Sabtu lepas ada aku share tentang pemergian City yang aku sayang di Facebook.
Susah juga nak jual. Ramai individu berminat, submit loan tak lepas. Atau submit loan kurang 1-2 k pun tak nak. Kire memang diorang berharap tak payah keluar duit langsung. Last-last, kami jual pada car dealer kat Batu Pahat sebab ada contact. Kena top up sikit, tapi better kot dari simpan lagi 1 bulan dengan jumlah yang hampir sama kena bayar kat bank monthly.
Sebelum jual, ada 5 kereta dalam family aku yang bernombor plat kan 1551. Sekarang tinggal 4 je selepas City aku terpaksa dijual.
Ayah dari dulu suka nombor plat kahwin. Pernah Wira kitorang 8558. Takde special apa pun nombor 1551 tu. Tapi sebab ayah dah ada, so di suruhnya semua kereta letak nombor tu. Boleh claim katanya. Tapi kitorang baik, takde la nak claim dengan dia. Hihihi. Lagi pun masa beli nombor tu, tak cecah ribu lagi. Tak tau la nanti macam mana. Harap masih murah lagi 4 tahun akan datang. Huhuhu
Apapun, agak sedih jugak jual kereta ni. Ye la, first kereta guna duit sendiri & suami untuk beli 3 tahun lepas. Okay, fine, duit bank. Tapi maksudnya sendiri beli lah. Selama ni meminjam je kereta lebihan kat rumah sementara ayah guna kereta office. Hehehe.
Walaupun aku bukanlah ‘orang kereta’ sangat, dan tak jaga betul-betul pun kereta ni, siap pernah eksidenkan sampai kena claim insuran, dan harap Dude je yang jaga, tapi of course sayu masih ada. Aku perempuan kan. Mesti la ada taman dalam hati. Hohoho…
Sayu kadang2 tengok kereta same jenis sama warna lalu kat sebelah. Sayu je la. Takde la meleleh air mata. Hehehe.
Semoga suatu hari nanti aku mampu beli kereta yang better dan besar sikit sebab anak ramai dan aku tak reti packing barang sikit. Amiinn.. Achewah!.. Heheheh.. Doakan aku eh..
Later! ;p
tak apa. dah banyakduit nanti, beli balik kereta tu. haha..
titan recently posted..Tanya gua 3 soalan.
hahaha..banyak duit kene beli keter lagi gabak… boleh bawak ko naik jalan2 makan cendol.. hohoho
nadot recently posted..Selamat Tinggal City Sayang
memula nak doakan anak ramai tu dulu..heheheh
Kujie recently posted..Beli Shell Sekilo RM 10
hahahaha…ala.. tapi ramai dari perspektif seorang Nadot, 3-4 orang je.. hehehe
nadot recently posted..Selamat Tinggal City Sayang
lepas ni beli kereta besar skit dot 😛
aslam recently posted..Agent rumah main harga?
harussss… hehehe
nadot recently posted..Selamat Tinggal City Sayang
Kita yg pompuan2 ni mmg terlebih perasaan kot..dgn kereta kita pun kita terlebih sayang kan?? Sama ngan mak marin..pas jual keta lama, 2-3 minggu jugak la rindu2an.
Apapun, didoakan pas blk Msia nnt nadot bleh beli keta yg lbhhhhhh beso! 🙂
Mak Lagenda recently posted..COCONUT SHAKE EDEN COWBOY KUALA PILAH
Lama gak tu mak merindu… hehehe
AMiiinnn… semoge makbul doa mak… nak sebesar alam punye… hohoho
nadot recently posted..Selamat Tinggal City Sayang
Kenapa jual? Takpa, nanti boleh beli kereta yang lagi besar dari yang ni kan.
Hazmin Hamudin recently posted..Travelog Penang | Teochew Cendol Penang Road
nak sambung belajar lama… tu la.. Amiinnn
nadot recently posted..Komisen Affiliate Jobdirumah Kali Pertama
In sha Allah akan dpt yg lebih baik nnti
Ustazah Ain recently posted..Seronoknya Majlis Ilmu
Amiinnn…. terima kasih mendoakan ye ustazah 🙂
nadot recently posted..Komisen Affiliate Jobdirumah Kali Pertama
pengorbanan demi sebuah kehidupan yg lebih baik…ameeen
moga2 lepas ni dpt beli kereta lg besar…maklumlah…4 tahun lg, mybe dah tmbha lagi 3 kot?
moga sukses dan baik2 sokmo utk nadot n dude!
hafizmd recently posted..Mana Lebih Garang? Pahlawan Merah vs Harimau Selatan!
AMIN~ ada rezeki dapatlah beli kereta besar..
cantik lagi kete tu…berkenan pun ada…hehe
nak pakai kete apa pulak lepas nih?
Farid Adam recently posted..Segmen – Saya Mahu Ditegur
Sayangnya dilepaskan Honda City. Kalau ikutkan memang berkenan dihati.
akubiomed recently posted..Abang Koning sambut Hari Lahir
tak apa. jangan rindu-rindu selalu plakk..
ohcikgu recently posted..Keputusan penuh perlawanan Piala Malaysia Watson – 21 September 2013
Changes required untuk dapatkan something yang lebih baik.. Err boleh apply gak kan philosophy ni kat sini? Hehe.. Dan sekarang tukar ke Avanza? (kaching kaching!)
Bella Enveeus recently posted..Sneak Peek : #SweatySingapore 2013
brapa tahun lg la ak mampu nak pakai kereta camni.. hmmm.. way to go..
Khidhir recently posted..KeePass Cara Alternatif Menyimpan Password
wow nomor plat keretanya cantik dan unik, sayang juga ya kalau di jual he he
haidar recently posted..Jalan Jalan Bersama Keluarga di Hari Sabtu