Wadi Hana Islamic Kitchen Bangi Banyak Pilihan

Walaupun aku tinggal di Putrajaya, bersebelahan je dengan Bangi, tapi memang sangat lah jarangnya pergi Bangi untuk makan-makan walaupun tahu Bnagi, area Melayu yang sangat penuh dengan tempat makan. So, satu hari tu, aku & Dude cuti, dan teringin nak jalan-jalan cari makan dekat Bangi. Lepas google-google dan tanya pendapat Mau, kitorang decide untuk cuba makan di Wadi Hana Islamic Kitchen di Seksyen 9, Bangi.

Antara sebab aku consider untuk makan sini sebab daripada sumber online, restoran ni serve banyak pilihan makanan dari melayu, western, dan terbaru, Jepun!. Masa ni aku tengah confuse, teringin nak makan Japanese Food dan pada masa yang sama nak spaghetti (nampak tak ketamakkan yang over di situ?;p), so bila baca review dan dapat tahu Wadi Hana serve macam-macam, maka kitorang terjah la restoran ni.

Sebab tengah lapar dan tamak gila, banyak gak yang aku kitorang order. Dude ambik:

Salmon & Lamb – RM26.90

Not bad juga. Harga agak mahal yang boleh diterima juga sebab ada both lamb dan salmon.

Untuk main dish, aku pulak order:

Aglio Olio Seafood – RM15.90

Aku awal-awal confuse nak ambik marinara atau lain-lain. Tapi waiter mati-mati yakinkan aku untuk try Aglio Olio. Sebab kesian kat dia, aku order la Aglio Olio ni.

Hooo Maaii Gawwdd… Sedap gila wa cakap lu. Serius, ini memang sangat kena dengan taste aku. Memang aku suka gila. Cuma aku lagi suka kalau spaghetti nya dibanyakkan lagi sebab aku tak puas gila makan. Hohhoho. Kalau datang sini, rasanya aku akan order lagi Aglio Olio ni 4 pinggan kot. Hahaha. Serius ah suka 😉

Untuk Nawfal pulak, kami orderkan:

Bubur Nasi – RM5.90

Maaf gambar diambil lepas letak kicap. Terlupa nak snap. Hehehe. Bubur kosong ni diserve dengan lauk ikan bilis + cendawan + telur masin + sambal kicap.

Kalau untuk aku, aku rasa, ok je la kot. Tapi kalau untuk Nawfal, agak susah  sikit. Sebabnya, bubur nasinya memang tawar betul. Perlu dimasinkan dengan lauk-lauk yang disediakan yang agak susah juga untuk cari tahap kemasinan yang sesuai dengan Nawfal. Kalau letak lauk je, still kurang masin, kena tambah dengan telur masin baru ok. Tapi Nawfal tak berapa suka telur masin.

Jadi, aku sangatla suka kalau diorang dapat bubur ni sedia ada ‘rasa’ yang boleh je dimakan gitu terus cam bubur ayam KFC tu. Hehehe.

Sebab teringin makanan Jepun juga, aku kitorang order:

Ebi Tempura (6 pcs) – RM13.90

Rasanya boleh tahan, tapi aku lebih prefer tepung tempura kat kedai-kedai Sushi. Yang ni lain sikit, tpi ok je, dan cam biasa, habis je makan. Hehehe.

Lagi satu order:

Miso Soup – RM2.90

Ok jugak bagi aku. Rasa sama lah cam kedai-kedai Jepun lain. Harga pun tak la mahal compare to yang lain-lain tu. So kalau aku nak diet ‘suatu hari nanti’, boleh je la order Miso Soup ni 3 mangkuk. Hohoho

Sebenarnya Sindrom Kenadotan dah mula menyerang ni. Tu yang semalam tak tertulis entry. Cita-cita aku dari 2 minggu lepas  supaya at least ada satu entry seminggu berkecai di tengah jalan. Hohoho.

Tapi janganlah sebab tak buat entry sehari, korang tak nak tolong aku. Tolong je la undi blog ni bagi kategori ‘Favourite Foodie Blog’ untuk MSMW 2013. Perlu registerkan semua email yang korang ada (haha) dan aktifkan, lepas tu boleh login dan VOTE! Saaaaayaang korang! hahahaha…

Apapun, sempena Maulidur Rasul ni, sama-sama lah kita banyakkan berselawat dan semoga istiqamah untuk hari-hari seterusnya walaupun bukan Maulidur Rasul dah. In Sha Allah.. (^_^)

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 Comments

  1. Anuar January 24, 2013
    • nadot January 25, 2013
  2. mie January 24, 2013
  3. zila January 24, 2013
  4. pjaz January 24, 2013
  5. Arrazi January 24, 2013
    • nadot January 25, 2013
  6. titan January 24, 2013
  7. boni kacak January 24, 2013
  8. TehR January 24, 2013
    • nadot January 25, 2013
  9. ajumohit January 24, 2013
  10. Ummiaiman January 25, 2013
    • nadot January 25, 2013
  11. Nurul January 25, 2013
  12. KiD January 25, 2013
  13. Qashmere January 25, 2013
  14. hazman aka species1980 January 25, 2013
    • nadot January 25, 2013
  15. donnyien January 25, 2013
  16. Juan January 25, 2013
  17. papa mifz January 25, 2013
  18. syaifuddin alias January 28, 2013
  19. Papa-NtiQ June 20, 2014
  20. Shaklee July 15, 2014

Leave a Reply to nadot Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·