Satu perkara yang aku agak risau untuk tempuh bila mula PhD ni adalah berpuasa di musim Summer. Masa Master dulu puasa musim Autumn, ala-ala macam Malaysia panjangnya atau pendek sikit, so tak adalah masalah sangat. Tapi kali ni, Ramadhan jatuh pada musim summer, jadi aku perlu berpuasa lebih kurang 19 jam lamanya pada awal Ramadhan dan akan menjadi pendek sikit menjelang akhir Ramadhan.
Masa nak dekat Ramadhan ni, serius aku sangat risau. Dah la aku suka makan. Buka puasa pukul 10.05 pm (akhir Ramadhan akan jadi lebih kurang 9.30 pm) dan sahur pula pukul 2.50 am (akhir Ramadhan akan jadi lebih kurang 3.15 am). Walaupun bila tanya orang-orang yang pernah melalui puasa masa summer ramai kata okay je, aku still tak confident dan serius risau. Memang masa tu terbayang-bayang yang aku hanya akan tinggal tulang lepas Ramadhan habis.
Tapi, bila dah mula puasa, bayangan yang aku hanya akan tinggal tulang tu pun , HILANG! Sia-sia je aku risau sambil mengharap jadi kurus. Hoho.
Tak ada la lapar gila-gila punya kalau sahur. Kalau tak sahur pun (2-3 kali termiss sahur), boleh je survive, tak lembik mana pun. Normal je, macam puasa 13 jam dekat Malaysia je perasaan perut tu.
Cuma masa awal-awal puasa, memang ngantuk gila nak mamp! Lepas tu dalam 10 hari pertama puasa tu jugak la, kepala sakit sangat-sangat sampai terpaksa makan panadol. Last aku makan panadol masa bersalin adik Nazheef kot sebagai pain killer sakit bersalin (sebab aku alergik pain killer lain2 spt ponstan.. hihi). Sebelum puasa memang tak berapa sihat, so aku ingat kesan tak sihat tu la. Dengan batuk berkahak hijau (hihi), sakit kepala lagi. Even batuk dah elok, sakit kepala tak hilang. Pastu, aku buat kesimpulan, sebab angin naik sampai kepala. Tak biasa kan tak makan lama. Kalau tak 24 jam sehari mengunyah je (tolong la jangan percaya ;p). Tapi tak ada la sampai nak buka puasa, sebab sakit kat kepala bukan kat perut. Hehehe..
Apapun yang boleh aku simpulkan, puasa dekat sini panjang-panjang tu, lebih mudah dari puasa di Malaysia. Kalau kat Malaysia, keluar dari bilik kat rumah atau dari pintu office, ketiak terus basah berpeluh, rasa panas dan dahaga yang teramat. Dekat sini, walaupun summer, tapi sebab cuaca dia bukan ‘humid’ macam Malaysia, tak ada la peluh jantan keluar membasahi badan. Simptom awal puasa tu je la (mengantuk dan sakit kepala) kena tahan kejap sebab tak biasa / terkejut.
Yang bestnya jugak, berat badan turun sikit, 2.5 kg je. Tapi yang tak bestnya, pagi raya je, berat tu akan naik balik di tambah dengan extra 2-3 kg. Stresss! ;p
Walaupun tak ada pasar Ramadhan yang aku rindui kat sini, tapi Alhamdulillah, cukup dan sedap je kami makan. Biasanya Dude yang masak. Kadang-kadang aku masak la, tapi biasa-biasa je, tak over macam Dude. Hehe.
Atas ni, Dude masak kuah bolognese makan dengan spaghetti, & lamb chop. Aku pulak tukang buat Stuffed cheese meatballs.
Yang ni cubaan Dude buat macaron, baru je kelmarin. Aku yang teringin nak try buat. Tapi mungkin tunggu aku tak buat-buat, dia buat dulu. Hehe. First time try, maka maafkanlah rupa bentuk macaron chocolate Ganache ni. Adunan tercair kata Dude. Tapi rasa, sedap! Dude siap kata boleh try lagi. Bersemangat betul dia bab-bab baking sekarang ni. π
Ni Dude buat ayam percik.
Yang ni aku buat Cendol. Terpaksa buat sendiri. Walaupun rasa tak macam kat pasar Ramadhan tu, tapi sedap je. Banyak kali gak aku puji diri sendiri lepas minum cendol ni. Hehehe.
Alhamdulillah, Allah mudahkan puasa kami dekat sini. Tak sesusah yang kami bayangkan. Semoga puasa kami dan amalan lain-lain yang tak banyak langsung ni diterima Allah swt. Amiiinnn.
Aku tak rasa akan ada entry baru sebelum Aidilfitri ni. Maka di kesempatan yang ada ni, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan, rakan blogger dan pembaca blog nadot.my ni. Minta ampun banyak-banyak zahir & batin kalau pernah aku buat salah pada korang, tertulis benda yang mengguris hati dan lain-lain. Maafkan eh π
Hati-hati tau dalam perjalanan dan semoga bergembira di hari raya dengan keluarga tersayang! I is very the jeles okeh! Hehehe. Take care!
