Sesi Ngeteh Bersame Blogger-blogger Hebat

Hari Rabu lepas, aku berkesempatan mengjoin sesi mengeteh bersame blogger-blogger hebat abad ini untuk membincangkan masalah ekonomi negara Tanzania serta Trinidad dan Tobago. Kalau ikutkan sifat aku yang perempuan melayu terkahir ni, aku segan sebenarnye, so, aku bagi tau la si tukang ajak yang merasekan dirinya hensem walaupun orang lain tak beranggapan begitu, untuk mengajak Si Cantik Nurul.So bile Abang Ensem kate Nurul pegi, aku pun terpakse mengorbankan keseganan aku dan setuju untuk pergi. Hohoho.

Dengan kelam-kabutan menghantar Pinat ke KLIA, dengan tak pernah naik ERL dan dah lame gile tak naik train dan risau nak mampus takut salah tukar train dll, akhirnye pukul 7.40 pm aku sampai jugak ke NZ depan KLCC tu setelah menerime beberapa panggilan ‘caring’ dari AE. hohoho.

Serbe salah buat Nurul tunggu lame2 sorang-sorang je bunge di antara kumbang-kumbang yang bukannye boleh dipercaye sangat tu.. Seb baik tak jadi ape2…hohohoho..

Untuk yang memang sedia mengenali aku, diorang tahu aku memang ade problem untuk memilih nak makan ape dan akan berfikir 5 jam sebelum boleh decide especially di tempat baru yang aku belum pernah pegi. So sebab ni first time aku ke NZ, aku siyes tatau nak makan ape, tapi yang aku tau aku nak makan. Memikirkan yang semua makanan kitorang akan dipayung oleh AE, kepale ku mule mengeluarkan tanduk untuk meminte yang mahal-mahal. Hohoho. So, bile waiter sebut ape makanan yang ade, aku terus meminte lamb chop dan teh o ais (tu pun tiru orang lain sbb x leh pikir dalam kemengahan baru sampai tu).

Lamb Chop – ade sayur, mashed potato & roti

Mungkin sebab aku berniat jahat nak mengepow AE banyak2, dengan sedeynye aku x mampu habiskan Lamb Chop tu sebab tak menepati langsung cite rase aku. Mashed potato je aku habiskan. LAmb tu nak dekat separuh jugak la aku paksekan untuk telan, pastu give up, x mampu dah. ;p

Dah sambil dengar diorang borak-borak (aku diam je tak cakap ape. KAte perempuan melayu terakhir.. hohoho), aku cam tak puas hati sebab tak dapat puaskan napsu perut aku, so dengan bertanduknye, aku order pulak Maggi goreng takde sayur dengan ayam goreng bahagian thigh + air feveret, air tembikai laici. Dan kali ni, aku menyesal pulak sebab habiskan maggi goreng tu dengan lahapnye padahal dah makan hampir separuh lamb chop & habiskan mashed potato. Mesti AE menyesal nak ajak aku makan-makan dah. Please AE..jangan menyesal plizzzzz… (^_^)

(Seperti biase isik cerite yang related dengan tajuk entry di atas memang lambat lah nak jumpe sebab intro yg sgt mrepek & panjang ;p).

Anyway, adalah sangat honoured dapat berjumpa dengan blogger-blogger hebat seperti:

Bagai pinang dibelah duaploh lapan ;p

Abang Zarul Umbrella yang jambu (bak kate seorang kawan ;p). Agak-agak aku dah tolong puji, dia nak ambik aku tak jadi model video klip untuk lagu-lagu dia ke? hohoho

Bertuah juge dapat berjumpa dengan orang kacak iaitu Boni <–dia la kate dia kacak, orang lain kate ape, aku tak sure..hohoho. Dan si comel (bak kate kawan aku yang lain…hehehe) Ariff Shah.

Dapat jumpa jugak lagi dengan Si Kaki Lari – Aslam yang baik nak belanje rootbeer float, Si Cantik – Nurul yang baik juge (ampuunn Nurul sbb lambat gile.. hehe) dan Si Harimau Pemalu yang disayangi Nuffnang – Eyriqazz. (^_^)

First time dapat jumpa dengan blogger yang suke buat aku jeles mempamerkan check-check ribu riban, BE yang banyak-banyak, traffic yang menggile dalam blognye, Shakiddo. Lagi la rase segan lepas dapat jugak berjumpa dengan Personal Blogger Nombor 1 Malaysia, Abang Denaihati yang pemurah gile.

Last but not least, rase lagi suke dapat jumpa mamat kat bawah ni:

Sape lagi kalau bukan Abang Ensem. Ye la, mane tak suke, gile kaw-kaw aku pow dia makan malam tu sampai aku rase bersalah gile.. Tapi esoknye la baru rase bersalah tu datang. Mase tak ingat dunia main order je nak makan ape malam tu, takde pulak datang rase bersalah. Nape tah tak datang rase tu, konpius gak. Hohohoho..
(Ampunn bang..tak buat lagi…promise… kot.. hoho)

Suke jugak first time dapat jumpa dengan blogger-blogger yang tak sempat aku snap gambar diorang sebab balik awal macam Bro Framestone, Abg Jejai & Bean Moreno. Tak sempat nak borak sangat dengan mereke sebab mereke nampak hebat, jadi aku segan. Lagipun mcam aku kate tadi la, aku diam je sepanjang malam tu & dengar je diorang bercerite sebab segan. Sile percaye ye… (^_^)

Semoge ade lagi kesempatan untuk berjumpa lagi dengan mereka-mereka yang sangat hebat ni, InsyaAllah. Serius segan sebab aku paling tak hebat dikalangan diorang. Seb baik aku pandai kaver segan aku sampai nampak macam aku tak segan langsung. hohohoho.

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

37 Comments

  1. eyriqazz September 15, 2012
  2. Adam Dzirhan September 15, 2012
  3. akuzle ayu September 15, 2012
  4. KiD September 15, 2012
  5. Hazmin Hamudin September 15, 2012
  6. boni kacak September 15, 2012
  7. donnyien September 15, 2012
  8. muazfaris September 16, 2012
  9. Denaihati September 16, 2012
  10. Zarul Umbrella September 16, 2012
  11. Mummy Akmar September 16, 2012
  12. sweetkurma September 16, 2012
  13. MyLegoland September 16, 2012
  14. sha September 17, 2012
  15. Rem September 18, 2012
  16. hazman aka species1980 September 18, 2012
  17. Bean Moreno September 18, 2012
  18. beckhr00y September 19, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin ยท Log out ยท Entries RSS ยท Comments RSS ยท