Kembalinya Mood Berblogging

Akhirnya, selepas 7 bulan, mood untuk aku berblogging telah hampir pulih walaupun belum sepenuhnya.

Dan apa yang aku dapat simpulkan di sini, mood blogging aku hilang disebabkan mood makan aku yang juga hilang. Maksudnya:

Mood berblogging aku adalah berkadar terus/langsung dengan selera makan.

Kira kalau buat graf, memang dapat graf linear ar macam graf di bawah.

stconstantMacam dah diriakkan sebelum ni, walaupun aku tak muntah-muntah awal-awal mengandung, tapi mood makan memang merudum jatuh sampai hampir 9 kg hilang. Kalau kebiasaan ibu-ibu mengandung ni, trimester kedua dah naik balik selera makan. Tapi aku masuk 32-33 minggu macam tu baru naik semula nafsu makan. Dengan mencanaknya. Hampir 4 kg dah ditambah balik ni. Jangan la naik sampai berat asal sudah. Tak kuasa aku nak menurunkannya. Hehe.

Sekarang baru masuk 35 minggu. Kira masa 34 minggu, masa nafsu makan aku sangat over, masa tu la aku dah mula start blog walking balik, mula draf entry, mula post entry kelmarin dll.

Tapi macam di mentioned di atas, masih belum pulih sepenuhnya. Malas masih ada. Ditambahkan lagi dengan picassa ala2 cam tak betul je untuk aku edit gambar buat collage bagai. Ditambah lagi dengan sakit pinggang dan belakang yang membuatkan aku tak mampu untuk duduk lama-lama. Nak baring sambil menulis, laptop sangat berat gabak gila. Adoii la..

Banyak entry nak diupdate ni, tapi semuanya memerlukan aku meletakkan gambar.. so Picassa macam tak betul tak boleh upload ke web, dan aku yang buta IT tatau software lain, so aku tak terupdate…

Laju pulak bila tulis bab mencipta alasan ni. Padahal kalau dah malas tu, malas je la…hohoho…

Semoga aku istiqamah! Hihihi

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

35 Comments

  1. titan September 10, 2013
  2. Mohd Shubhi September 10, 2013
  3. trah zain September 10, 2013
  4. Izzuddin Fauzi September 10, 2013
  5. hafizmd September 10, 2013
  6. reezluv September 10, 2013
  7. puanbee September 10, 2013
    • nadot September 11, 2013
  8. Cikgu Hairul September 10, 2013
  9. chot September 10, 2013
  10. Hazmin Hamudin September 10, 2013
    • nadot September 11, 2013
  11. anuar September 10, 2013
  12. KiD September 10, 2013
    • nadot September 11, 2013
  13. Bahrain September 10, 2013
  14. luqmanzakaria September 10, 2013
  15. fiezaradzi September 11, 2013
    • nadot September 11, 2013
  16. Denaihati September 11, 2013
  17. hafizrahim September 12, 2013
  18. akubiomed September 13, 2013
  19. rajadel September 17, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin Β· Log out Β· Entries RSS Β· Comments RSS Β·