Yati Ayam Percik Seksyen 7 Shah Alam

Disebabkan jeles dan terliur dengan Abang Hazman yang dijemput makan free semasa majlis pembukaan Restoran Yati Ayam Percik di Seksyen 7 Shah Alam, aku & Kak Anum pun terjah la restoran tu untuk lunch minggu lepas. Agak berbelah bagi jugak masa nak masuk restoran ni sebab terletak bersebelahan je dengan restoran Western favourite aku, Big Brother. Tapi aku gagahkan jugak kaki untuk masuk ke Yati Ayam Percik. tukar selera. Hehehe

Bile masuk, first impression, kemas, luas dan ok gak ambience dalam restoran.

Sejurus selepas kitorang duduk (hehe), waiter datang bawak menu. Nasib baik pantas, aku lapar gile dah mase ni. So, setelah berfikir-fikir, Kak Anum order:

Nasi Kerabu Ikan Keli Percik – RM8.90

Sedap jugak. Lembut je isi ikan keli nye. Nasi semua ok. Best. 🙂

Aku pulak order:


Nasi Kerabu Ayam Percik – RM9.50

Disebabkan aku alergik dengan taugeh (hehehe), so aku request la sayur dia tanpa taugeh. Nasib baik diorang boleh buat. Extra mark di situ.. Hohoho.. Semua yang lain ok aje, tapi aku lagi suka kalau kuah percik dia lebih banyak, senang sikit nak gaul dengan nasik. Kalau sambal dia lagi pedas, lagi aku suke. Hoho

Lauk tambahan pulak, kami order:

Daging Bakar – RM5.90

KAlau ikutkan, aku suka je rasa daging bakar ni. Cukup rasa, rempah ratus untuk perap nye bagai. Cuma, aku rasa diorang potong kecik-kecik sangat dulu dan baru bakar, so dia jadi agak keras/liat la sikit kelilingnya. Ataupun mungkin la dia bakar besar tapi nipis, so bile potong dapat bahagian yang surface yang keras/liat tu juge. Tapi rase ok, aku suka kalau dapat rasa ke’juiciness’ daging tu kalau tak liat macam tu.Hehe

Tapi aku respect gak kat brader yang jaga cashier masa aku bayar tu. Maybe dia manager kot or orang pengurusan Yati Ayam Percik tu jugak kot. Dia tanya, ok ke makan? Aku pulak boleh pulak terkomen pasal daging tu. Tapi brader tu ok je dan terima je cadangan aku dan jawab ‘boleh,boleh’. Takut la jugak kot dia masam dan marah ke sebab suka hati komen kan.Nasib baik dia baik. Ni yang boleh je pergi lagi ni. Hehehe.

Lepas tu, kitorang pun ada order:

Keropok Lekor – RM3.30

Ha! Yang ni aku suka, both keropok dengan sos nya sekali. Untuk keropok, lain orang lain taste nya, ada yang suka ikan sangat banyak. Aku pulak tak berapa nak suka kalau ikan penuh sangat. So yang ini, sedang-sedang je tepung & ikan nya. Kira keropok leko taste aku la yang ni. Sos dia pun lain, aku tak pernah rasa lagi sos macam tu. Mungkin ada la kot jual mana-mana, tapi aku tak pernah terjumpa ke. Tapi, aku suka. Serius! 😉

Air kitorang order:

Aku order teh o ais limau yang berharga RM3.10, dan Kak Anum order sirap bandung cincau, RM3.50. Kan best kalau diorang sediakan je air soda kat restoran, so boleh la aku order air favourite aku, bandung soda (soda gembira). MAcam kat Jemari, even takde dalam menu, tapi aku boleh order air tu. Marvellous!. Hahaha

Tapi overall, menarik je makan kat Yati Ayam Percik ni. Sure aku akan pergi lagi lepas ni try menu lain pulak. hehehe

Later!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Comments

  1. arfahani December 28, 2012
  2. titan December 28, 2012
  3. abangensemsangat December 28, 2012
  4. hazman aka species1980 December 28, 2012
  5. Denaihati December 28, 2012
  6. hafizmd December 28, 2012
  7. syaifuddin alias December 28, 2012
  8. Wak Gelas™ December 28, 2012
  9. sweetkurma December 28, 2012
  10. onlajer December 28, 2012
  11. ohcikgu December 30, 2012
  12. Ladfe Amir December 31, 2012
  13. papa mifz January 1, 2013
  14. Malaysia Coin January 1, 2013
  15. syaifuddin alias January 1, 2013
  16. amirul syakirin January 2, 2013
  17. Hazmin Hamudin January 3, 2013

Leave a Reply to nadot Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·