Big Bad Wolf Sale 2012 : Serigala Yang Sangat Jahat

Aku adalah sangat pantang kalau terdengar ada Book Fair yang bagi harga gila-gila murah secara besar-besaran. Dan bila terdengar Big Bad Wolf buat sale lagi seperti tahun lepas, mula lah nafas aku makin laju tak keruan sebab tak sabar nak pergi ;p

Tapi alangkah sedihnya, dari hari ke hari aku tunggu Dude balik dari kursus kejap untuk bawak aku pergi, tapi Dude busy gile 2 minggu terakhir kursus kat INTAN. Tapi seperti NADOT yang biasa, aku tak pedulik dan buat-buat tak faham akan kesibukan Dude. Aku jadi marah, sedih, stress sebab hati meronta-ronta nak pergi beli buku lepas mengidam dari seminggu lepas, tapi takde orang nak bawak. Bukan aku tak boleh pergi sendiri, tapi aku tau, aku akan beli banyak gile, so sape yang boleh tolong angkatkan buku-buku yang berat tu? (^_^)

status fb bbw

Untuk tidak membuat aku terus sedih dan marah, Dude pun balik la jugak rumah pagi tadi kejap. Mungkin la dia tak berapa nak ikhlas sangat awal-awal, tapi lepas aku buat muke ala-ala comel, aku tau Dude cair jugak dan menjadi ikhlas. Hahahahaha.

Untuk tahun 2012 ni, Big Bad Wolf Book Sale diadakan di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) dari 9 pagi ke 9 malam. Tapi last weekend dan weekend niย  diorang bukak straight 24 jam sampai dari pagi jumaat sampai malam ni (ahad). Kalau aku tau, aku gi tengah-tengah malam untuk rase ke’adventerous’an beli buku pagi2 buta.

Siap bawak beg troli tu. Tu pun tak cukup, kene jugak gune kotak.

——

Serius besar gile & banyak gile buku weehh… Masuk-masuk pintu rase macam nak menangis kegembiraan je. Rase macam nak peluk & cium satu-satu buku yang ada. Teringat cita-cita poyo aku & Yah mase ‘mude-mude’ dulu, aku nak bukak kedai buku yang dalam dia ada cafe yang Yah uruskan yang bersambung dengan kedai jual baju yang tak mahal. Best kan angan-angan kitorang? hohoho

Location wise, aku prefer kat sini compare to somewhere in Serdang last year. Sini cam lebih besar dan air cond pun cam terase jugak. Best best!

Berlakon ;p

——

Teruja dengan buku banyak-banyak rase nak beli semua!

Sedih sebab tak boleh lame-lame sangat kat sini, Dude nak kene balik INTAN balik. So tak sampai 3 jam pun aku dok dalam ni. Tapi Dude kate, hujung minggu ni dia habis kursus, boleh pergi lagi kalau nak. yeay!

Dalam tak sampai 3 jam tu pun, sejumlah 43 buah buku aku sambar. Dari fiction ke children, ke buku masak, ke business, ke romance, ke buku tentang animals, dan macam-macam la. Dan total harga untuk 43 buah buku tu?

RM337.00 sahaja!!

Serius murah sangat dan average harga untuk sebuah buku adalah RM8. Mungkin ade yang rase mahal kot dan tak berfaedah beli buku banyak-banyak. Tapi I seriously wouldn’t mind spending my hard-earned-money-konon on Books & Foods! ;p

It might takes me 5 years to finish reading everything, but I don’t care! Hehehe. Serius aku berharap sangat one day aku mampu ada rumah yang ada 7 bilik dan salah satunya untuk buat mini library. Amiiinnn… Doakan aku ye (^_^)

Dude yang senyum tak ikhlas tengah sort out the books mengikut harga.. hehehe

Hasil tangkapan aku untuk hari ni:

Dah banyak macam ni pun ade hati nak pergi lagi. Hohoho.

Later! ;p

p/s: Dude, mekasheh banyak-banyak layankan saya & balik di tengah-tengah kesibukan untuk bawak saye ke sini. Ampun ye susahkan awak. Wep U shoo Verii mash! (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 Comments

  1. Bella Enveeus December 16, 2012
    • nadot December 18, 2012
  2. aslam December 16, 2012
    • nadot December 16, 2012
  3. abangensemsangat December 16, 2012
  4. Denaihati December 16, 2012
  5. sweetkurma December 17, 2012
  6. titan December 17, 2012
  7. donnyien December 17, 2012
    • nadot December 18, 2012
  8. Naziman December 17, 2012
  9. Myra Jay December 17, 2012
    • nadot December 18, 2012
  10. Hazmin Hamudin December 17, 2012
  11. eyriqazz December 17, 2012
  12. akuzle ayu December 18, 2012
  13. hazman aka species1980 December 18, 2012
  14. akubiomed December 18, 2012
  15. Een December 18, 2012
  16. syaifuddin alias December 19, 2012
  17. Pingback: Cupcake Chic - Sedap! | Nadot's Words December 21, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin ยท Log out ยท Entries RSS ยท Comments RSS ยท