Padi House di Galleria, Putrajaya

Mase aku join Shape Run di Putrajaya Julai hari tu, ada aku perasan bangunan Galleria sebelah ofis Dude yang ade Secret Recipe. Tapi tak tau la pulak ape ade kat dalam galleria tu. Later bile ku trase nak makan Secret Recipe sambil melepak-lepak petang di Jambatan Seri Wawasan, pergi lagi Galleria dan masuk pintu tepi, nampak ade 4-5 buah restoran lain jugak kot termasuk la Padi House ni.

So, few weeks ago, aku & Dude pun pegi la try lepas diwar-warkan oleh Kak Faezah yang makanan kat situ agak sedap juge.

Banyak gak menu dan pening gak nak order apa. So, aku try:

Cincinnati Five Way (Chili Minced beef Pasta) – RM12.90

Not bad, but not the best either. Boleh la tahan. Boleh la order lagi jugak. Takde masalah pun dari segi rase semua. ok je. Boleh je order 🙂

Dude pulak order:

Chicken Chop Rice – RM9.90

Yang ni aku suke , siyes… Ayam lembut je dan diletakkan gravy yg sedap made of ape aku tatau. Tapi best ar. Popiah tu yang tak tahan. Aku suke! Rangup, lepas tu takde taugeh, memang marvellous la!.. Hehe

Mexican Beef Taco – RM8.90

Yang ni cheese baked chili minced beef paste yang diletakkan di atas crispy tortilla. Siyes sedap juge! Rase macam pizza. Sesuai untuk snack. Nak jadikan main dish boleh jugak sebab agak besar dua tortilla tu. Tapi untuk level aku, side dish je. Hahahaha.

Aku Yang Pelahap

Overall, aku akan pergi lagi situ, sebab banyak je lagi menu yang aku teringin nak rase. Banyak baca review yang ada benda lain yang sedap. Ni tak sabar je rase nak try ni. Hihihi

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

  1. bella November 16, 2012
  2. sharinginfoz November 16, 2012
  3. Eizil November 16, 2012
  4. donnyien November 17, 2012
  5. padi bunting November 17, 2012
  6. Hazmin Hamudin November 17, 2012
  7. Juan November 17, 2012
  8. titan November 18, 2012
  9. Faezah Pardi November 19, 2012
  10. anif November 19, 2012
  11. Melastik Bintang November 20, 2012
  12. ohcikgu November 21, 2012
  13. AZUE November 21, 2012
  14. Hafizul November 25, 2012
  15. Pingback: Tokio Cafe di Cyberjaya | Nadot's Words January 17, 2013

Leave a Reply to anif Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·