorang kalau datang sini memang sangat suka order masakan jenis Hanith instead of Kabsah dan Mandi. Hanith ni dia kukus dalam aluminium foil atas arang yang dah diletakkan dengan lebih dari 10 jenis herba dan rempah ratus. Acecececece. Menu kat Saba yang kata cenggini, aku translate kan aje… hoho
Tapi siyes ar lembut gilee.. MEmang aku sangat suka nasi arab sini.. Nasi dia sedap.. Sambal tomato dia tu memang aku akan mintak dua bekas sebab aku sangat suka.. Walaupun portion dia agak besar, tapi tetap aku boleh habis makan sorang. hehehe
Side dish pulak, aku cube ambik yang tak berapa nak mahal mase ni, aku pun ambik la:
Lamb Soup – RM5
Aku tau aku dah order Hanith Lamb, tapi aku order lagi Soup Lamb.. Siyes mase ni aku memang tengah mengidam tanpa pregnant gile lamb. Memang kene cek darah bulan depan ni..haishh..
Anyway, ni first time aku makan sup anak biri-biri. Sedapp wooo.. Aku suke la kesimpulan dia… tak hanyir, rase rempah yang sedang-sedang je (aku x suke sup pekat sangat dgn rempah yang banyak).. Best best.. Boleh order lagi kalau aku tak order Hanith lamb..hehe
Aku selalunye order jugak chocolate puding (RM5) kalau datang sini. Tapi hari tu dah terlebih kenyang pulak. Suke gile dengan chocolate puding dia yang diletakkan kelapa parut kat atas dia. Dude tak suka, sebab tekstur dia yang lembik – ala2 dadih melayu yang lembik sket tu… Tapi aku sangat suke! hehehe
So, kalau korang nak makan sini, sila la ye calling-calling aku untuk belanja aku k.. hoho
Later! ;p
Sambal tomato memang best laa..dan nasik dia tu memang just nice….cuma tunggu orang putrajaya belanja la yea….
hazman aka species1980 recently posted..Promosi Grand Dorsett Subang Barbecue Delights
Belum pernah cuba nasi arab di cyberjaya..lepas abis study MMU..dah beberapa tahun kemudian baru dia bukak..ehheh
ramai jugak kata sedap makanannya. kalau ke kl nak ke cyberjaya tu mcm pk 24 kali je..haha
Mummy Akmar recently posted..iPhone 5 Gadget Impian
wah tempat ni mmg wajib bawak kalau sedara-mara dtg KL..
Adam Dzirhan recently posted..Duit 8 Ribu Menjadi Hak Abadi
perghhh, sedap nih,
Juan recently posted..Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia Untuk KWSP
mak aih byknya nasik..huhu
Jebeng Otai™ recently posted..Wordless Wednesday : Syma
Nampak cam best hanith lamb tu… jom jom… kita gi putrajaya… 😀
Eizil recently posted..Bereksperimen dengan WordPress dan LEMP server.
Kelmarin baru je datang sini. Memang terbaik.. Hehe.. Kalau perut tengah kosong lagi tak ingat dunia makan.
Hazmin Hamudin recently posted..Akhirnya Harimau Malaya Bangun Dari Tidur
banyak nya nasi dia. sepinggan tu macam kena dua orang je habiskan
sampai gak kak nadot ke saba akhirnya…..hartue sue siap bawak keluarga 4 kete dtg sini…wakakakaaaa..murah+ sedap= worth it
skang dh ada yang dekat sikit kat dataran jelatek
suraya recently posted..Cintaku tertinggal di Bejing Part 1 Version 2
Wah.. Bestnya.. Teringinlah nak makan dekat sini.. Tak dapat nak tengok gambar chocolate puding yang Nadot selalu makan tu… Mesti menarik dan sedap rasanya.. 😉
Anuar recently posted..WW : Senarai Homestay di Perak
Geram je tengok balutan aluminimum foil tu…
samdaddycool recently posted..Jom join Contest Giveaway hujung tahun 2012
nasi dengan peha ayam tu biasanya kalau dekat saudi lebih kurang 15rial boleh makan 2 orang
onlajer recently posted..3 Blog Pilihan Terbaik
makcik ni kuat betul makannya..hehe
titan recently posted..Sana contest, sinipun contest..
azue pun suker mkn kat SABA nie…memang terbaekk Nasi Arab Dier…suker jugak custard pudding dier…sgt sedapp…
azue recently posted..JJCM – MEE REBUS TAPAH- IPOH – PERAK