Semenjak mengandung, rasanya baru sekali kot makan di William’s Corner, Kelana Jaya. Ye la, dengan selera makan kurang & nak travel dari Putrajaya, of course malas. Kalau balik rumah mak pulak, walaupun dekat, tapi malas jugak. Hehehe..
Semenjak habis bulan puasa, rasanya aku memang tak masak dah. Biasa dude yang bungkuskan or delivery kadang-kadang. So balik semalam, Dude tanya banyak kali nak makan apa. Aku tak dapat nak jawab sebab even selera makan dah kembali, tapi, nak makan apa tu masih lagi susah nak fikir. Tanya dude nak makan apa, pun dia tak tau nak jawab.
Lepas tu, tiba-tiba aku teringat William’s, mulut ber air liur dah. Tanya Dude, pegi jauh ok ke. Dia tanya dekat mana?, aku jawab la William’s. Dude terus kata jom! Konfius jugak betul ke tak mamat tu. Jarang gila kot kitorg pergi makan jauh-jauh walaupun teringin sebab malas dan kedekut duit minyak. Hehehe.
So, sesampainya kat William’s, nasib baik parking senang dan tak berapa nak ramai orang lagi. Aku sebab memang dah kempunan Spaghetti Arabiata, antara makanan favourite aku kat sana, terus la order itu.
Dengan meatball yang dalam dia ade cheese yang besar2, kuah ala2 pedas dengan cili padi, daging slice yang sedap, portion yang sepatutnya makan 2-3 orang, memang marvellous gile ah. Tapi sebab perut aku dah menjadi kecik sebab berkongsi ruang dengan baby, aku tak mampu jadi macam dulu yang boleh habis terus. Walaupun Dude tolong makan gak, still tak habis, so bungkus la bawak balik untuk breakfast. Best best!
Dude pulak sampai-sampai, agak lama jugak dia nak fikir nak apa. Semua teringin. Last last Dude order:
yang ni pun kitorang biasa order gak. Macam makin besar lak portion aku tengokkan. Dengan ayam pandan yang agak besar juga, memang habis la Dude makan. Aku rasa sikit-sikit je sebab sendiri punya pun tak terhabis lagi.
Air memang aku akan ambik Bandung + Soda + Laici, sama macam yang aku pernah cerita dalam entry William’s Corner Kelana Jaya Memang Terbaik! Harga memang RM8 untuk gelas besar tu tak kire la air apa yang korang mintak, air buah kosong semata ke, herb soda ke, air yang dalam dia korang nak campur macam-macam ke… semua la…
Selalunya memang ini je yang kitorang akan ambik. Tak pernah ambik dessert ke apa. Tapi kali ni bawak Nawfal, dia pulak dah makan nasi, so terfikir nak bagi dia ala-ala banana split. Tanya kat William, dia kata ada dessert Banana Caramel. Tak pernah try, tapi kitorang order je la.
Nampak tak betapa banyaknye potongan strawberry kat atas tu. Memang tak kedekut betul. Pastu ada aiskrim vanila mungkin 3 scoop atas banana yang manis. Letak pulak chocolate & caramel sauce. Gile ar menarik. Nawfal pulak takde mood nak makan, minum air je, terpaksa la aku makan banyak benda ni (Owhh.. baru terfikir, patutla aku tak dapat habiskan spaghetti arabiata tu.. huhuhu). Tapi serius, memang ok la rase dia. Portion untuk dessert pun melampau. Memang best ah.
Lepas makan, ingat nak singgah rumah mak, tapi macam patah balik & Nawfal pun dah ngantuk, so balik la Putrajaya terus dengan perasaan riang, gembira dan kenyang gila. hohohho.
Later! 😉
Assalamualaikum kak nadot. lama gila sheila tak masuk Williams Corner! last 2 years. sampai sekarang malas nak ajak suami sebab jauh ohhh. tapi rasa-rasa macam nak cuba ajak suami la. lepas gian makan portion besar. mantap perut kannnnnn 🙂
Sheila Salim recently posted..Prawn Macaroni Cheese – Secret Recipe
waalaikumsalam….
