Pengalaman Berpuasa 19 Jam di Edinburgh

Satu perkara yang aku agak risau untuk tempuh bila mula PhD ni adalah berpuasa di musim Summer. Masa Master dulu puasa musim Autumn, ala-ala macam Malaysia panjangnya atau pendek sikit, so tak adalah masalah sangat. Tapi kali ni, Ramadhan jatuh pada musim summer, jadi aku perlu berpuasa lebih kurang 19 jam lamanya pada awal Ramadhan dan akan menjadi pendek sikit menjelang akhir Ramadhan.

Masa nak dekat Ramadhan ni, serius aku sangat risau. Dah la aku suka makan. Buka puasa pukul 10.05 pm (akhir Ramadhan akan jadi lebih kurang 9.30 pm) dan sahur pula pukul 2.50 am (akhir Ramadhan akan jadi lebih kurang 3.15 am). Walaupun bila tanya orang-orang yang pernah melalui puasa masa summer ramai kata okay je, aku still tak confident dan serius risau. Memang masa tu terbayang-bayang yang aku hanya akan tinggal tulang lepas Ramadhan habis.

Tapi, bila dah mula puasa, bayangan yang aku hanya akan tinggal tulang tu pun , HILANG! Sia-sia je aku risau sambil mengharap jadi kurus. Hoho.

Tak ada la lapar gila-gila punya kalau sahur. Kalau tak sahur pun (2-3 kali termiss sahur), boleh je survive, tak lembik mana pun. Normal je, macam puasa 13 jam dekat Malaysia je perasaan perut tu.

Cuma masa awal-awal puasa, memang ngantuk gila nak mamp! Lepas tu dalam 10 hari pertama puasa tu jugak la, kepala sakit sangat-sangat sampai terpaksa makan panadol. Last aku makan panadol masa bersalin adik Nazheef kot sebagai pain killer sakit bersalin (sebab aku alergik pain killer lain2 spt ponstan.. hihi). Sebelum puasa memang tak berapa sihat, so aku ingat kesan tak sihat tu la. Dengan batuk berkahak hijau (hihi), sakit kepala lagi. Even batuk dah elok, sakit kepala tak hilang. Pastu, aku buat kesimpulan, sebab angin naik sampai kepala. Tak biasa kan tak makan lama. Kalau tak 24 jam sehari mengunyah je (tolong la jangan percaya ;p). Tapi tak ada la sampai nak buka puasa, sebab sakit kat kepala bukan kat perut. Hehehe..

Apapun yang boleh aku simpulkan, puasa dekat sini panjang-panjang tu, lebih mudah dari puasa di Malaysia. Kalau kat Malaysia, keluar dari bilik kat rumah atau dari pintu office, ketiak terus basah berpeluh, rasa panas dan dahaga yang teramat. Dekat sini, walaupun summer, tapi sebab cuaca dia bukan ‘humid’ macam Malaysia, tak ada la peluh jantan keluar membasahi badan. Simptom awal puasa tu je la (mengantuk dan sakit kepala) kena tahan kejap sebab tak biasa / terkejut.

Yang bestnya jugak, berat badan turun sikit, 2.5 kg je. Tapi yang tak bestnya, pagi raya je, berat tu akan naik balik di tambah dengan extra 2-3 kg. Stresss! ;p

Walaupun tak ada pasar Ramadhan yang aku rindui kat sini, tapi Alhamdulillah, cukup dan sedap je kami makan. Biasanya Dude yang masak. Kadang-kadang aku masak la, tapi biasa-biasa je, tak over macam Dude. Hehe.

Atas ni, Dude masak kuah bolognese makan dengan spaghetti, & lamb chop. Aku pulak tukang buat Stuffed cheese meatballs.

Yang ni cubaan Dude buat macaron, baru je kelmarin. Aku yang teringin nak try buat. Tapi mungkin tunggu aku tak buat-buat, dia buat dulu. Hehe. First time try, maka maafkanlah rupa bentuk macaron chocolate Ganache ni. Adunan tercair kata Dude. Tapi rasa, sedap! Dude siap kata boleh try lagi. Bersemangat betul dia bab-bab baking sekarang ni. πŸ™‚

Ni Dude buat ayam percik.

Yang ni aku buat Cendol. Terpaksa buat sendiri. Walaupun rasa tak macam kat pasar Ramadhan tu, tapi sedap je. Banyak kali gak aku puji diri sendiri lepas minum cendol ni. Hehehe.

Alhamdulillah, Allah mudahkan puasa kami dekat sini. Tak sesusah yang kami bayangkan. Semoga puasa kami dan amalan lain-lain yang tak banyak langsung ni diterima Allah swt. Amiiinnn.

Aku tak rasa akan ada entry baru sebelum Aidilfitri ni. Maka di kesempatan yang ada ni, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan, rakan blogger dan pembaca blog nadot.my ni. Minta ampun banyak-banyak zahir & batin kalau pernah aku buat salah pada korang, tertulis benda yang mengguris hati dan lain-lain. Maafkan eh πŸ˜‰

Hati-hati tau dalam perjalanan dan semoga bergembira di hari raya dengan keluarga tersayang! I is very the jeles okeh! Hehehe. Take care!

Later! πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 Comments

  1. Sheila Salim July 25, 2014
    • nadot July 25, 2014
  2. akubiomed July 25, 2014
  3. Hazmin Hamudin July 25, 2014
  4. Mazni Azmi July 25, 2014
  5. Kokotiam July 25, 2014
  6. eyriqazz July 25, 2014
  7. titan July 25, 2014
  8. ajumohit July 25, 2014
  9. Bahrain July 25, 2014
  10. syaifuddin alias July 26, 2014
  11. luqmanzakaria July 26, 2014
  12. Hero Borneo July 28, 2014
  13. Khadeejah Hasmad July 29, 2014
  14. Shaklee July 31, 2014
  15. Apk Baru July 31, 2014
  16. elly-daily August 6, 2014
    • nadot August 21, 2014
  17. mai has August 7, 2014
    • nadot August 21, 2014
  18. Aimi Shaklee August 11, 2014
    • nadot August 21, 2014
  19. halif August 20, 2014
    • nadot August 21, 2014
  20. yandi August 22, 2014
  21. luthfi September 27, 2014
    • nadot October 1, 2014

Leave a Reply to halif Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin Β· Log out Β· Entries RSS Β· Comments RSS Β·