Dim Sum Halal di Restoran Meisan Szechuan, Quality Hotel

Walaupun Selasa baru-baru ni adalah cuti umum untuk Selangor sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, aku dengan gigihnya pagi-pagi dari Putrajaya pergi ke office di Shah Alam. Semuanya semata-mata untuk berjumpa dan berbincang tentang data kajian dengan student final year yang keesokan hari nya akan present projek diorang.

Gigihkan aku?! ;p

Okay, Aku dah rasa bersalah sebab tipu. Memang aku ke Shah Alam jumpa student. Tapi itu pun sebab memang dah janji dengan Mau untuk lunch sama-sama sebab Mau ade meeting kat Shah Alam. So, alang-alang turun Shah Alam, jumpa la student kejap dah diorang nak sangat jumpa. Kalau Mau tak ajak makan, harus la aku masih terbongkang atas katil di hari cuti. Hahahaha. Makan tetap priority aku (^_^)

Disebabkan meeting Mau di Quality Hotel, kitorang decide untuk makan Bufet Dim Sum Halal di Restoran Meisan Szechuan yang terletak di Ground Floor. Last makan bufet dim sum ni sebelum aku lahirkan Nawfal lagi di Quality Hotel Kuala Lumpur. Gile lame daah..

Kitorang agak terkejut dengan cara hidangan kat sini. Kalau kat KL punye branch, sampai-sampai tu je, dalam lapar-lapar, terus ambik makanan yang memang dah terhidang… ye la..buffet style kan..

Tapi kat sini, diorang yang akan hidangkan dulu dalam beberapa mangkuk dim sum (ikut berapa kepala yg ade), beberapa pinggan makanan lain dan kalau nak boleh mintak lagi.

Mau yang cantik sikiiiitt je dari aku… Sikiitt sangatt.. hahaha
Ni tengah lapar gile ni tunggu waiter hantar makanan ke meje

Awal-awal agak tak puas hati sebab tegah lapar gile, lepas tu kene tunggu pulak waiter hantar makanan kat meje kitorang. Tapi lepas dah start makan dah sangat suka sebab tak perlu bangun nak pergi ambik banyak kali. Dah la aku memang semulajadi berat punggung, memang seronok ar. Kalau nak ape-ape, panggil je waiter n bagi tau la dim sum mane yg kite nak dan dia akan hantar. Makan & pesan la banyak mane pun korang suke.

Muka Puas Makanan Dah Sampai (^_^)

Banyak jugak bekas yang dihantar sampai kitorang tak terhabiskan. Tamak je lebih. Hehehe. Macam-macam jenis dim sum yang ada. Sedap gak kebanyakannya.

——

——

——

Harga ‘All You Can Eat’ ni, RM35. Disajikan dengan Jasmine Tea satu teko yang berharga RM5.17. Lepas tu tambah Service charge & govt tak jadilah total nya RM87.20. Quite pricey untuk makan selalu. Tapi sekali sekala, bagi aku tetap sangat berbaloi. Sebab aku memang suka dim sum, dan dim sum kat sini agak sedap-sedap dan boleh makan banyak-banyak. Puas wooo… ;p

Dah habis makan, sempat lagi aku mintak tolong waiter yang bernama Ariel untuk snap gambar aku & Mau.

Mau Si Kurus & Nadot Si…. πŸ™

Sebagai balasan, aku ambik la gambar Ariel jugak dan tepek sini.

Ariel yang baik melayan semua soalan aku yang banyak. Hahaha

Awal-awal Ariel cam segan, tapi posing baiiikk punyeee… Hohoho..

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 Comments

    • nadot December 16, 2012
  1. eyriqazz December 14, 2012
  2. Arrazi December 14, 2012
  3. Afifah Munirah December 14, 2012
  4. hatiputera December 14, 2012
    • nadot December 16, 2012
  5. hafizrahim December 14, 2012
  6. Myra Jay December 14, 2012
  7. budak felda December 14, 2012
  8. Denaihati December 14, 2012
    • nadot December 16, 2012
  9. Diana December 14, 2012
  10. Hazmin Hamudin December 14, 2012
  11. onlajer December 15, 2012
  12. sweetkurma December 15, 2012
    • nadot December 16, 2012
  13. Anarm December 15, 2012
  14. jal December 16, 2012
  15. Abdur December 18, 2012
  16. hazman aka species1980 December 18, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin Β· Log out Β· Entries RSS Β· Comments RSS Β·