lame dah tu 2 yrs.. ape lagi… malam ni jugak sheila pergi terjah ok… hohoho
nadot recently posted..Kempunan William’s Corner Lagi
Masyaallah! terliur betul-betul tengok gambar makanan kat atas tu…nak cuba rasa lepas ni kat situ. TQ
Mohd Shubhi recently posted..Bagaimana tulis iklan yang berkesan #2
wajib rase… hehehe
nadot recently posted..Kempunan William’s Corner Lagi
big portion la..tak kedekut..barulah best nak makan,hehe
luqmanzakaria recently posted..Antara yang menarik dan TERBARU di LEGOLAND Malaysia – Kemunculan Lego Star Wars –
tu la sanggup pergi tu… walaupun mahal sket.. skali skale je.. puas makan!.. hihi
nadot recently posted..Kempunan William’s Corner Lagi
selain hazman..blog ko ni la yang aku suka baca kalau cite bab makan. haha..
titan recently posted..Malaysia tewas dengan China (0-2) semalam.
Kalau pompuan memang Nadot pun boleh jadi foodblogger sebenarnya sebab selera makan pun dasat
hazman aka species1980 recently posted..HAZMAN vs FOOD – Mee Jawa Restaurant PUBLIKA
haha..gua tak cakap aaa…orang lain yang cakap..
titan recently posted..Tempahan qurban sempena musim raya haji 2013 – eQurban.com
hik hik hik.. nak insap dah la abg man… hohoho
nadot recently posted..Kempunan William’s Corner Lagi
sbb bile makan je aku ada ‘jiwa’… hahaha
nadot recently posted..Kempunan William’s Corner Lagi
alamakkk…lama jugak azue x mkn williams nie…skrg nie mls betul nak keluar mlm2…teringat2 cheese nan dier..mantappp…bebbb
azue recently posted..JJCM – GARDEN LIFESTYLE CAFE – ALAMANDA – PUTRAJAYA
tu la…lame jugak tinggal…tp dah kempunan sangat… tu yg sanggup gak redah ke sane.. hehe
nadot recently posted..Kempunan William’s Corner Lagi
Mmm..tak baik buat ku terliur..huhu
chot recently posted..Movie Marathon
Nice…. skang nie kena cari member yang KUAT MAKAN untuk terjah Williams… tapi next time nak pegi kat MURNI pulak laa…..
hazman aka species1980 recently posted..HAZMAN vs FOOD – Mee Jawa Restaurant PUBLIKA
Hehe..terbaiklah kak nad..bak sini sikit..nampak mcm sedap aje..
Hafizul recently posted..Cakna
wow harga makanan kat situ boleh tahan mahal juga yer , tapi kalau sedap apa salahnya sekali sekala kan…;)
papa mifz recently posted..Pentingnya Kebersihan Tandas Awam
Baru tengok gambar, sure it taste memang osem 🙂
Izzuddin Fauzi recently posted..Resepi Burger Bakar
uikkssss…sedapnya…. meleleh air liur tengok….
zie fauzi recently posted..Anak Maut Depan Mata
kat william ni makanan memang sedap2..last makan hari tu lasagna..sedap dan banyak..sampai nak muntah paksa makan sampai habis..hahaha
hafizrahim recently posted..Penyelesaian Bila Data Plan DiGi Habis Guna
tengok gambar saja cukup memukau huhu 🙂
Khairul Zamri recently posted..Tukar Sim Card Kepada Micro Sim
best laaah… makan sedap-sedap yea… nanti berpantang pulak..
KiD recently posted..Mahkota Songket Shah Alam
Seronoknya bila mengandung berselera terbuka pula. 🙂
akubiomed recently posted..Inspirasi Shaheizy Sam dengan sumbang idea lirik single baru beliau
nice one kak dot! nampak macam sedap je..
jue a recently posted..nightmare seorang postgrad #2
pergh!! menu diaaaaaa…memang menyelerakan!!!
Tajuk ni rasanya perlu diedit semula. ni bukan kempunan lagi ni. Ni dah melantak. haha
Hazmin Hamudin recently posted..Jangan Nak Monday Blues Sangat
Adoiyaiiii..terlionya tgk makanan2 ni semua! Perkhhh..mau diorder penuh meja kalo ada rejeki jejak kaki ke sana ni kang!!
banyak giler ko makan, hehehe
Juan recently posted..Cara Menarik Trafik ke Blog Baru
perrrggghhh.. tgk gambar dah tau best!!!
sohoque recently posted..Niche Blog Jangan Terlalu Luas