Restoran Garden, Alamanda – Food Blogger??!?

Sebab life aku yang agak membosankan dan agak kurang aktiviti melainkan MAKAN je sejak kebelakangan ni, make aku terpakse  menjadi food blogger je untuk beberape episod entry akan datang. Hohoho. Mane tau kot boleh jadi hebat macam Food Blogger Melayu terhebat, Abang Hazman Fadzil. Hehehe..

So, beberapa minggu-minggu-minggu lepas (lame dah la tu maksudnye.. hahaha), aku yang kebosanan + Kak Faezah yang stress baru mule PhD, saje berjalan-jalan carik makan di Alamanda. Aku yang tatau nak makan mane, suruh Kak Faezah je yang decide, dan beliau memilih untuk dinner di Garden, Alamanda.

Seriously, ambiance dia memang agak best. Deco yang sangat English Style yang sweet gile nak mamp! Dah tempat cantik..suke la aku nak berposing-posing depan camera.. hehehe

Makanan yang kitorang order? Kak Faezah, yang dah agak kerap makan sini, order favourite menu dia iaitu:

Grilled Teriyaki Chicken Chop – RM18.90

Bagi aku, boleh tahan. Bagi Kak Faezah, sedap gile!!.. Dah favourite dia. Hehehe. Aku prefer kalau gravy dia lebey banyak atas ayam & mashed potato. But overall not bad dan ok je untuk diorder dan dimakan.
(Kalau orang belanje aku, habis je aku bedal..hehehe)

Aku pulak, mengorder:

Seafood Arrabiata – RM17.90

Dalam spaghetti Arrabiata ni, ade sotong, udang, dan mussels. Lepas tu kite boleh pilih tahap ke’spicyness’ yang kite nak dari hot, medium or mild. Aku, op kos pilih super hot! ;p Tapi, kalau ade lg hot, lg better. hehe.

Verdict, boleh tahan gak. Sedap gak. Boleh la repeat order. Walaubagaimanapun Pasta Arabiata William’s yang berharge RM30 tetap menjadi feveret aku. Hohoho.

Seperti biase, napsu aku takkan puas dengan amek satu jenis makanan je. Aku teringin ayam goreng yang ade dua jenis kat situ. So, dengan recommendation dari staf restoran, aku pun pilih:

Devil’s Wings – RM15.90

Asian flavour, yang telah dimarinated dengan serai, cili, limau purut dan digoreng deep fried. Honestly, aku agak menyesal ambik ayam ni. Tak berape kene dengan taste aku. Macam yang aku mention di atas, ade 2 jenis ayam goreng sebenarnye. LAgi satu aku lupe name dia. Tapi first plan nak ambik tu. Tapi staf tu kate, takut kitorang yg melayu ni tak biase dengan rase ayam tu dan yang Devil’s Wings ni lebey sesuai dengan ‘lidah melayu’ menyebabkan aku terpengaruh dan pilih jenis ni.

Taste bud kite berbeze-beze. Mungkin korang suke, tapi aku tak minat. Hehehe.

(Akhirnye, ade jugak bende makan yg aku x minat..)

Tapi, walaupun tak minat, aku habiskan 3-4 ketul gak kot. Dem!!!! ;p

Untuk air pulak, kitorang order:

Mocktail Melon Blast – RM11.90 & Cafe Latte – RM9.90

Kak Faezah yang hantu kopi order yang latte tu. Aku plak cam biase akan pening kepale macam kene selesaikan masalah negare bile bab pilih air ke makanan ni. Mocktail dia ade banyak pilihan. Rase nak minum semua. Tapi sebab aku cube kawal nafsu tamak aku, dan nak minuman yang ala2 fresh dan tak berape memuakkan, aku pilih ‘Melon Blast’ ni iaitu gabungan Laici, Watermelon & Pineapple. Aku suke yang ni. Maybe sebab aku mmg biase order tembikai laici pun, n yang ni tambahkan nenas je lagi yg ade rase masam2 tp tak over. Ok la gak.

Tapi, price wise especially untuk air, agak hoverr sket bagi aku sebab portion air or makanan dia biase-biase je, bukan mcm nasi arab or William’s yang banyak n besar gile tu. Tapi for the taste n ambiance, boleh la datang lagi sekali sekale lepak n nak rase mcm ala2 dalam taman gituu..

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 Comments

  1. Melastik Bintang October 18, 2012
  2. Saya Lagi Kacak dari AE October 18, 2012
  3. Eizil October 18, 2012
  4. jue a October 18, 2012
  5. hazman aka species1980 October 18, 2012
  6. samdaddycool October 18, 2012
  7. Aaron Aziz October 18, 2012
  8. aimaniman October 18, 2012
  9. Denaihati October 18, 2012
  10. Dzirhans October 18, 2012
  11. Nurul October 19, 2012
  12. iAwani October 19, 2012
  13. Rem October 19, 2012
    • nadot October 20, 2012
  14. Zarul Umbrella October 19, 2012
  15. Hazmin Hamudin October 23, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·