Aroma Ikan Bakar, Jeram, Kuala Selangor

Entry ni dah tertangguh lama dah. Apesal tah malas nak tulis. Tp sebab takde idea nak hapdate ape lg, baru teringat kene pos entry ni..hehe

Previously, aku ada post tentang kitorang punye unplanned trip ke Kuala Selangor untuk satu malam je semate nak tengok kelip-kelip. Lepas tengok kelip2 kat Kg Kuantan, terus kontek Abang Ngah Hassan (suami angah Zura, anak Mak Lang) yg kebetulan balik kampung hujung minggu tu kat Jeram. Ingat nak mintak tunjuk jalan je ke tempat makan sedap, tp abang ngah & angah Zura baik layan kitorang n bawak kitorang makan kat Aroma Ikan Bakar.

Kalau ikutkan pembacaan aku, nak makan sini kene book specially weekend cuti sekolah mcm yg aku pegi itu hari la. Tapi maybe sebab kitorang pegi pukul 10 mlm, ade la tempat kosong jugak… Orang mkn awal2, yang nak menaikkan berat badan je makan lambat..heheh

 

Untuk kitorang berempat, aku orderkan:

  1. Sotong goreng tepung : Seriously aku suke gile sotong goreng tepung sini. Sotong besar & segar. Tp tepung nye tu, mcm lain je dari gerai2 bese2 yg slalu makan kat KL ni… so aku sangat suke!
  2. Jenahak Tiga Rasa : Pun seriously sangat sedaaaaapppp… mmg highly recommended untuk siapa yg selere mcm aku. heheh
  3. Cencaru Bakar : Aku lupe nak rase, kenyang sangat. Ada bawak balik apartment seekor sbb x dapat habis. Tp ended up tinggalkan je dalam fridge esok paginye…huhu.
  4. Chili Crab: Aku dah try beberapa restoran untuk ketam masak cili ni. Tapi satu restoran pun takde yg betul2 menarik minat aku. Bukanla kate tak sedap, tapi bukan taste aku kot chili crab ni. Sebab cara masak dia mmg letak daun kari sket. Aku dgn kari plak, xde la rapat sangat. Suam-suam kuku je perhubungan kitorang. Tu yg bg aku biase je. Tp aku gak yg menghabiskan ketam tu…hohoho
  5. Pari Bakar : Rase mcm pari yg dibakar la…hehehe…ok je la..mcm biase..cicah dgn chili n kicap yg disediakan, sedap je… Tp xde la luar biase sgt…
  6. Kailan ikan masin: Pun normal la…boleh je order lagi..rase mcm tempat lain jugak… =)

 

Total harga untuk makanan kitorang ni adalah RM127 termasuk dengan air tembikai laici satu jag, air epal, dgn 2 jenis air lg.., di mana bagi aku & Dude adalah agak murah untuk makan berempat & siap x habis lagi walaupun ada aku sebagai ikan bandaraya… hohoho

Overall verdict: Baloi, memang berbaloiii… Jemputla cuba! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

  1. eyriqazz July 3, 2012
  2. hazman aka species1980 July 3, 2012
    • nadot July 3, 2012
  3. Anuar July 4, 2012
    • nadot July 4, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·