Jom Badminton Jom!

Masa duduk dengan parents sebelum pindah masuk balik kuarters kat Putrajaya ni, rajin jugak aku tempah court badminton main dengan Dude, Yah & Abang Peach or join Amal main di Sri Sinar. Tapi semenjak balik Putrajaya bulan 6, Then Dude ke kursus sampai akhir Disember lepas, memang takde la aku main apa-apa. Setakat Main Pok Amai-Amai dengan Nawfal untuk hilangkan 0.07 kalori ;p

Entah kenapa minggu ni tiba-tiba berkobar balik perasaan nak main badminton, mungkin sebab LCW menang hari tu kot…atau pun mungkin sebab Lin Dan tak main masa tu, so aku rindu gila kat dia.. Ehhh! 😉

So, dengan semangat waja, Dude pun book la court dekat Dewan Presint 8 hari Selasa dan Rabu baru ni. Aku war-warkan juga kat Facebook kot ada yang berminat nak join. Seronok pulak rasa bila junior masa sekolah rendah & menengah aku, si blogger, Ju-Are & hasben, Azmi sanggup turun dari Bangi dan join untuk kedua-dua hari tu. Yeay!

Kiri – 1st day, berpeluh gila. Kanan – 2nd day, steady dah, x peluh.. hohoho

Kalau main berdua dengan Dude, harus suara aku akan kedengaran satu dewan bebel kat Dude kalau Dude tak bagi shuttle kat tempat aku berdiri. Suka sangat main net tau. Op coz I tak larat nak kejar. Hohoho.

Ha!… nampak tak gaya aku yang cam sangat pro di atas. Time main badminton, panggil aku LinDot. Rasa ‘dekat’ sikit dengan Lin Dan yg hensem itu. Hohoho.

Tengok, bila aku main, Dude rilek je kat sebelah tu, tak payah buat apa-apa pun. Aku je yang kejar shuttle semua. Hebat kan? ;p

Dude main dengan Azmi

Minggu depan ni dah book untuk Hari Isnin & Khamis pukul 9-10pm. kot ada la yang dekat-dekat rasa nak main sekali, jemput la datang join eh. Meh Shakiddo meh! ;p

Beregu Campuran Paling Kelam Kabut (aku la tuu ;p)

Ok, nak tido. Takut tak terbangun pulak nak pergi SBB2013 petang esok. #Melampau. Hohoho.

Jumpa nanti InshaAllah.

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Comments

  1. Pingback: Jom Badminton Jom! | Nadot’s Words January 25, 2013
  2. titan January 25, 2013
  3. MK Kimi January 25, 2013
    • nadot January 25, 2013
  4. aqu mad January 25, 2013
    • nadot January 25, 2013
  5. Arrazi January 26, 2013
    • nadot January 28, 2013
  6. mie January 26, 2013
  7. ishy January 26, 2013
    • nadot January 28, 2013
  8. Orang Kampung January 27, 2013
    • nadot January 28, 2013
  9. KiD January 27, 2013
  10. hafizmd January 28, 2013
  11. syaifuddin alias January 28, 2013
  12. jue a January 29, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·