Aku tak pernah berminat sangat nak masuk restoran ala-ala nyonya ni. Bukan sebab tak minat ke apa, tapi sebab aku rase macam makanan dia biase2 aje dan senang kot dapat kat food court ke ape ke dan mungkin jua sebab aku lebih minat dengan makanan yang lebih eksotik. Hahaha.
Tapi bila keluar dengan Kak Mas beberapa minggu lalu kat Plaza Mas Alam, Seksyen 9, Shah Alam (ala…yang ada orang jatuh dari pejabat SPRM tu… ), dia teringin nak makan asam laksa kat Nyonya Kitchen.
Sebab kitorang sampai sebelum orang office keluar lunch, so masih kosong la keadaan (ye, aku mmg suke sampai tempat makan before pukul 1 sebab takut takde tempat pastu aku lapasr..hoho). Kitorang duduk kat luar je. Dalam ok gak, tapi tak terambik gambar sangat.
Kak Mas, sebab dah kempunan sangat dengan asam laksa dia, haruslah order:
Nyonya Asam Laksa – RM8.50
Sorry gambar ni tak berapa menarik pulak. Tapi serius rase dia agak sedap, pekat gile dan portion dia agak besar! Ketulan-ketulan ikan sardin yang agak banyak … sedaaapp wooo.. Sebab Kak Mas yang berbadan kecik tak boleh habis, ape lagi, aku habiskan la makan asam laksa ni dengan menghirup kuah sampai hampir licin. Serius sedap.
Kalau nak suruh bezekan dengan Asam Laksa Jusco yang ada Eyriqazz post entry tak berapa lama dulu, susah jugak nak compare sebab dah lama tak makan yang itu. Tapi seingat aku memang sedap gile jugak Jusco punya. So kesimpulannye, both sedap la dan boleh la try kalau ke sini. Hehehe.
Aku pulak, mengorder:
Nyonya Fried Rice Spicy – RM8.50
Yang ni pun, serius bagi aku sedap jugak. Aku tak sure la mane special dia, tapi aku boleh je la nak repeat order bile-bile mase kalau datang sini lagi. Ishk..memang aku suke la. ;p Dah habis makan ni, siap habiskan Kak Mas punye Asam Laksa lagi..gile ah hebat aku ni.. hohoho
Untuk side, kitorang order:
Kuih Pai Tee 6 pcs – RM6.50
Pai Tee yang diletak udang seekor ni memang sedap. Macam chicken Rice Shop punye jugak walaupun sayur nye kat sini tak sebanyak sane yang membuatkan aku suke. hehe. Tapi kuah sambalnye, aku lebih prefer yang chicken rice shop punye yang agak cair tu. Yang ni cam sos biase je, so x prefer la kuah sini. Tapi sedap juge! ;p
Air pulak, kitorang order:
Watermelon Juice & Apple Juice – RM4.50 each
Sebab makan tak berapa nak sihat, aku minumla air buah, ‘nampak’ la macam sihat sikit walaupun tau gula nye banyak je.. hahaha… tak kire..asal nampak sihat.. hoho.. Aku cam biase, watermelon juice la… 🙂
Mase ni kitorang keluar berdua. Aku sangat tak suke keluar berdua dengan Kak Mas nye..sebab aku rase cam gergasi gile berjalan dengan Kak Mas yang pendek gile n kecik gile..tensen ok…
Kak Mas – antara yang terpendek di Fakulti. hehehe
So, apepun, bagi aku ok je nak try sini lagi. Sile ajak aku ye bile nak ke sini..hehe
Later! ;p
terpendek di fakulti? biar betul?
ohcikgu recently posted..Dah kata, jangan usik harimau tuu..
mcm x percaya gak la..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..3 Blog Pilihan Terbaik
Hai Kak Mas *sambil lambai2 tangan mintak no cellphone*
abangensem recently posted..Berdikit-dikit Dahulu
Uiishh…. cantik sangat la gambar nasik tue… macam dalam majalah food n beverages laa… nanti boleh terjah sini….
hazman aka species1980 recently posted..HAZMAN vs FOOD – Buffet Percuma Terrace Coffee RESORT WORLD GENTING
Mana gambo Nadot dgn aksi makan terlampau berselera?
Dzirhans recently posted..Tuntutan Kerja Ke Eropah & LEND A HELPING HAND 2012
boleh test la lepas nih…nampak menyelerakan…
p/s salam perkenalan dari saya 🙂
Farid Adam recently posted..Hati-Hati Dalam Membuat Pelaburan Emas
tolong tadahkan air liur saya ni nadot.. meleleh2 dah ni. adoi..terus lapar dah perut ni.. asam laksa tu memang nampak pekat..pergh…
Asam laksa Nyonya tu nampak merah dan pekat.. Pedas tak Nadot?
Myra Jay recently posted..Jom Undi MJ untuk cabaran contest iPhone 5
Pai Tee tu nampak sedaaaapp…
Nurul recently posted..iPhone 5 gadget impian
Comel la Kak Mas senyum… tentu dah kenyang tu…
Rem recently posted..Sewa Mentari Court Cecah RM1,200
Makan lagi.. Hehe.. Tengok muka pun tau sedap..kih3
Hazmin Hamudin recently posted..Tazkirah Jumaat | Allah Sentiasa Bersama Kita
Bila nadot nak belanja saya di sini? Masuk yang ni, dah 7 tempat nadot hutang tempat utk dibelanja
eyriqazz recently posted..My Biggest Fear