Cake in Jar by Yus Great Idea

Waaahh.. hectic gile semalam sampai tak sempat nak bukak & update blog (bajet orang penting kononnn ;p).
Rase rindu plak sebab dah terbiase hari-hari update blog dalam bulan Julai. Baru ingat nak pecah rekod update hari2. Tak berjaya. Takpe..cube lagi bulan depan..heheh.

Anyway, dekat-dekat akhir minggu lepas, aku dalam keadaan ‘bendera merah’. Kali ketiga baru lepas melahirkan Nawfal (the first 10 months tak kene sbb bf baby tanpe campur fm).

So, bila aku uzur, memang selera, tak yah cakap la. Mengalahkan orang mengidam. Semua benda rasa  nak makan (Eh, bukan kalau tak uzur pun macam ni ke?..hohoho).

So masa tu, aku teringin gila nak makan kek. Bila blog walking, rase suke tengok orang jual ‘Cake in Jar’. Rase comel je diorang letak dalam jar. Nampak mcm lagi menyelerakan walaupun tahu rasa dia same je dengan kalau tak letak dalam jar. hoho.

Jadi, macam biase la, bile teringin sangat makan kek yang tak dijual dekat kedai kek mcm Secret Recipe etc, aku pasti akan meng’sms’ Yusra, pemilik blog Yus Great Idea, my official baker. heheheh. Budak comel ni junior mase skolah dulu, dan lepas tahu dia mmg buat dan jual kek, biskut & siap buat kelas lg mengajar baking, aku memang contact dia la kalau mengidam banyak benda, dan dengan baiknye, dia akan melayan permintaan aku yang over.

Contoh masa aku hampir bersalin dulu, aku mengidam gila biskut Almond London ‘tanpa almond’ (aku x berape minat kacang sangat), sanggup dia layankan dan buat…hehehe

Anyway, lepas aku dah order hari Rabu, yusra kata Jumaat boleh dapat dah, so aku singgah la ofis dia dekat MOF, putrajaya untuk ambik. Aku order sikit je, nak try…

RED VELVET CAKE WITH CREAM CHEESE & DOUBLE CHOCOLATE OREO CAKE

Nyum Nyum… 😉

So, kepada korang especially orang-orang Putrajaya, boleh la terjah blog Yus Great Idea untuk mengorder macam-macam jenis cake. Buat masa sekarang Cake in Jar ni boleh ditempah dengan harga promosi iaitu RM5 satu jar. Kalau takde promosi RM7 satu jar. So cepat-cepat lah order untuk memuaskan craving masing2..hoho.. Contact number & email ada disertakan pada sidebar dalam blog beliau.

Nak order tu, sebut-sebut lah sikit nama ‘Kak Nadot’ kot dapatlah aku free 4-5 jar… hohoho..

Later! 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

  1. Nurul July 30, 2012
  2. hazman aka species1980 July 30, 2012
  3. Diana July 30, 2012
    • nadot July 30, 2012
  4. sha July 30, 2012
  5. Myra Jay July 30, 2012
  6. puanbee July 30, 2012
    • nadot July 31, 2012
  7. Denaihati July 30, 2012
    • nadot July 31, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·