Later! π
Assalamualaikum kak nadot. alhamdullilah. tahan puasa kat sana even 19jam. hehee bestnya dude masak macam2. terliur sheila tengok. berbakat dude ni. hehehee selamat hari raya buat kak nadot sekeluarga. semoga sentiasa sihat dan berbahagia di samping keluarga ~~~
Sheila Salim recently posted..Berspa Di Rumah
Wsalam… Tq Sheila… Tu la..tang sangka berbakat jugak Dude bila sampai sini. Bila bayangkan masa kitorang kat Malaysia, tak sangka boleh dia nak masak kat sini. Hehe. Selamat hari ray juga ok π
nadot recently posted..Pengalaman Berpuasa 19 Jam di Edinburgh
Satu cabaran mengharungi 19jam berpuasa. Tanniah. Selamat menyambut Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.
akubiomed recently posted..Resepi biskut Red Velvet untuk kuih Raya
Selamat Hari Raya Aidilfitri Nadot. Bersusah-susah dahulukan dekat sana. Lepas ni balik Malaysia memang jadi senang la.
Hazmin Hamudin recently posted..Dah Dapat Baju Baru
Kalau puasa masa musim sejuk jadi pendek lah ya π
Equinoks kan.
Mazni Azmi recently posted..Tudung Nur 2 Petua Memilih Tudung Yang Selesa Memakai
Walaupun cik kata okey berbanding Malaysia yang 12 jam ni… Saya tetap rasa kalo puasa 19 jam perot mesti banyak meroyan je mahu makanan cepat.. hahaha..
Kokotiam recently posted..Sumber Rujukan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27
Mana gambar nadot before puasa dan almost nak dekat raya nI? Nak try buat perbandingan..Hehehe….
eyriqazz recently posted..Harga Sebuah Teksi RM400K?
Dah leh dah bukak kedai cendol kat sana. Haha
titan recently posted..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27
nadot!!! seronoknya tgk menu berbukamu itu, semuanya bikin sendiri, bersih dan dijamin sedap ;), pengalaman berpuasa di tempat org kan, kenangan manis tahun ini π
ajumohit recently posted..Saya dan make up
19 jam lama tu. Tak tahu macam nak tahan puasa macam tu. Pandai dude masak.heheh. Cendol tu pun macam sedap.
Bahrain recently posted..Senarai Lokasi Pemasangan Kamera Perangkap Kelajuan
akak sambung PhD ye…hehe..
sangat best ooo ..
19 jam agak lama tapi itulah dugaan ..hehe
syaifuddin alias recently posted..Azizulhasni Awang Berdepan Tindakan Oleh Komanwel
wah..bestnya..makanan kat atas tuh semuanya nampak sedap..sy pon nak wish selamat hari raya maaf zahir & batin in advance jgk lah π hehe
luqmanzakaria recently posted..Iftar with them – Texas Chicken/Wondermama X.
selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin..
bukan semua berpeluang berpuasa 19njam sehari!
Hero Borneo recently posted..Etika Ziarah Rumah Terbuka Raya
19 jam!
Tapi bila cerita tak humid, hmm, ok jugak ya
Khadeejah Hasmad recently posted..UPT Terbaik Untuk Periksa Status Kehamilan
tang cendol tu memang i is kagum dengan you nadot…
tang peluh ketiak tu jangan kata keluaq umah, duk dalam umah pun la ni ketiak bepeluh
nasib bukan retis kalo tak kompem ada paparazzi amik gamba ketiak peluh and masuk beautifulnara
kehkehkeh
nadot nanti u balik malaysia i boleh order cendol package macaron π
tercabar diri ini melihat kehebatanmu and dude mu nadot krana diriku tak pernah berjaya buat macaron yang amat susah itu dan juga cendol…huhuhu
Shaklee recently posted..Closing Shaklee July 2014 Yang Tenang dan Bahagia
Dateng sini buwat ngucapin Taqobalallahu minnaa wa minkum Shiyamanaa wa shiyamakum, Minal ‘Aidin Wal-Faizin Mohon Maaf Lahir Dan Batin, mungkin selama ini ada koment2 saya yg kurang berkenan disini…
Apk Baru recently posted..Plants vs Zombies 2 v2.5.1 APK
Wahh kita in the same boat lah … boat en.suami lebih pakar masak… hehe
elly-daily recently posted..Wordless Wednesday – Akulah Gergasi!!
Alhamdulillah untuk kita kan… hehe π
wahh…kenapa sedap2 sangat gambar2 makanan ni???terliur saya.hehehe
mai has recently posted..11 Tips kekal sihat untuk anda menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri yang berlambak-lambak!
saya tiap2 hari terliur, tu badan terlebih sihat… hehe
sedap2 lauk akak ngn dude masak :)..kalo tepek resepi lagi best!
Aimi Shaklee recently posted..Kebaikan GLA Shaklee
ada suruh dia sendiri letak resepi dekat blog dia yang dah lama terkepam, tak ada masa pulak dia… hehe
Memang tabik springggggggg kat en suami. Hargailah suami contoh macam tu. π Dia memang boleh masuk Masterchef ni.
halif recently posted..[STICKY Post] advertorial.MY: Daftar ahli cuma RM29.90 tapi komisyen boleh terima RM 448.50 seumur hidup!. Lubuk Rezeki
masterchef tu jauh sangat lagi la… tp insyaAllah akan usaha untuk menjadi isteri yg bersyukur… π
Pengalaman Berpuasa 19 Jam di Edinburgh, wow kalau puasa 19 jam berarti sahurnya membutuhkan nutrisi yang bagus untuk memberikan daya tahan tubuh yang kuat sampai berbuka puasa, kemudian menu berbukanya juga harus banyak yang bagus makanannya, terima kasih sudah berbagi
yandi recently posted..Penyebab Asam Urat Yang Wajib Diketahui
Pengalaman yang sangat berkesan sekali. semoga selalu sukses terus.
luthfi recently posted..Perbaikan Kulit Malam Hari
Terima kasih Luthfi! π Semoga sukses untuk kamu juga π